1.MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

By Cikgu Azid

TAJUK : MASYARAKAT FEUDAL
FOKUS : CIRI-CIRI DAN SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
ABAD    : 16 – 17

Masyarakat Feudal di  Jepun (DEFINISI DAN KONSEP)      

  • Masyarakat feudal di Jepun terbahagi kepada 2 lapisan ;
  • Golongan pemerintah – maharaja, pembesar dan daimyo
  • Golongan diperintah  – samurai, petani,tukang mahir dan saudagar
  • Toyomi Hideyoshi (1536 – 1598) telah melaksanakan sistem feudal dan ketua yang berdaulat.
  • Zaman Shogun Tokugawa (1603 – 1867), Tokugawa lebih berkuasa daripada maharaja.

Susun lapis masyarakat Jepun seperti berikut;

1) Maharaja

  • Zaman Tokugawa, maharaja dianggap sebagai ketua negara (paling tinggi) tetapi tiada kuasa pemerintahan.
  • Maharaja hanya dianggap simbol perpaduan.
  • Maharaja tinggal terpencil di Kyoto tetapi pusat pentadbiran terletak di Edo.

2)Pembesar (Shogun)

Zaman Shogun Tokugawa, terletak di bawah maharaja tetapi beliau paling berkuasa dalam pemerintahan.

Shogun dibantu oleh 3 jabatan utama ;

  • Jabatan Tairo (Majlis Penasihat Agung) – menasihati Shogun dalam pentadbiran.
  •  Jabatan Roju (Majlis Tertua)  – Menyelia hal ehwal dalam negeri.
  •  Jabatan Hyojosho (Majlis Kehakiman) – tentang pentadbiran dan kehakiman.
  • Tokugawa telah menyekat kuasa maharaja dan golongan bangsawan dengan memberi tanah kepada tenteranya.
  • Golongan bangsawan (Daimyo)
  • Terletak di bawah shogun, mempunyai peranan penting dalam pentadbiran di Jepun.
  • Mereka menguasai kawasan tertentu dan mengharap kesetiaan keluarga tentera dalam daerahnya.
  • Daimyo dibantu oleh pegawai pentadbir dan pegawai tentera yang hidup dengan tanah warisan atau gaji yang diterima.

Daimyo ada 3 kategori ;

  • Daimyo Fudai – daimyo yang cabang keluarga Tokugawa dan paling dipercayai Shogun. Menyediakan tentera dan membantu shogun dalam pentadbiran.
  • Daimyo Shimpan – pelbagai cabang keluarga Tokugawa dan tugas sama dengan Daimyo Fudai.
  • Daimyo Tozama – tidak mempunyai pertalian dengan Tokugawa, merupakan tuan tanah yang berkecuali atau penentang Tokugawa. Tidak dipercayai Tokugawa dan dikawal rapi.

3)Samurai ( Panglima )

  • Terletak di bawah daimyo.
  • 5 % daripada penduduk Jepun dan ada kedudukan istimewa dalam masyarakat.
  • Tugas mereka menjaga keamanan negara dan memelihara kepentingan daimyo.
  • Sangat setia kepada daimyo dan tidak menceburi bidang lain kecuali ketenteraan.
  • Samurai bergantung hidup daripada beras yang diberikan shogun atau daimyo.
  • Masalah ekonomi menyebabkan samurai berhutang dengan saudagar dan akhirnya terlibat dengan keganasan dan samun.
  • Rakyat biasa (Petani- nomin)
  • Kedudukan mereka selepas samurai.
  • Meliputi 80 – 90 % penduduk Jepun.
  • Mereka perlu bayar cukai 40 – 50 % daripada jumlah pengeluaran kepada daimyo.
  • Mereka menghasilkan beras untuk keperluan golongan daimyo,samurai dan golongan lain.
  • Tukang mahir (artisan)
  • Status mereka terletak di bawah petani.
  • Memiliki pengetahuan dan keupayaan istimewa serta dihormati kerana hasil pertukangan mereka digunakan oleh daimyo.
  • Tukang senjata dan tukang pedang diberi layanan istimewa.
  • Mereka diberi gaji lumayan dan rumah yang baik.

4)Pedagang

  • Terletak di bawah tukang mahir.
  • Dipandang rendah dan tidak dibenarkan mobiliti sosial.
  • Perkembangan ekonomi menyebabkan pedagang meningkat maju.
  • Abad ke-17, muncul ramai pedagang yang cekap dan menjadi peminjam wang di bandar-bandar utama seperti Mitsui dan Naraya Mozaemon.
  • Akhirnya mereka menjadi kaya dan meningkat status sosial dengan memberi pinjaman kepada golongan bangsawan.
  1. Durga says:

    Nota ringkas dan padat

>