MODUL NOTA KILAT TUDINGAN SEJARAH SPM

TINGKATAN 4

 BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Tajuk Tudingan

  1. Tamadun Hwang Ho

 Tamadun Hwang Ho

 (a)        Lokasi tamadun Hwang Ho                                    

  • Dilembah Hwang Ho yang subur (Sungai Kuning)
  • Bersifat setempat kerana bergunung ganang dan berpadang pasir

(b)       Dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho    

  • Dinasti Hsia
  • Dinasti Shang
  • Dinasti Chou
  • Dinasti Ching
  • Dinasti Chin

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

 (a)        Petempatan awal

  • Berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar
  • Anyang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho
  • Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
  • Di bandar ini, terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
  • Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar
  • Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
  • Bandar ini juga dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani

(b)        Organisasi sosial masyarakat Shang

  • Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
  • Lapisan bawah terdiri daripada petani yang membentuk sebahagian besar penduduk
  • Golongan petani mendiami kawasan luar bandar
  • Golongan artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
  • Gangsa digunakan untuk bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan
  • Disebabkan hanya golongan pembesar sahaja yang mampu miliki tentera dan senjata gangsa, mereka menggunakan keistimewaan ini untuk menundukkan golongan bawahan.
  • Golongan hamba ialah golongan paling bawah
  • Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang

(c)        Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang Ho

  • Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera berkuda dan tentera berjalan kaki
  • Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan
  • Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar
  • Golongan hamba sebagai tentera paksaan
  • Selain itu, golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan
  • Golongan hamba juga dijadikan korban dalam upacara penyembahan

(d)       Sistem pemerintahan Dinasti Shang.        

  • Sistem pemerintahan berbentuk beraja
  • Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja
  • Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama
  • Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
  • Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
  • Tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama
  • Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan yang berhak mentadbir wilayahnya
  • Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang

(e)        Sistem pentadbiran Dinasti Chou

  • Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah- wilayah
  • Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
  • Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang Menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan undang-undang
  • Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar- pembesar feudal
  • Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah, memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
  • Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang
  • Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

(f)        Agama dan kepercayaan

  • Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politisme
  • Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
  • Mereka juga menyembah tuhan syurga(Shang Ti) dan tuhan bumi(tu), menyembah sungai, bukit dan gunung
  • Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik.tarian dan upacara korban
  • Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh
  • Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan
  • Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan
  • Rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
  • Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
  • Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.
  • Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol
  • Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak. Bulan, matahari dan sungai

(g)        Penciptaan Sistem Kalendar

  • Dicipta semasa Dinasti Shang.
  • 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
  • Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
  • Untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.         

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

(a)        Bidang politik/pemerintahan

  • Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
  • Gelaran raja ditukar kepada maharaja
  • Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
  • Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20

(b)        Bidang ekonomi

  • Pembinaan sistem pengairan dengan membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir
  • Kemajuan dalam teknologi pembajakan
  • Penciptaan cangkul dan sabit
  • Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
  • Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi

(c)        Sistem Tulisan

  • Berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
  • Pengunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan
  • Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah China
  • Terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

(d)       Bidang agama dan kepercayaan

  • Pemujaan roh nenek moyang
  • Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan mengikut kesesuaian masa
  • Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
  • Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
  • Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada
  • unsur saling melengkapi iaitu Yin dan Yang
  • Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar

( e )      Sistem kalendar

  • Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
  • 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
  • Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
  • Untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.

(f)        Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

  • Karyanya the Art of War
  • membincang kan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam pelbagai bahasa
  • Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan

  BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

Tajuk Tudingan

  1. Peningkatan Tamadun ( India dan China )

( Ekonomi / Seni bina / Sains Teknologi / Pendidikan )

Tamadun India.

Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik. ( Peranan pendidikan dalam Tamadun India)

  • Mementingkan keagamaan
  • Agama Hindu sebagai teras
  • Didominasi oleh kaum lelaki
  • Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
  • Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
  • BahasaSanskrit merupakan medium pengajaran penting
  • Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab veda
  • Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha
  • Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
  • Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
  • Lahir university agama Buddha, iaitu Nalanda

Tujuan pendidikan

  • adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
  • Segala hukuman agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama
  • Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains.Pendidikan di India bertujuan untuk menambah ilmu
  • bertujuan mengatasi buta huruf
  • Pendidikan juga untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.

Aspek penekanan dalam pendidikan

  • Mementingkan keagamaan dan agama Hindu
  • Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
  • seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya veda yang mengandungi peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.
  • Mereka juga harus belajar karya sainstifik dan falsafah

Pusat dagangan dan pelabuhan di India.

  • Anga
  • Kalinga

Contoh pelabuhan penting

  • Tamralipti
  • Ghantashala,
  • Kadura
  • Broach
  • Chual
  • Kalyan
  • Cambay

Hasil dagangan di India.

  • senjata
  • gading gajah
  • emas
  • berlian

Perusahaan di India

  • pengeluaran tekstil
  • kain kapas
  • barang emas
  • mutiara
  • batu permata.

Sresthin ( persatuan perdagangan )

  • persatuan perdagangan dan perusahaan
  • wujud disetiap bandar
  • contoh persatuan itu ialah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukangkulit
  • Matlamatnya untuk mengawal harga, kualiti barang, dan gaji pekerja.
  • Undang-undang telah digubal untuk mengawal persataun.
  • Pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja.

Cukai di India.

  • Diperkenalkan sejak Zaman Maurya
  • Hasil pertanian dan hasil buah-buahan
  • untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja

Negara yang menjalinkan hubungan dagangan dengan India.

 

  • Hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggra.
  • Sejak tahun 100M, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu.

Kemajuan yang dicapai dalam bidang perdagangan tamadun India.

  • Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan
  • Perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Maedonia,
  • Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggara.
  • Pusat Perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
  • Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti
  • Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, kalian dan Cambay.
  • Di setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
  • Raja menggubal undang-undang untuk mengawasi perjalanan persatuan perdagangan.
  • Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik dengan menggunakan mata wang sebagai medium jual beli.Contoh bentuk mata wang emas dan dikenali sebagai dinara, wang perak dan wang daripada cangkerang siput.
    • Terdapat sektor perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
    • Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan
    • Seperti hasil pertanian dan buah-buahan.
    • Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
    • Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi.
    • Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi.

Tamadun China

Jenis kegiatan ekonomi zaman Dinasti Shang.

  • kemajuan dalam pertanian
  • perdagangan dalam negeri
  • perdagangan maritim,
  • perusahaan
  • pembentukan persatuan perniagaan.

Sumbangan Tamadun China dalam bidang pertanian.

  • Dalam bidang pertanian tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
  • Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan
  • kereta sorong beroda serta penyisir tanah.
  • Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
  • Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
  • Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal.
  • Kawalan terhadap banjir dengan pembinaan terusan.

Kesan perkembangan perusahaan dalam tamadun China.

  • Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han
  • Perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di laur China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
  • Hasil dagangan dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang.
  • Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut.
  • Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan dalam negeri China sendiri.
  • Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.

 BAB 3 :   TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

 

Tajuk Tudingan 2012

  1. Kerajaan Agraria
  2. Kerajaan Maritim
  3. Kerajaan Agraria dan Maritim saling melengkapi
  4. Pengaruh agama Hindu Buddha ( Candi / Monumen / pentadbiran/ bahasa )

 Kerajaan Agraria

 

  1. Maksud kerajaan Agraria
  • kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian , penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai
  • terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai / kawasan pedalaman sepetti kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi
  • contoh kerajaan seperti Dvaravati , Taruma, Sailendra, Angkor , Sukhotai, dan Funan
  1. Ciri-ciri kerajaan Agraria
  • terletak di kawasan yang subur iaitu di lembah sungai
  • menanam padi sawah dan padi huma
  • menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang,keledek dan sayur-sayuran
  • menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
  • mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu,kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
  • sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
  • menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
  • mendapatkan kulit kura-kura
  • menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
  • lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim
  • pembinaan sistem pengairan yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
  • raja terlibat dalam pembinaan pengairan
  • kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan
  1. Kegiatan ekonomi masyarakat agraria
  • menanam padi sawah dan padi huma
  • menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang,keledek dan sayur-sayuran
  • menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
  • mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
  • sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
  • menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
  • mendapatkan kulit kura-kura
  • menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
  • lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim
  1. Faktor-faktor perkembangan kerajaan Agraria ( Angkor )

 

  • Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
  • Raja Indravarman 1 terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
  • Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
  • Pembinaan baray yang mampu mengairi tanah
  • Hasil padi dapat menampung keperluan beras
  • Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
  • Tanah sekitar yang subur
  • Iklim panas lembap sepanjang tahun
  • Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap
  • Sumber ikan air tawar dan punca bekalan air minuman daripada Tasik Tonle Sap
  1. Kepentingan Tasik Tonle Sap

 

  • Membekalkan sumber air minuman
  • Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas
  • Pada musim kemarau , kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur
  • Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik
  • Air dari Tasik Tonle Sap dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan
  • Sumber air dari tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor.

 

Kerajaan Maritim

  • Ekonomi berasaskan perdagangan
  • Terletak di kawasan persisiran pantai
  • Terdapat kemudahan di pelabuhan
  • Peranan Orang Laut mengawasi keselamatan pedagang
  • Pelabuhan pembekal berkembang menjadi pelabuhan entrepot
  • Mengadakan hubungan dengan kerajaan besar seperti China dan India

 

Saling bergantung /melengkapi antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim

  • Kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai dan membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim
  • Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah dari China dan India
  • Kerajaan agraria membekalkan beras dan hasil hutan kepada kerajaan maritim
  • Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan agraria
  • Kerajaan maritm mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal daripada kerajaan agraria
  • Kerajaan maritim memperoleh gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja
  • Kerajaan maritm bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir

 

PENGARUH AGAMA HINDU BUDHA DALAM KERAJAAN AWAL

  1. Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal

 

  • Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara
  • Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya
  • Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta
  • Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan

 

 

  1. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal

 

  • Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
  • Raja berada dipuncak pemerintahan
  • Raja dibantu oleh kerabat diraja , pembesar , Brahmin
  • Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
  • Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
  • Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan
  • Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
  • Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja
  • Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
  • Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat
  • pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
  • Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu orde kosmos
  1. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian

 

  1. Maksud monumen
  • Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting
  • Monumen boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung
  1. Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara
  • Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
  • Sebagai rumah ibadat
  • Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
  • Tempat menyimpan patung dewa utama
  • Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
  • Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur

      Contoh candi terkenal di Asia Tenggara

  • Candi Dieng di Jawa Tengah , Indonesia
  • Candi Borobudur di Jawa Tengah , Indonesia
  • Candi Prambanan di Jawa Tengah , Indonesia
  • Candi Angkor Wat di Kemboja
  • Candi Chaiya dan Yarang di Thailand
  1. Kepentingan Bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal Asia Tenggara

 

  • Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
  • mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang
  • Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
  • Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan ajaran Buddha
  • Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
  • Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
  • Bahasa keagamaan
  • bahasa yang digunakan dalam urusan pemerintahan
  • Mengalami penyesuaian dan berubah ke adalam bahasa Melayu seperti dosa, duka, Derhaka, manusia, pahala, rupa , sengsara dan huruf
  • Berkembang menjadi bahasa ilmu
  • Bahasa komunikasi
  • Memperkayakan bidang kesusasteraan seperti epik / puisi / prosa jawa penceritaan lisan dan teater
  1. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan

 

  • Kesusasteraan India melalui epik Ramayana , Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara
  • Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma
  • Cerita-cerita dalam Epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
  • Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa jaya dan Hikayat Sang Samba.
  • Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama

 

 

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MEKAH

Tajuk Tudingan

  1. Penyebaran Islam
  2. Reaksi masyarakat
  3. Faktor penentangan

 

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam

  1. Faktor Penerimaan Islam

 

  1. Kemurnian ajaran Islam
  2. Kaedah berdakwah secara lembah lembut dan berhikmah
  • Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam
  1. Membandingkan nilai akhlak Islam dengan nilai akhlak jahiliah
  2. Baginda membacakan al-Quran untuk memberi penerangan dan menjawab pertanyaan serta menunjukkan teladan yang baik
  3. Baginda menanamkan keimanan yang kuat, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi serta tidak menggunakan harta dalam berdakwah

 

  1. Faktor Penentangan terhadap Islam
  2. Perbezaan dari segi amalan dan kepercayaan
  3. Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia berbanding dengan orang Arab Jahiliah yang mementingkan perbezaan darjat dan mengamalkan konsep assabiah
  • Akhlak keji orang Arab Jahiliah bertentangan dengan nilai akhlak Islam
  1. Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan salah terhadap tugas nabi
  2. Bimbang terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam semua aspek dan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka
  3. Menjejaskan ekonomi orang Arab Jahiliah terutama perusahaan mengukir patung berhala.

 

  1. Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan masalah
  1. Penentangan oranng Quraisy Makkah terhadap Nabi Muhammad s.a.w semakin meningkat setelah kematian bapa saudara dan isteri baginda, iaitu Abu Talib dan Siti Khadijah
  2. Baginda tidak berputus asa dan telah mengambil beberapa langkah untuk meringankan penderitaan orang Islam, antaranya ialah:
  • Meminta umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan
  • Baginda bersama Zaid bin Harithah cuba menyebarkan Islam ke Taif, namun gagal.
  • Melakukan hijrah ke Madinah setelah Allah menurunkan wahyu agar baginda berbuat demikian

 

BAB 5 :  KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

 

 Tajuk Tudingan

  1. Perjanjian Aqabah
  2. Hijrah ( Kesan Hijrah )
  3. Piagam Madinah
  4. Perang dalam Islam
  5. Pembukaan semula Kota Makkah

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN KEDUA

 

  1. Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian memeluk Islam. Pada musim haji (621M) berikutnya, mereka mengunjungi lagi Nabi Muhammad s.a.w dan wujud perjanjian Aqabah Pertama.
  2. Antara isi perjanjian Aqabah Pertama termasuklah:
    1. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. dan Rasul.
    2. Berjanji membantu perjuangan Nabi saw.
    3. Tidak mengamalkan amalan jahiliyah.

 

  1. Selepas perjanjian tersebut Nabi s.a.w menghantar pendakwah Islam, Mus’ab bin Umair untuk menyebarkan Islam.

 

  1. Pada tahun 622M Perjanjian Aqabah Kedua ditandatangani. Isi perjanjiannya :
    1. Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
    2. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
    3. Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
    4. Kesediaan mempertahankan Islam.
    5. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah

 

  1. Kesan Perjanjian:

 

  1. Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
  2. Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
  3. Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
  4. Jaminan dan keselamatan orang Islam Makkah terjamin
  5. Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
  6. Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
  7. Mengembalikan keamanan dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam.

HIJRAH

  1. Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M.
  2. Berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat.
  3. Nabi Muhamad s.a.w berhijrah bersama Abu Bakar al-Siddiq memakan masa selama lebih kurang 2 hari.
  4. Umar bin al-Khattab berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.

 

Konsep Hijrah

 

Makna Hijrah:

  1. Perkataan Arab bermakna berpindah.
  2. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah . Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi baru untuk menyebarkan Islam.
  3. Pengertian lain hijrah – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.
  4. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
  5. Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian.
  6. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam seperti berikut:
    1. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
    2. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
    3. Orang Islam Makkah diberi jaminan kjeselamatan dan diberi tempat tinggal.
    4. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

 

Cara penghijrahan Nabi Muhamad s.a.w.

  1. Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan
  2. Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.
  3. Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .
  4. Bersembunyi di Gua Thur sebelum berhijrah ke Madinah. Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar. Asma binti Abu Bakar menghantar makanan dan Amir bin Fuhairah menyediakan susu kambing diberi kepada baginda.
  5. Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi.

Sebab dan Tujuan Hijrah

  1. Perintah Allah swt menerusi wahyu.
  2. Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.
  3. Satu strategi Nabi menyebarkan Islam.
  4. Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
  5. Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Mereka memerlukan pemimpin dan mendamaikan ketegangan.

Kepentingan Hijrah

  1. Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman dan dapat dilakukan secara terang-terangan.
  2. Peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di Madinah.
  3. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Makkah dan Madinah.
  4. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.
  5. Wujud golongan Muhajirin dan Ansar. Muhajirin bermaksud berpindah. Ansar bermaksud menolong ( Nasara). Golongan Ansar membantu Muhajirin dengan cara:
    1. Menjaga keselamatan
    2. Menyediakan modal untuk berniaga
  6. Keamanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera sebagai sebuah negara.
  7. Wujud takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin dan diteruskan oleh Umar al Khatab.
  8. Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’. Yang menjadi tempat ibadat, belajar berbincang dan aktiviti berjual beli.
  9. Pertukaran nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib dan menjadi pusat tamadun Islam dan agama.
  10. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong- menolong ke arah kecemerlangan.
  11. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd Rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk penyebaran agama Islam.
  12. Memperlihatkan wanita berperanan menggerakkan kemajuan negara
  13. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman.
  14. Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah.
  15. Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah dariapda Quraish.

PIAGAM MADINAH

 

  1. Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka Nabi pada 622M- berpandukan wahyu.
  2. Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islan dan Bukan Islam.
  3. Piagam dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
  4. Mengandungi 47 fasal . 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24 fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.
  5. Dirumus kepada 7 aspek penting merangkumi politik, ekonomi, sosial seperti:
    1. Politik
      1. Nabi Muhamad pemimpin di Madinah
      2. Sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islam
    2. Agama
      1. Bebas mengamalkan sebarang agama
      2. Bebas mengamlkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam.
    3. Sosial
      1. Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
      2. Tidak boleh bermusuhan

 

 

  1. Perundangan
    1. Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
    2. Undang-undang Islam menekankan penginsafan dan bukannya jatuhan hukuman.
  2. Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.
  3. Ekonomi
    1. Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
    2. Unsur tipu dan riba dihapuskan.

 

  1. Pertahanan
    1. Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara
  2. Kedudukan kaum Yahudi
    1. Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah

Kepentingan Piagam Madinah

 

  1. Model kerajaan Islam yang unggul
  2. Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum
  3. Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.
  4. Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
  5. Berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, hidup dalam bersatu padu dan aman menerusi semangat ukhuwah Islamiah iaitu semangat persaudaraan sesama Islam, adil, persamaan hak dan tiada perbezaan taraf.
  6. Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang-undang syariah.
  7. Negara diwujud atas dasar perlembagaan terlebih dahulu.
  8. Berjaya menyusun masyarakat kehidupan yang sistematik berasaskan undang-undang.
  9. Wujudkan semangat kerjasama dan sama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan negara hingga menjadikan kerajaan Islam kuat dan dihormati.

PENYEBARAN ISLAM

Berikut adalah strategi penyebaran Islam iaitu:

 

  1. Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di sekitar semenanjung Arab.
  2. Tiada paksaan tetapi dengan diplomasi dan menerapkan nilai yang baik.
  3. Menerusi warkah atau surat untuk wujud persefahaman.
  4. Peperangan berlaku dengan izin atas tujuan mempertahankan diri, agama dan negara. Kerajaaan Islam melalui beberapa siri peperangan sejak 622M. Antaranya:
    1. Perang Badar 624M/2H
  • Dalam perang ini Islam menang, Nabi mengampunkan orang tawanan Arab Quraish, Tawanan Wanita dan kanak-kanak dibebaskan. Lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka dengan mengajar 10 kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai akan dibebaskan.
    1. Perang Uhud 625M/3H
    2. Perang Khandak 627M/5H
    3. Perang Tabuk 630M/8H

 

  1. Perang dalam Islam mesti mengikut prinsip tertentu, iaitu:
    1. Dengan izin Allah swt setelah turunnya wahyu. Berperang apabila diserang oleh musuh.
    2. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.
    3. Menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
    4. Islam menganjurkan perdamaian jika musuhnya inginkan perdamaian.
    5. Dakwah mesti dilaksanakan dengan baik
    6. Perang berpandukan aspek berikut:
      1. Tidak boleh membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit, dan orang yang menyerah diri.
      2. Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan, dan tanaman.
  • Dilarang meroboh rumah ibadat.

PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH

 

  1. Kota Mekah ialah tempat kelahiran Nabi Muhamad s.a.w dan tempat lahirnya agama Islam.
  2. Orang Quraish melanggar perjanjian Hudaibiyah 630M
  3. Kedudukan Madinah akan menjadi lebih mantap.
  4. Satu strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.

 

Cara Pembukaan Kota Makkah:

  1. Berlaku tanpa kekerasan
  2. Peringkat awal menghantar tentera Islam empat pasukan 10000 orang.
  3. Diketuai oleh Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair Al Awwam.. Masuk Makkah melalui 4 penjuru.
  4. Pengislaman Abu Sufian dan Al Abbas telah memudahkan lagi Makkah dibuka, selain jaminan keselamatan oleh penduduk Makkah.
  5. Kesan pembukaan Kota Makkah: Sebelum memasuki Makkah Abu Sufian dan bapa saudara nabi Al Abbas telah memeluk Islam.

Kepentingan Pembukaan Kota Makkah

  1. Menunjukkan semangat persaudaraan Islam dengan memberi jaminan keselamatan
  2. Menunjukkan semangat perpaduan dalam negara yang pelbagai agama dan keturunan.
  3. Sifat pemaaf Nabi saw terserlah – tidak membalas dendam terhadap orang Quraish.
  4. Kaabah terpelihara daripada kemungkaran. Agama menyembah berhala dihapuskan.
  5. Kota suci umat Islam dalam melakukan ibadah.
  6. Membuktikan kukuhnya negara Islam di Madinah.
  7. Bermulanya penyebaran Islam secara menyeluruh ke Tanah Arab tanpa paksaan.
  8. Wujud sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat dimana Madinah masih kekal pusat pemerintahan.
  9. Titih akhir perjuangan Nabi Muhammad s.a.w sebelum beliau wafat iaitu dalam

Khutbah akhir Nabi menyatakan setiap orang Islam bersaudara dan meninggalkan pusaka iaitu al quran dan sunnah.

 

Tindakan / strategi / usaha Nabi Muhammad dalam penyebaran Islam

  • Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan Semenanjung Tanah Arab
  • Tidak memaksa memeluk Islam
  • Menggunakan diplomasi
  • Menunjukkan nilai-nilai yang baik
  • Menyeru memeluk Islam melalui warkah
  • Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut

 

PEPERANGAN DALAM ISLAM

Sebab peperangan dibenarkan dalam Islam

  • Mempertahankan maruah diri
  • Mempertahankan agama
  • Mempertahankan negara
  • Dengan keizinan Allah

 

Contoh peperangan

  • Perang Badar 2H
  • Perang Uhud 3H
  • Perang Khandak 5H
  • Perang Tabuk 8H

 

Peperangan dalam Islam

  • Allah telah memberi keizinan untuk berperang
  • Setelah diserang oleh musuh
  • Mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga
  • Menjaga maruah negara
  • Tidak memusnahkan harta benda
  • Menentang kezaliman
  • Mempertahankan diri
  • Islam menganjurkan perdamaian
  • Di medan perang tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati
  • Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan
  • Akhlak tentera Islam mestilah mulia, saling bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik

 

 Perang Badar

  • Tawanan Arab Quraisy dalam perang Badar diampunkan
  • Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
  • Tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
  • Tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca
  • dan menulis sehingga pandai dibebaskan

 

 

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA      

 

 

Tajuk Tudingan

  1. Kerajaan Bani Abbasiyah
  2. Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Eropah

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

 

Pembentukan Kerajaan

 

  1. Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
  2. Peringkat awal sulit kemudian terbuka.
  3. Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)
  4. Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
  5. Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
  6. Ambil sempena nama bapa saudara Nabi saw – Abbas.
  7. Amal sistem monarki warisan.
  8. Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.
  9. Berakhir dengan serangan tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam.

 

Sumbangan Abbasiyah

 

  1. Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
  2. Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa Arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .
  3. Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al Rashid.
  4. Kegiatan utama:
    1. Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:
      1. Catat segala idea atau percakapan
      2. Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.
  • Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..
  1. Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.
  2. Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
  1. Kelebihan terjemahan:
    1. Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya. Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.
    2. Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
    3. Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.

 

  1. Kesan perkembangan ilmu:
    1. Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.
    2. Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.
    3. Keterbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.
    4. Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.
    5. Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.

 

PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN

 

Cara pertembungan:

 

  1. Perdagangan dan perniagaan
    1. Zaman Nabi pertembungan dengan Syam
    2. Penguasaan Islam di Teluk Parsi,Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunani
    3. Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina .

 

  1. Hubungan diplomatik
    1. Penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.
    2. Bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.
  2. Penaklukan dan ketenteraan
    1. Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan.Menguasai Iraq dan Iran. Bertembung dengan Tamadun Parsi.
    2. Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah.

 

  1. Kebudayaan
    1. Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di Cardova.
    2. Lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambik kebudayaan Islam dan Berbahasa Arab.

 

  1. Intelektual
    1. Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.
    2. Ilmuan islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.

 

Kesan Pertembungan:

 

  1. Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia.
    1. Keagamaan sendiri.- satu nilai akidah – percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasakan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.

 

  1. Perluasan kawasan penyebaran Islam
    1. Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat spt
      1. Kerajaan Delhi Mughal
      2. Cina wujud masyarakat islam
  • Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.
  1. Memboleh orang Islam menguasai ekonomi. Dengan ememastikan keselamatan laluan perdagangan. Dibuat dengan cara
    1. Uthmaniah mempunyai Armada laut yang kuat .Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk Parsi.
  2. Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan selatan gurun Sahara.
  3. Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia Timur dan Barat.

 

  1. Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial

 

  1. Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama – cth di Balkan Zaman Uthmaniyah.
  2. Kebudayaan dan Intelektual
    1. Perkembangan pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik, Sains dan Teknologi. Zaman Abasiyah pelajar diwajbkan belajar – Ilmu Mantik ( Logik ), Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.
    2. Tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman Uthmaniyah , Sepanyol – orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam.

 

  1. Pertukaran pendapat antara cendikiawan.

 

  1. Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan.
  2. Diterjemahkan daripada penulis Greek spt Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.
  3. Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan – Baituhikmah, Zaman Abbasiyah
  4. Wujudkan budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi.
  5. Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan.

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Tajuk Tudingan

Pengaruh Islam di Asia Tenggara Dan Malaysia

  1. Gaya Hidup
  2. Ekonomi ( Matawang / perdagangan/ Percukaian )

Pengaruh Islam terhadap Ekonomi:

  1. Perdagangan

Kegiatan perdagangan semasa Kesultanan Melayu Melaka.

  • Aktiviti perniagaan berkembang
  • Pedagang tempatan terlibat dengan rangkaian perdagangan Timur Barat
  • Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur.
  • Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua pelabuhan
  • Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
  • Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang perniagaan
  • Wujud sistem sukat dan timbang
  • Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
  • Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli.
  1. Mata Wang

Ciri – ciri yang terdapat pada mata wang di Johor pada abad ke 16.

  • Diperbuat daripada timah
  • Dikenali sebagai wang katun
  • Berbentuk bulat dan enam segi
  • Tidak mempunyai tarikh
  • Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
  • Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527.
  • Mata wang emas ini dikenali kupang
  • Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains (2.6 gram)
  • Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
  • Di bahagian belakang pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin
  1. c) Percukaian

Sistem percukaian pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.   

  • Cukai paling asas ialah cukai tetap atau cukai import ditetapkan oleh pemerintah
  • Para pedagang dari India,Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus
  • Pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai sebanyak 5 peratus.
  • Barang seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
  • Cukai diraja dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka
  • Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3 peratus.
  • Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6 peratus.

Pengaruh Islam mempengaruhi perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu.        

  • Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
  • Walau bagaimanapun,golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan .
  • Penegasan bersabit larangan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun
  • Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
  • Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan
  • membayar zakat harta.
  • Kutipan zakat disimpan oleh baitulmal.
  • Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.
  • Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara.

 

 

 

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

 

Tajuk Tudingan

  1. Zaman Gelap
  • Maksud Zaman Gelap
  • Ciri-ciri Zaman Gelap ( politik, ekonomi dan sosial )
  • Persamaan Zaman Gelap dengan Masyarakat Feudal Melayu
  • Cara menghidari berlakunya kemunduran negara / masyarakat

ZAMAN GELAP DI EROPAH                                               

  1. a) Maksud Zaman Gelap
  • Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
  • merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran
  1. b) Ciri-ciri zaman gelap

 

Politik

 

  • Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
  • Berlaku huru-hara
  • Kemunculan golongan Baron
  • Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
  • Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
  • Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
  • Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
  • Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
  • Pembentukan sistem feudal
  • Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak rajaa
  • Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana

 

Ekonomi

 

  • Kegiatan ekonomi terhad
  • Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
  • Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
  • Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
  • Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
  • Perniagaan secara kecil-kecilan
  • Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
  • Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad

 

Sosial

 

  • Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
  • Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
  • Kemerosotan kehidupan perbandaran
  • Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan

 

  1. c) Ciri-ciri Zaman Kemuncak Pertengahan ( Perubahan- perubahan )

 

  • Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
  • Gereja menjadi ejen penyatuan
  • Peningkatan aktiviti pertanian
  • Kemunculan perdagangan
  • Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
  • Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
  • Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
  • Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
  • Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
  • Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah

 

  1. d) Persamaan sistem feudal di Eropah dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional

 

  • Raja menjadi penaung dalam negara
  • Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
  • Raja mempunyai pembesar-pembesar
  • Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
  • Pembesar memberi khidmat kepada raja
  • Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar                                                                                                       

 

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA        

 

 Tajuk Tudingan

  1. Dasar Pekebun Kecil / Akta Tanah
  2. Kesan Dasar Ekonomi British
  3. Proses Pembandaran

 

Ekonomi Dagangan

  1. Ekonomi dagangan tertumpu kepada pertanian dan perlombongan yang dijalankan secara besar-besaran untuk tujuan pemasaran yang lebih luas.

 

  1. Ciri-ciri ekonomi dagangan:

 

  • Penggunaan tenaga buruh yang ramai
  • Pelaburan modal yang besar
  • Penggunaan teknologi yang tinggi

 

  1. Dasar British terhadap kegiatan ekonomi di Tanah Melayu telah membentuk ekonomi duaan (dwiekonomi) yang bermaksud dua bentuk ekonomi yang berteraskan komersial dan sara diri.

 

Dasar British Terhadap Pertanian

  1. British memperkenalkan sistem rekod hak milik tanah secara bertulis untuk mengesahkan pemilikan tanah dan digunakan untuk jual beli tanah, cukai, serta pajakan.

 

  1. Kebenaran pembesar tidak lagi diperlukan oleh individu atau syarikat yang ingin mengusahakan tanah.

 

  1. Undang-undang tanah Barat:
  • Peraturan Tanah Perak 1879
  • Kanun Tanah Selangor 1891
  • Peraturan Tanah Sungai Uong 1887

 

 

 

 

 

  1. Akta tanah di Sarawak
  • Pengenalan Land order (1931, 1933, 1948)
  • Melindungi tanah milik masyarakat peribumi daripada dicerobohi pengusaha luar untuk tujuan pertanian
  • Membahagikan tanah kepada tanah campuran (imigran mempunyai hak ke atas tanah ini), tanah simpanan, dan tanah pedalaman.

 

  1. Akta tanah di Sabah
  • Proklamasi III Perlindungan Hak peribumi 1889
  • Melindungi kepentingan tanah masyarakat peribumi
  • Hak milik tanah peribumi di bawah kuasa pegawai daerah
  • Segala urus niaga tanah perlu diberitahu kepada peribumi
  • Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang luar

 

  1. Dasar British terhadap pekebun kecil

 

  • Mengekalkan orang Melayu sebagai petani
  • British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang petani menanam getah di kawasan sawah padi
  • British melarang pembukaan tanah baru
  • Rancangan Sekatan getah Stevenson 1922 diperkenalkan bagi melindungi pengusaha Eropah
  • British mengadakan skim perladangan bagi menggalakkan pelabur Eropah melabur dalam bidang pertanian.

Kesan Dasar Ekonomi

  1. Pembandaran
  2. Pembentukan masyarakat berbilang kaum
  3. Sistem pendidikan vernakular
  4. Sektor perkilangan
  5. Sistem pengangkutan dan perhubungan
  6. Perkhidmatan kesihatan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Thoughts to “Nota Kilat Tudingan Sejarah SPM 2015 (Tingkatan 4)”

  1. Nisa

    Salam 1 Malaysia ,cikgu apakah yang dimaksudkan dengan ‘demografi’ ? adakah konsepnya sama dengan perkataan ‘geografi’ ?

  2. Nur

    Nak tanya klau soalan ni mcmane nak jwb “Jelaskan tujuan dasar ekonomi British di Tanah Melayu (5 markah)”?

Leave a Comment