BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Tajuk : Penentangan Pembesar

Soalan 1 : Mengapakah perjuangan pemimpin tempatan menentang British berakhir dengan kegagalan.           [4 markah ]

 

Isi Huraian Contoh
Penggunaan senjata tradisional Tidak mampu melawan tentera penjajah yang menggunakan senjata moden yang boleh menghalang musuh dari jarak jauh Senapang dan meriam pihak musuh

–       Tombak, parang, keris

Strategi tidak berkesan Menyerang pihak musuh secara berdepan sedangkan pihak musuh bersedia dengan serangan tersebut Serangan Linggir terhadap kapal Nemesis dekat Batang Lupar, Sarawak
Kurang sokongan daripada masyarakat/ tidak dibantu Isu yang dibawa oleh pejuang lebih tertumpu kehilangan hak memungut cukai dan hilang jawatan pembesar yang disandang Rentap dan Mat Salleh
British mendapat sokongan daripada  Sultan Rakyat tidak berani menentang kerana tidak mahu derhaka kepada Sultan Kuasa dan nama Sultan digunakan untuk menawan semula Kuala Berang, Terengganu.
Bersifat setempat   Pasir Puteh

 

Soalan 2 : Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama di Terengganu yang menentang British.

Pada pendapat anda, mengapakah golongan ulama  terlibat dalam penentangan terhadap penguasaan British di Tanah Melayu?

[6 markah ]

 

Isi Huraian Contoh
Terdapat banyak institusi agama di Terengganu Pengajian secara pondok bermula sejak abad ke 12 M dan merupakan pendidikan secara formal ketika itu Pondok Pulau Manis,Terengganu dan Pondok Pulau Condong, Kelantan.
Mudah mempengaruhi pemikiran rakyat Masyarakat Melayu amat menghormati golongan ulama kerana mempunyai pengetahuan yang luas dalam hukum-hakam agama. Hj Abd Rahman Limbong
Konsep jihad Menentang Barat bererti jihad menentang pihak yang menceroboh tanah air kita. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh
Hubungan yang baik dengan pemerintah Sultan mendapatkan nasihat dan pandangan ulama dalam hal ehwal agama  
Berilmu pengetahuan tinggi Haji Abdul Rahman pernah menjadi peguam dan berhujah dimahkamah membela rakyat yang disaman oleh Inggeris Ajar sekolah pondok
Bijak memainkan isu Tanah itu adalah hak Allah dan dan tidak perlu mendapat keizinan Inggeris Hj Abd Rahman Limbong

 

Soalan 3 : Akhbar masih lagi berperanan untuk menaikkan semangat cinta akan tanah air sehingga ke hari ini ?

Berikan hujah anda.              [4 markah ]

 

Isi Huraian Contoh
Harganya murah Mampu dibeli oleh setiap lapisan masyarakat Senaskah Berita Harian berharga RM1.50
Mudah diperoleh Pasarannya meluas dari bandar hingga ke kawasan pedalaman  
Mudah dibawa Kerana lebih ringan berbanding bahan bacaan yang lain  
Wujud dalam pelbagai bahasa Setiap kaum menggunakan bahasa ibunda masing-masing Mandarin dan Tamil Bahasa Melayu
Kemudahan internet terhad Tidak semua kawasan mendapat talian internet  dan akhbar menjadi pilihan  

Kawasan luar bandar

 

Soalan 4 : Minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah berbanding dengan negara maju.

Berikan ulasan anda.             [6 markah ]

 

Isi Huraian Contoh
Ya, minat membaca masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca sebuah buku dalam setahun  
Bahan picisan Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang rendah kualitinya Majalah Remaja dan Sri Dewi
Taksub dengan kemajuan ICT Banyak menghabiskan masa dengan bermain gajet dan melayari internet You tube, facebook dan WhatsApp
Taraf ekonomi rendah Kekurangan sumber kewangan untuk membeli bahan bacaan bermutu Keperluan makanan dan persekolahan anak-anak
Harga buku mahal Tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah terutamanya penulis terkenal Keluaran daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
Tiada kesedaran Kurang  galakkan daripada ibu bapa menyebabkan minat membaca gagal meresapi jiwa anak-anak Luar bandar
Mengutamakan peperiksaan Remaja menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran Peperiksaan SPM dan STPM

 

Tajuk : Majalah – Tema dan Isu

 

Soalan 5 : Isu pendidikan anak-anak Melayu menjadi tajuk utama dalam akhbar dan majalah sejak sebelum merdeka hingga kini.

Mengapakah isu tersebut masih lagi dibincangkan hingga sekarang?

 [4 markah ]

 

Isi Huraian Contoh
Taraf ekonomi yang rendah Menyebabkan anak-anak Melayu ketinggalan dalam pendidikan Ibu bapa merupakan golongan petani dan nelayan
Terjebak dengan gejala sosial Masalah sosial banyak melibatkan remaja Melayu yang masih dibangku sekolah Lumba haram, dadah dan melepak
Kedudukan sekolah luar bandar Prasarana tidak sebaik sekolah dibandar mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran Kemudahan pusat sumber dan makmal ICT
Jurang pendapatan antara kaum Orang Melayu masih lagi  berada di paras kemiskinan Luar bandar
Kurangnya tenaga profesional melayu Peratus orang Melayu masih lagi kurang berbanding kaum Cina dan India Pekerjaan doktor dan peguam

 

Tajuk : Persatuan/KMM

 

Soalan 6 : Markah kokurikulum menyumbang 10% merit untuk kemasukanan ke pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Berikan pendapat anda.          [4 markah ]

 

Isi Huraian Contoh
Sahsiah yang seimbang Melahirkan  insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Falsafah Pendidikan Negara
Sifat kepimpinan Ciri-ciri kepimpinan boleh dipupuk dengan penyertaan dalam kokurikulum melalui jawatan tertentu Pengerusi dan setiausaha
Pelajar yang berdisiplin Penyertaan dalam pasukan beruniform mampu memupuk pelajar yang berdisiplin melalui aktiviti yang dijalankan Kawad kaki dan perkhemahan
Mewujudkan perpaduan Penglibatan yang dijalankan boleh menyemai rasa hormat-menghormati antara kaum Aktiviti berpersatuan
Memperkembangkan potensi individu Mengasah potensi yang ada melalui persatuan yang sesuai dengan minat pelajar Berpidato dalam persatuan bahasa Melayu dan Inggeris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...