https://i0.wp.com/kebunketereh.com/wp-content/uploads/2010/06/Tanah-Melayu.png?w=640

Warna Biru : Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Warna Kuning : Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Pada tahun 1906, permintaan bagi getah telah naik secara mendadak apabila kereta mula dicipta kerana ia diperlukan dalam pembuatan tayar di kilang-kilang di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat. Harga pasaran getah meningkat dengan mantap dan peladangan getah menjadi industri utama di Malaya.

Pihak British seterusnya mahu menjadikan keseluruhan Malaya sebagai jajahannya dan menetapkan sempadan yang jelas di antara Siam dan Tanah Melayu. Satu perjanjian telah ditandatangani dengan Siam pada tahun 1909 di mana Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah dijadikan negeri naungan British. Negeri-negeri ini dinamakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Penasihat-penasihat British telah dihantar untuk membantu Sultan mentadbir negeri-negeri tersebut dengan teratur. Pada Tahun 1914, Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak British bagi menerima khidmat Penasihat British dan menjadi sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Justeru, selepas tahun 1914, Tanah Melayu terbahagi kepada 3 unit politik iaitu :

(a) Tanah Jajahan Mahkota Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura (termasuk Pulau Krismas dan Pulau Kokos), Pulau Pinang dan Seberang Prai, Melaka dan Labuan.

(b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

(c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Thoughts to “Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (1909)”

  1. Cikgu Azid

    Wasalam,cuba cari jurnal2 or penulisan sejarah dalam Bahasa Inggeris ye,mesti banyak..Divide and Rule..

  2. amirah

    assalamualaikum, cikgu..
    boleh tak cikgu tolong bagi nota mengenai dasar pecah dan perintah?
    assignment saya adalah mengenai maksud dasar pecah dan perintah, dan kesan dasar tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial…
    saya sudah lebih sebulan mencari info mengenai tajuk ini, tapi saya masih tidak dapat mana2 info yang betul, lecturer saya asyik reject keje saya je..

  3. eyja

    cikgu, ble x emailkn sy peranan nnmtb,faktor pentadbiran nnmtb ? pertlgn ckgu amat sy hrpkn.. sy amat kekurgn bahan rujukan..

  4. jainal

    apakah perbezaan negeri-negeri melayu bersekutu dengan tidak bersekutu

  5. salam cikgu..boleh x cikgu bg nota ttg negeri2 melayu sblm 1784 dr segi sistem politik,ekonomi dan sosial? saya amat perlukn nota itu untuk assignment sy di universiti.thank you v much.hanya Allah yg mampu reward jasa cikgu.

Leave a Reply