PANDUAN MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH K2 SPM
1. Sumber rujukan

•Buku teks (DBP) sebagai rujukan utama.

•Pelajar harus menelitikan buku teks semasa mengulangkaji dan menjawab soalan.

2. Bahagian-bahagian esei yang tidak diperlukan

• Pendahuluan / pengenalan / kesimpulan kerana tiada markah akan diperuntukkan.

3. Bentuk jawapan

• Semua jawapan kepada soalan esei Bahagian B Kertas 2 hendaklah di jawab dalam bentuk karangan.

4. Bentuk ayat

• Ayat-ayat dalam jawapan mesti lengkap dan mudah difahami.

• Elakkan menulis ayat dalam bentuk nota.

5. Huraian isi / fakta

• Bilangan isi/ fakta yang diperlukan dalam jawapan dapat dikesan dari jumlah markah yang diperuntukkan.

• Digalakkan menulis seberapa banyak isi yang boleh, tetapi perlu merujuk kepada pengagihan masa dan markah.

• Huraian banyak isi dalam satu perenggan sahaja tidak digalakkan

• Adakan beberapa perenggan bergantung kepada jumlah isi yang hendak dihuraikan

• Setiap fakta harusnya mengandungi huraian yang jelas dan jika berkaitan sertakan contoh-contoh yang sesuai.(misalnya tokoh, tempat, peristiwa dll).

• Berikan sekurang-kurangnya 2 contoh dalam huraian (di mana berkaitan)

6. Skrip yang baik

• Mengikut format pentaksiran SPM

• Tulisan yang jelas dan mudah dibaca oleh pemeriksa

• Menjawap mengikut kehendak soalan.

• Tidak perlu pendahuluan atau kesimpulan.

• Isi/fakta dihuraikan dengan jelas.

• Jawapan tidak terlalu panjang atau terlalu ringkas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  1. tini says:

    sy ade soalan yang nk tanya pd cikgu azid,, seperti yang cikgu terangkan di nombor 2,,tdal perlukan pengenalan dan pendahuluanyang seperti mna tu??dan teknik yang sbgai mn yang lebih tepat untuk mnjawabsoalan kertas dua sejarah??terutama soalan yang mengandungi (16markah)?

  2. Cikgu Azid says:

    Tidak perlukan pendahuluan dan penutup bermaksud anda tak perlu buat esei seperti karangan BM. Terus sahaja menjawab soalan.Contohnya, Nyatakan ciri-ciri Tamadun Awal di dunia. Terus jawab soalan.

    ” Ciri-ciri tamadun awal di dunia yang pertama adalah………..(Huraikan)
    Yang kedua adalah……………………………… (Huraikan)”

    Sampailah akhirnya. Hope anda mengerti dan faham.

  3. fara faizatul says:

    cikgu! tahun dpn mmng kne lulus sejarah ke?

  4. Cikgu Azid says:

    Wajib lulus tahun 2013,tak lulus tak dapatla sambung mana2..Sejarah ni subjek paling mudah nak skor,TAPI dengan syarat banyakkan buat latihan selepas membuat pembacaan. So ye,GAMBATE!!!!

  5. aishiteru says:

    apakah soalan yang popular sejarah yang sering ditanya dalam spm sejarah??

  6. Diamond says:

    cikgu, klu nk jwab esei, kena langkah2 stu baris ke klu dh nokta? mcm yng cikgu tnjukkan

    ” Ciri-ciri tamadun awal di dunia yang pertama adalah………..(Huraikan)
    Yang kedua adalah……………………………… (Huraikan)”

  7. Diamond says:

    stu lgi, lpas langkah stu baris, kena buat jarak ke mcm buat perenggan?
    jarak = Tab button

    contoh
    Ciri tamadun bla bla bla
    bla bla bla bla.
    Yang kedua ialah bla bla
    bla bla bla bla.

    mcm ni?

  8. Diamond says:

    eh, mksud saya contoh mcm ni

    (space)Ciri tamadun bla bla bla
    bla bla bla bla.
    (space)Yang kedua ialah bla bla
    bla bla bla bla.

  9. Cikgu Azid says:

    boleh tak jadi masalah..contohnya :

    Antara ciri-ciri tamadun yang pertama adalah BLA BLA BLA BLA. (Huraikan)………. Yang kedua ialah BLA BLA BLA BLA. (Huraikan)……………..Yang Ketiga ialah BLAWOK BLAWOK BLAWOK. (Huraikan)…………….

  10. 'izzati says:

    assalamualaikum cikgu Azid…sy memang payah nk lulus sejarah nie,kate orang kene tahu fakta..adakah sy perlu hafal fakta?trima kasih ye cikgu..

  11. Cikgu Azid says:

    Mahu tak mahu awk mesti faham dan hafal fakta tersebut. Anggapla fakta itu seperti pembacaan novel2 cinta ye.

  12. Sejarah skore A says:

    Cikgu kalau saye tulis dalam bentuk point form.adakah Markah saye akan ditolak?

  13. Cikgu Azid says:

    perlu dijawab dalam esei,bukan dalam bentuk point,sekiranya dalam bentuk point,bukan ditolak markah..tapi terus tak dapat markah.bukan susah pun,poin2 yg awk buat tu,buat dalam bentuk ayat yang panjang.

  14. Sejarah skore A says:

    Kalau Macam nie cikgu

    Kepentingan piagam madinah
    -bla bla bla bla bla……..………..bla bla bla bla bla bla………..
    -bla bla bla bla bla……………….bla bla bla bla bla bla………
    -bla bla bla bla bla………………..bla bla bla bla bla bla

  15. Cikgu Azid says:

    kena macam ni,

    Antara kepentingan piagam madinah ialah yang pertama..bla bla bla bla bla.Ini kerana..(huraian)..bla bla bla bla. Yang kedua..bla la bla bla bla..(huraian)..bla bla bla bla..

    Ingat, Esei perlu dijawab dalam bentuk karangan/ayat yg panjang. Bukan poin-poin..

  16. scha says:

    hmm mcm sush jea sejarah form 4 niy..hmm cm ne la ni

  17. yusli says:

    cikgu.. kalau esei sejarah ad 6 markah.. kite kene buat bape isi penting ?

  18. ami says:

    ckgu azid…
    ckgu sjarah sy ckp yg klu tarok pendahuluan dpt bonus mark..
    btl ehh??

  19. Moose says:

    okay cikgu , saya dah phm :) thanks cikgu …

  20. alangjusoh says:

    cikgu, sya kurang faham lar……kalau soalan esai kena jwb mggunakan krgn panjang atau point,,?

  21. najibtunrazak says:

    4. Bentuk ayat

    • Elakkan menulis ayat dalam bentuk nota.
    cikgu saya kurang paham tetag ini ..?

  22. zidane says:

    Apakah sumbangan tamadun mesopotamia

  23. Nasha Rienie says:

    cikgu,apakah maksud cemara ?

  24. Siti Nashariena says:

    Assalamualaikum ckgu.esei kene buat berapa perenggan?

  25. Unnamed says:

    Cikgu Yazid,boleh tak cikgu senaraikan soalan2 sejarah ESEI tingkatan 4 yang glamor?

  26. hajar megad says:

    cikgu camna nak ingat fakta sej

  27. zul says:

    boleh ke jwb bntuk point

  28. Vietnam says:

    bingung!! hhu# SPM 2012 maree

  29. Amin says:

    my my, WHEN LEARNED HISTORY JUST ONE WORD TO REMEMBERED? seriously???!!!! salah oi!
    its : When LEARNING history, there’s just one word to REMEMBER! OMG == go for english tuition man

  30. spm 2013 says:

    Cikgu kalau tulis ikut point berapa markah yang ditolaknya

  31. ohsejarah! says:

    cikgu. kalau buat satu perenggan esei tu still oke ke tak? or seharusnya ada perenggan sebab biasa saya buat satu perenggan. confused

  32. Lin says:

    cikgu , mcm nak buat kertas 3 :O

  33. siti says:

    Salam cikgu, seperti yang cikgu maklumkan. betul ke sejarah subjek yang mudah untuk skor? saya rasa macam tak jee hehe. :( tahun depan spm, dahn saoalan esei memang tak boleh tahu lagi camane nak buat. cikgu tahun ni dah buleh bawak buku masuk dewan kan?

  34. megusta says:

    Salam cikgu, nak tanya sikit….Kalau Sejarah Form 4 Bab 2….Kalau soalan berbunyi gini”

    “Huraikan Aspek-Aspek peningkatan tamadun bla bla bla dari segi politik, ekonomi dan sosial”
    perlukan saya huraikan setiap aspek politik seperti Pentadbiran , Perundangan & Perluasan Kuasa?

  35. cr-v says:

    cikgu, boleh ke buat 1fakta\ 1isi\ 1contoh\ dalam 1 perenggan………