Kelahiran Blog Cikgu Azid…Hoooreahhhh!!!

Posted: 24th January 2010 by Cikgu Azid in Peribadi
Tags: , , ,

Sekadar Tontonan Umum

Salam semua.Telah seminggu saya berada di Banting Selangor bagi memenuhi tuntutan ibadah praktikum disini. SMK Methodist Telok Datok menjadi medan pertama saya menguji sejauh mana ilmu Penididkan yang diterapkan di Universiti Pendidikan Idris mampu menjadikan saya seorang guru yang bitara. Saya di sini bersama-sama 5 orang guru praktikal UPSI yang lain iaitu Cikgu Mohd Idzwan Matsum,Cikgu Shahrul Reeza Sabry,Cikgu Shafeeza,Cikgu Anis Nazeeha dan Cikgu Hafizan. Semuanya masih kabur-kabur dan sedikit gementar untuk memulakan sesi PNP mereka,termasuklah saya. Maklum jela, cikgu-cikgu senior di sini sudah menceritakan segala perit getir mengawal pelajar-pelajar di sekolah ini. Tidak mengapalah, kami menganggap ini merupakan satu cabaran dan bakal pengalaman yang tidak ternilai untuk kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  1. NAK TANYA says:

    assalamualaikum . cikgu azid. saye nak tahu nama penuh cikgu. saye nak letakkan di rujukan. boleh ?