Cerita pasal makan ni, nak kongsi sikit pasal menu harian saya kat sini. Maklumlah hidup merempat kat negeri orang. Makanan ye pun ala2 sang perantau jugakla. Nasib baiklah kat umah yang saya sewa ni ada tukang masak yang pro. Didatangkan khas dari Kelantan dan Sabah. Apabila mereka bergabung, muncul lah menu2 makan yang pelik dan kreatif. Padahal tak pelik manapun.

Lemon merupakan satu kemestian yang mesti ada dalam setiap lauk yang dihidangkan. Ikan Masin perah lemon, campur dengan cili padi. Gaul2 bagi sebati. Fuhhhhh.. kitowang sangat2 la ketagih bendalah tu. Lagi macam biasalah, makan sardin cap Chenta, cap roda, dan lain-lain lagi. Tapi yang masalahnya, kami tak mampu nak beli sardin CAP AYAM.. mahal oooo… Kalau telur pulak, wajib cicah budu yang telah disebatikan dengan perahan lemon n cili padi… Perghhh, masyukkkkkkk.. Walaupun hidangan tak seberapa.. Kalau tyme makan tu, mau tambah 2 pinggan maaa… Beras seploh kilo pun abes tak sampai seminggu.. Betapa pelahap nya la kami ni…

So ye kepada mereka yang ingin mencuba, sila2 kan lah… Hehehehe…Takde idea sebenarnya nak tulis ape. So ye hentam sajalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Thoughts to “Ikan Masin,Telur & Budu”

  1. Cikgu Azid

    Masakan Reen tetap di hati abg…heheheh…

  2. rin

    pelahap sgguh….agk2nye msti dh lupe mcmn rasenye mskn rin kn??hua3…

Leave a Reply