https://i1.wp.com/images.npg.org.uk/790_500/0/5/mw00805.jpg?resize=283%2C383

James Brooke, seorang tentera, pedagang dan penjelajah, tiba di Singapura pada bulan Mei 1839 dalam perjalanannya untuk menjelajah Borneo. Sejurus sebelum ketibaannya, beberapa orang pelayar British telah terkandas di Brunei dan dilayan dengan baik oleh seorang kerabat kepada Sultan Brunei iaitu Pangeran Muda Hashim. Gabenor Bonham dari Negeri-negeri Selat dan para pedagang British telah meminta Brooke membawa surat penghargaan dan hadiah kepada Pangeran Muda Hashim.

https://i1.wp.com/ssoonz.com/v/wp-content/uploads/2010/03/Brooke-Eblem-Royalist.jpg?resize=520%2C217

Pada ketika itu, Pangeran Muda Hashim berada di Sarawak bagi menentang satu pemberontakan terhadap Sultan Brunei. Sultan telah meminta Brooke memberikan bantuan kepada Pangeran Muda Hashim dan beliau berjaya menamatkan pemberontakan tersebut. Sebagai “penghargaan”, Sultan Brunei telah melantik Brooke sebagai Raja Sarawak pada bulan September 1841. Raja Brooke berusaha keras untuk menghapuskan ancaman lanun dan membawa ketenteraman di kawasan persisiran utara Borneo. Ekoran dari usaha beliau, jumlah penduduk telah meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun pentadbirannya. Apabila arang batu ditemui di Labuan, Raja Brooke menasihatkan kerajaan British mengambil Labuan daripada tangan Sultan Brunei supaya ia boleh dijadikan pengkalan bekalan arang batu untuk kapal-kapal wap yang berlayar di lautan timur.

https://i1.wp.com/www.suntravelborneo.com/public/images/mapsarawak3.jpg?resize=478%2C328

Pada tahun 1847, James Brooke telah dianugerahkan darjah kesatria dan dilantik sebagai Gabenor Labuan dan Ketua Konsol British di Borneo Utara. Beliau bersara pada tahun 1863 dan kembali menetap di England. Selepas kematiannya pada tahun 1868, anak saudaranya telah menggantikan beliau sebagai Raja Sarawak. Pada tahun 1888, Sarawak telah dijadikan sebuah negeri naungan British. Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dari tahun 1841 hingga tahun 1941 apabila Jepun menjajahi Sarawak. Sarawak diserahkan kepada pihak British oleh Sir Charles Vyner Brooke pada 1 Julai 1946 apabila ia dijadikan sebuah koloni diraja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply