https://i2.wp.com/rlv.zcache.com/i_love_history_t_shirt-p235256101690693911q6wh_400.jpg?w=640

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Rasanya dah lama tak berceloteh dalam blog ni. So dalam entri yang ni biarlah cikgu bercakap ye. Sebelum tu, cikgu nak ucapkan selamat bercuti kepada para pelajar dan guru. Yela, cuti sekolahkan. Kepada para pelajar, korang cuti2 ni takda plan apa2 ke? Haaa… jgn planning kegiatan liar ye. Manfaatkan cuti korang ni dengan kegiatan yang berfaedah. Kalau rajin jom pergi Johor join cikgu main drift. Ceeewahhh… takdela, drift kereta kontrol adalah. Ok ape, nak modified kereta jadi drift tak tahu apatah lagi nak drift kereta. So ye dapat drift kereta kontrol pun jadila.

Final exam pun dah habis, mesti seronok bila dah habis periksa. Merdeka tak hingat. Cikgu pun pernah merasa zaman korang ni, apa yang penting jangan jemu untuk belajar. Paksakan diri untuk menimba ilmu. Jangan manjakan otak, minda, badan, organ dalaman, dan lain2 korang dengan kemalasan yer. Kelak nanti korang akan menyesal. Kompem takde tipu punya. Sebabnya cikgu dulupun bukan la kategori budak2 genius, pandai, bukulat (ulat buku), pintar dan sebagainya. Cikgu ni biasa2 je or mungkin worse student. Hahahaha… Masa kat sekolah dulu cikgu pemegang ranking 153/154 orang pelajar batch cikgu. Tapi Alhamdulillah, jadi orang juga cikgu ni. Cukup la sekadar itu mengenai siapa cikgu masa di zaman sekolah dulu. Terlalu panjang rasanya kalau nak diceritakan hal2 mengenai kenangan2 cikgu masa zaman sekolah a.k.a malu..hehehehe..

Mengenai subjek Sejarah, cikgu tetap dengan pendirian cikgu menyatakan yang subjek Sejarah adalah subjek yang menyeronokkan. Sejarah bukan sekadar untuk dihafal,dibaca,ditelan,dimakan,diminum,disedut dalam pendrive dll, tetapi sejarah adalah untuk dihayati dan difahami. Sebab itu cikgu tekankan sgt istilah “KENAPA KENAPA KENAPA”. Bila korang belajar sejarah, istilah kenapa tidak boleh tidak lari dalam minda korang. Setiap peristiwa sejarah yang berlaku dan tercatat dalam buku teks korang tu perlu diakhiri dengan kenapa.

Contohnya kenapa Malaysia boleh terbentuk? Kenapa Melaka ada sultan? Kenapa British datang ke Tanah Melayu,kenapa tak datang ke kutub utara je? Kenapa Malaysia ada banyak kaum? dan sebagainya.

Paksaan perkataan KENAPA itu akan memberikan satu tindakbalas kepada minda korang supaya menafsir dan mencari jawapannya. Jangan kakukan minda korang, tafsirkan setiap peristiwa sejarah yang berlaku dan cuba kaitkan dengan diri korang,keluarga korang,kampung korang,negeri korang atau negara kita yang dicintai.

Contohnya,Sultan Muhammad Jiwa telah diperdaya British sehingga Pulau Pinang menjadi hak milik British. Cuba kaitakan dengan diri korang sendiri,muhasabah diri,adakah aku ni mudah diperdaya? Katakan tak nak kepada penipuan.

Akhir kata,belajar Sejarah bukan dari FAKTANYA sahaja, tetapi adalah melalui pemahaman dan penghayatan diri kita sendiri. Katakan tidak kepada menghafal,katakan tidak kepada bosan Sejarah. Tetapi katakanlah YA kepada minat sejarah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply