NOTA KILAT TUDINGAN SEJARAH SPM TINGKATAN 5

BAB 1 :  KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA

Tajuk Tudingan

  1. Birokrasi Barat – Filipina , Indonesia, Thailand
  2. Kemerdekaan di Thailand
  3. Nasionalisme Tahap 1 dan 2

Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara

  • Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
  • Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
  • Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
  • Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
  • Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.

FILIPINA

Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.

  • Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
  • Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
  • Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
  • Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
  • Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda

Maksud Sistem Encomienda 

  • Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
  • pemerintahnya diketuai encomiendero

Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.

  • menjaga keamanan
  • mengutip cukai
  • mengkristiankan penduduk barangay

Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.

  • mengenakan cukai yang tinggi
  • mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

INDONESIA

Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia.

  • pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
  • pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
  • pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
  • Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
  • Belanda menubuhkan dewan tempatan
  • dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
  • dewan tempatan tiada kuasa perundangan
  • Belanda menubuhkan Volksraad
  • Volksraad merupakan majlis rakyat

THAILAND 

Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand. 

  • melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
  • penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
  • Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
  • Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
  • Penasihat Perancis dalam ketenteraan

Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand.

  • memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan cabinet menteri
  • melantik juruaudit dari Britain
  • pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
  • memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
  • pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara.

  • Penubuhan Kerajaan Pusat
  • Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan
  • pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
  • pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
  • Terhapusnya institusi raja
  • Raja kehilangan kuasa
  • Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
  • Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
  • Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
  • Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
  • Pengenalan sistem undang-undang Barat
  • Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
  • rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka
  • British memperkenalkan sistem kehakiman barat
  • Raja menerima penasihat Barat
  • Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
  • Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu
  • pembesar tempatan hilang pengaruh
  • pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Tajuk Tudingan

  1. Faktor Pemangkin Nasionalisme
  2. Gerakan Islah
  3. Akhbar dan Majalah
  4. Persatuan

FAKTOR –FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan

  • British meletakkan seorang Residen
  • Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
  • Pembesar diberikan pencen
  • Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
  • Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem tempatan/amalan tradisi
  • Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British

Perkembangan sistem pendidikan

  • Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
  • Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
  • Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
  • Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan

Dasar British dalam sistem pentadbiran

  • Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
  • Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
  • Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
  • Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
  • Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
  • Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
  • Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
  • British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
  • Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
  • Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
  • Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
  • Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
  • Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
  • Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme

Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.

  • konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
  • Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
  • Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu
  • Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
  • Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
  • Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu menentang
  • Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun

Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah

  • PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
  • Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
  • Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
  • Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
  • Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

Kemunculan mesin cetak

  • Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
  • Mendorong kepada penentangan terhadap British
  • Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat kebangsaan

  • Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
  • Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
  • Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
  • Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
  • Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
  • Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
  • Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

Kesedaran Politik Serantau

  • Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
  • Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
  • Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu
  • Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
  • Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

Maksud Gerakan Islah

  • Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
  • Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
  • dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir 

Tokoh-tokoh /pelopor

  • Sheikh Tahir Jalaludin
  • Syed Syeikh al-Hadi
  • Burhanuddin al-Helmy

            Matlamat / tujuan / isu

  • menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
  • Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
  • Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
  • Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
  • Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

Akhbar/ Majalah

  • Al-Imam
  • Neracha
  • Edaran Zaman
  • Pengasuh
  • Saudara

Halangan/Tentangan

  • Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
  • Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
  • Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
  • Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
  • Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
  • Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan. 

Sumbangan

  • Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
  • Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
  • Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

AKHBAR DAN MAJALAH

Akhbar, Majalah Dan Novel ; Penggerak Kesedaran Kebangsaan

  • Akhbar, majalah dan Novel memainkan peranan yang penting dalam melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
  • Salah seorang penulis terkenal pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaa’ba ) yang merupakan seorang tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu.
  • Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Za’ab ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.
  • Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim kajai.
  • Tulisan mereka telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu, di samping mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.
  • Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu ialah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.

AKHBAR

  • Warta Melayu
  • Lembaga Malaya
  • Majlis Utusan Melayu
  • Warta Negara
  • Fajar Sarawak

Akhbar dan Isu yang dibangkitkan

 Sosial/Pendidikan

  • Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
  • Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
  • Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha
  • Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
  • Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan
  • Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
  • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
  • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
  • Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Aspek ekonomi  

  • Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi tempatan
  • Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
  • Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
  • Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
  • Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di Kuala Lumpur

Aspek Politik

  • Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
  • Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan -kemajuan kepada masyarakat Melayu
  • Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
  • Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang -Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah -pertubuhan kebangsaan
  • Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan

MAJALAH 

Pengasuh

  • Majalah pengasuh ini telah membangkitkan isu berikut:
  • Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
  • Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
  • Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
  • Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
  • Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Guru

  • Pada tahun 19 24, Majalah Guru telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.
  • Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ;
  • Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu
  • Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
  • Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
  • Membaiki taraf hidup orang Melayu
  • Memajukan bahasa dan sastera Melayu
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
  • Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.
  • Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
  • Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri
  • Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
  • Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

NOVEL

  • Novel-novel yang banyak menyempaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah:
  • Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar
  • Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
  • Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
  • Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid

Keris Melaka Ahmad Bakhtiar

  • Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
  • Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
  • Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad

  • Semangat anak muda menentang penjajah
  • Hargai warisan bangsa
  • Semangat cintakan tanah air
  • Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan

Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid

  • Emansipasi wanita
  • Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
  • Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa

PERSATUAN

Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM )

  • Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7 April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
  • Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.
  • Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A
  • Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
  • Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.
  • Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.
  • Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM )

  • KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik
  • Bersifat radikal dan anti-penjajah British
  • Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak
  • Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu
  • Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
  • Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
  • KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
  • Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
  • KMM telah menubuhkan cawangannya di Maahad Ihya Assyariff di Gunung Semanggol untuk melatih kader-kader yang dikenali tentera semut

 

 

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Tajuk Tudingan

  1. Warisan Negeri Melayu
  2. Sistem Demokrasi di N. Sembilan
  3. Jemaah Menteri di Kelantan

WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU

  1. Unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan di negeri-negeri Melayu.
  • Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak, dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
  • Warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu berkembang di negeri-negeri tersebut.
  • Kerajaan tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
  • Semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing.
  • Sistem warisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
  • Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.
  • Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta.
  • Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti diamalkan oleh Melaka.
  • Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya, disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.
  • Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum kanun Melaka untuk disesusikan dengan unsure tempata.Contoh Undang-Undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596.

SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

Bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.

  • Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I(1801-1836).
  • Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.
  • Sultan Muhammad II(1836-1886) telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
  • Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
  • Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.

Lapan badan Jemaah Menteri itu lalah:

  • Jemaah Penasihat Raja

– mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.

  • Jemaah Menteri Istana

– mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.

  • Jemaah Menteri Keadilandan Kehakiman

– mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.

  • Jemaah Menteri Dalam Negeri

-Menjaga keamanan negeri.

  • Jemaah Menteri Luar Negeri

-Mengurus dasar dan hal ehwal luar negara.

  • Jemaah Menteri Perbendaharaan

-Mengendali harta benda dan hasil mahsur.

  • Jemaah Menteri Peperangan

-Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.

  • Jemaah Menteri Pentadbiran danPenggimarahan Negeri

-Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri.

SISTEM DEMOKRASI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan buah daerah dalam Negeri sembilan.

  • Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.

Gelaran tertinggi pemerintah Negeri Sembilan

  • Gelaran ialah Yang Dipertuan Besar.

Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri Sembilan

  • Negeri sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
  • Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat palin, bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
  • Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, buapak dan Anak Buah walaupu Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
  • Setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
  • Setiap Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
  • Undang dipertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
  • Lembaga dilantik oleh Buapak .Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
  • Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
  • Buapak merupakan ketua Perut.Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat.
  • Setiap anggota Perut dikenali sebagai anak Buah.
  • Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetepi mengagihkan tersebut kepada individu mengikut pangkat.
  • Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi.

Peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih

  • Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.
  • Semangat gotong-royong, dalam sebarang pekerjaan.
  • Saling menghormati di antara satu sama lain.
  • Bermuafakat untuk memilih pemimpin.
  • Semangat kerjasama antara suku untuk memilih pemimpin. 

 BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

( BACA MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 )

 Tajuk Tudingan

  1. Suruhanjaya Reid
  2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

SURUHANJAYA REID

Peranan Suruhanjaya REID.

  • Membincang perlembagaan Persekutuan
  • Menyususn Perlembagaan Persekutuan
  • Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah melayu yang akan merdeka berpandukan beberapa isu
    • Kerjaan persekutuan yang kuat
    • Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
    • Kedudukan Raja-Raja Melayu
    • Hak istemewa orang Melayu
    • Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
  • Menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak
    • Raja-Raja melayu
    • Orang perseorangan
    • Pertubuhan politik
  • Cadangan parti Perikatan diberi perhatian utama sebagai kerajaan
  • Menerbitkan cadangan Suruhanjaya Reid pada Februari 1957
  • Cadangan diterima oleh parlimen british Mei 1957
  • Melahirkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Kerakyatan Jus soli

  • Tuntutan orang dagang
  • Tidak diterima oleh orang Melayu
  • Prinsip kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum
  • Boleh melemahkan orang Melayu
  • Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam Perelembagaan Persekutuan tanah Melayu
  • Pakatan Murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
  • Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
  • Bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957

  • Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
  • Pemisahan anatara kuasa kersekutuan dengan kuasa negeri
  • Pemisahan melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
  • Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
  • Tiga jenis kerakyatan diwujudkan
  • Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan
  • Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
  • Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
  • Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
  • Demokrasi berparlimen sebagai pentadbiran negara
  • Dewan rakyat dan Dewan Negara diletak di bawah kuasa Parlimen
  • Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran peringkat negeri dibantu Dewan Undangan Negeri dan EXCO

Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

  • Pakatan murni dicapai
  • Wujud kerajaan demokrasi berkonsep Raja Berpelembagaan
  • Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini
  • Wujud perpaduan jitu antara kaum di PTM
  • Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
  • Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang merdeka mengikut acuan sendiri
  • Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
  • Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan

Usaha para pemimpin negara dalam mencapai kemerdekaan

 

  • Bijaksana dalam menuntut kemerdekaan
  • Kemerdekaan tanpa pertumpahan darah
  • Sikap bekerjasama
  • Sentiasa mengutamakan perundingan
  • Kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik masyarakat berbilang kaum

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

  • Presiden UMNO
  • Ketua parti Perikatan
  • Perdana Menteri pertama
  • Bijak mengendali pakatan murni antara kaum
  • Mencapai kemerdekaan dengan penuh harmoni dan gemilang

Tun Abdul Razak

  • Timbalan Presiden UMNO
  • Timbalan Perdana Menteri pertama
  • Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London tahun 1956
  • Perunding untuk menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
  • Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
  • Menggubal sistem pendidikan Kebangsaan Negara / Penyata Razak 1957
  • Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua 1970

Tun H. S. Lee 

  • Tokoh MCA
  • Memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetus idea Parti Perikatan
  • Berkerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapat kemerdekaan
  • Menteri kewangan pertama

Tun V. T. Sambanthan

  • Sumbangan dalam menuntut kemerdekaan
  • Presiden MIC
  • Menyokong sepenuh dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
  • Menyeru kaum India memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Negara

Tajuk Tudingan

  1. Idea dan Faktor Pembentukan Malaysia
  2. Akta Malaysia

TIADA NOTA DISEDIAKAN….HAHAHAHAHAHA!!!

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA.

Tajuk Tudingan

    1. Pilihan raya
    2. Kuasa Pemerintahan
    3. Negara Persekutuan

KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .

  • Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
  • Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
  • Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia

Senarai Persekutuan

Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya

  • Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
  • Pertahanan
  • Keselamatan dalam negeri
  • Pentadbiran dan keadilan
  • Kerakyatan negara
  • Pilihanraya negara
  • Kewangan
  • Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
  • Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
  • Jabatan Ukur, penyelidikan
  • Kerja raya dan tenaga pusat
  • Pelajaran
  • Kesihatan
  • Keselamatan buruh dan sosial
  • Orang Asli
  • Hal-hal lain

( b ) Senarai Negeri

Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya

  • Undang-undang Islam
  • Tanah
  • Pertanian dan perhutanan
  • Kerajaan Tempatan
  • Perkhidmatan tempatan
  • Kerajaan negeri
  • Hari cuti negeri
  • Undang-undang negeri

Senarai Bersama

Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

  • Kebajikan sosial
  • Biasiswa
  • Taman Negara
  • Perancangan bandar dan wilayah
  • Penjagaan haiwan
  • Kesihatan dan kebersihan awam
  • Parit dan tali air
  • Pemulihan
  • Hiburan awam
  • Perhubungan

Rumusan

  • Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
  • Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantu mengurangkan perbalahan etnik
  • Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.

PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI.

( a ) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

  • Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri
  • Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
  • Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
  • Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri.

( b ) Bidang kuasa Kerajaan Negeri

  • Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
  • kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri,
  • Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua
  • Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan negeri dan Penasihat undang-undang negeri

BAB 8 :       PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

Tajuk Tudingan

  1. Dasar Pelajaran Kebangsaan
  2. Dasar Bahasa, sukan
  3. Perpaduan
  4. Wawasan 2020

AKTA BAHASA KEBANGSAAN

Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu

  • Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
  • Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa
  • Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah
  • Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
  • Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
  • Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977
  • Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
  • Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Sejarah penubuhan :

  • Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971

Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :         

  • Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
  • Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
  • Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
  • Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
  • Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi

Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan       :

  • kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
  • unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
  • Islam sebagai unsur yang terpenting

SUKAN UNTUK PERPADUAN

Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita

  • penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
  • dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
  • aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
  • aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
  • Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
  • Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali
  • SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri

WAWASAN 2020

Maksud Wawasan 2020 :

  • Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
  • Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1981

Matlamat wawasan 2020

  • Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju
  • Menitikberatkan kemajuan bersepadu

Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :

  • perpaduan rakyat
  • kestabilan politik
  • ketinggian taraf hidup
  • kekukuhan nilai moral dan etika
  • kekukuhan sistem kerajaan
  • ketinggian maruah bangsa
  • semangat yakin diri bangsa

Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :

  • Cabaran Pertama : Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
  • Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
  • Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
  • Cabaran Kedua : Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
  • Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa dan negara
  • Musuh negara mudah ditangkis
  • Cabaran Ketiga : Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
  • masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
  • menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
  • perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tertentu
  • Cabaran Keempat: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
  • diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul
  • kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
  • keberkesanan sistem pendidikan
  • keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
  • penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis
  • Cabaran Kelima : Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
  • masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu
  • masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
  • dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan
  • Cabaran Keenam : Membina masyarakat yang maju dan saintifik
  • masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk membina kecemerlangan
  • penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
  • mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif
  • Cabaran Ketujuh : Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
  • dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
  • masyarakat yang tidak individualistik
  • meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
  • asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan
  • Cabaran Kelapan : Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
  • Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
  • Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat
  • Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat makmur
  • Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi
  • tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
  • pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi

Tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020

  • mengekalkan perpaduan
  • saling memahami dan menghormati
  • memiliki daya kreatif dan inovatif
  • bersikap terbuka
  • bangga dengan apa yang dicapai
  • menghayati Falsafah Pendidikan Negara
  • berusaha mengekalkan kemajuan negara
  • menjadi masyarakat yang berbuadaya penyayang

Tajuk Tudingan

  1. Perang Dunia Pertama
    • Faktor Pencetus Perang
    • Pihak terlibat
    • Kesan Perang Dunia Kedua
    • Cara menggelakkan peperangan
  1. Perang Dingin
  2. Dasar Luar Malaysia
  3. Malaysia dalam Pertubuhan Serantau

PELAJAR PERLU MENCARI SENDIRI NOTA TAJUK-TAJUK TUDINGAN BERIKUT.HAHAHAHAHAHAHA!!!

Dasar-Dasar Luar Malaysia

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )

 

  • Dasar pro-Barat yang antikomunis
  • Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
  • Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
  • Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
  • Malaysia mendapatkan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
  • Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
  • Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
  • Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan

Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.

  • Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
  • kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
  • terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
  • Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
  • Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.

Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak (1972 -1976) & Tun Hussein ( 1976 – 1981 )

  • Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
  • Perubahan ini disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di timur
  • Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
  • Mengisytiharkan ZOPFAN
  • Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
  • Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.

Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 – 2003)

  • Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan ekonomi.
  • Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
  • Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
  • Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi
  • lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
  • Melalui siri lawatan ini,Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala.
  • Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.

       TAMAT

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment