Minggu ROS di MES Telok Datok

Posted: 26th January 2010 by Cikgu Azid in Praktikal
Tags: , ,

Sudah seminggu rupanya berada di MES ni. Untuk tempoh 2 minggu saya dan gang bas sekolah yang lain hanya menjalani minggu ROS yg membosankan. Hahahaha..memang bosan pun, takde apa nak buat, nasib lah Puan Rosnah A.K.A GPK HEM MES meminta tolong untuk key in data SMM. Jadinya adalah sikit tugas untuk kami ini. Bila dah dapat tugas, nampaklah bz sikit kami ini. Tapi tiba-tiba je kami dengar terdapat segelintir guru yang tidak puas hati. Tidak puas hati sebab mereka ingat key in data itu hanya untuk guru2 tingkatan tertentu sahaja, sedangkan hakikatnya kami akan menolong semua guru tingkatan. Ini semua disebabkan maklumat yang lambat sampai.

Tapi syukurlah akhirnya semuanya dapat diselesaikan apabila Puan Rosnah memaklumkan kepada semua guru tingkatan di MES mengenai keadaan yang sebenarnya. Iyalah, kami pun tak nak lah di COP sebagai guru praktikal yang mengada2. Sedangkan kami semua ni memang bersungguh nak tolong apa yang termampu dilakukan kami. Kepada rakan-rakan guru praktikal yang lain, saya memang respek kalian sebab still cool n maintain.. HA HAAAAA!!! (Pakcik Kebun punya ketawa daaaaa…)

Sebenarnya, saya masih risau lagi ni. Fail SMM melambak lagi ni, mampukah kami semua nak siapkan dalam minggu ni jugak? Isk isk isk isk… harapnya boleh siap. Kesian kat cikgu2 lain, nak kena mengaja lagi, hantar RPH la,PNP la, kertas itu ini, aduhai.. banyak juga kerja guru ni rupanya. Itu belum lagi yang kena anti dengan budak2 sampai kena calar kereta. Dahsat dahsatttt… Bak kata sorang guru senior iaitu Cikgu Azizi,

“Kalau nak datang sekolah ni, simpanlah kereta yang ko betol2 sayang..bawak je kete yang cikai2 g sekolah. Jadi kalau diowang nak belasah kereta ko pon takde hal..”

Fikir-fikir balik, betul jugak kata dia. Tapi apa-apa hal pun, kami masih belum rasa lagi suasana dalam kelas lagi. Kami start mengajar 1 Februari ni. Harapnya kami semua ada kekuatan untuk menghadapinya… Aminnnnnnnnnnn…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  1. shafizah says:

    wakakakakakaka MES best

  2. Cikgu Azid says:

    Setakat ni Alhamdulillah enjoy melayan karenah pelajar yang ….tak taula nak cakap camana…hahahha

  3. rin says:

    slamat menjalani praktikal…hope njoy kt sane…