TAJUK : MASYARAKAT AGRARIA
FOKUS : Menghuraikan definisi dan ciri-ciri masyarakat agraria
ABAD    : 16 – 17

Masyarakat Agraria di China

Kegiatan ekonomi:

  1. Pertanian
  • Masyarakat Agraria China pada abad ke-16 dan ke-17 mengamalkan sistem ekonomi bercorak sara diri
  • Sebahagian besar penduduk China melibatkan diri dalam aktiviti bercucuk tanam.
  • Menjalankan aktiviti pertanian secara bersama
  • Tanaman utama masyarakat agraria China ialah padi sawah -dijalankan di kawasan lembah sungai Yangtze dan Sungai Kuning
  • Tanaman lain, kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, dan bijirin lain- contoh sekitar Sungai Heilongjiang mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang
  • Masyarakat agraria China menyewa tanah pertanian daripada tuan-tuan tanah yang kaya-raya
  • Mereka dikehendaki membayar cukai tanah kepada tuan tanah dan golongan bangsawan.
  1. Industri:
  • Industri swasta terdapat di pusat bandar seperti Nanjing dan Beijing berskala kecil seperti pengeluaran kertas, sutera, kapas, dan porselin
  • Petani di Kiangnan mengusahakan perusahaan kain sutera, kain kapas dan pakaian dipasarkan seluruh China
  • industri kraftangan dan tenunan meberi sumbangan kepada bidang pertanian. Terdapat usaha pertukran dengan Jepun, Lautan Hindi,Afrika timur dan negara Asia

 

  1. Perusahaan Pertukangan:
  • Masyarakat agraria China juga terlibat dalam pengeluaran barangan pertukangan untuk keperluan masing-masing.
  • Diusahakan secara perkongsian antara 2 orang atau lebih
  • Terdapat gabungan perusahaan yang menjadi satu kesatuan atau persatuan dagang contoh- kesatuan penenun, kesatuan peniaga bank dan kesatuan peniaga pakaian.
  1. Petempatan:
  • Tumpuan masyarakat agraria China bertmpu di kawasan timur laut China dengan Monggolia iaitu dataran loes yang subur di kawasan Sungai Kuning
  • Selatan Sungai Kuning dan sekitar sungai Yangtze

 

5. Sistem Pengairan

  • Masyarakat agraria China mempunyai keahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan banjir
  • Terusan dibina sebagai jalan pengangkutan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar
  • Masyarakat Agraria juga membina empangan untuk membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian.
  • Masyarakat agraria menyalurkan bekalan air ke kawasan pertanian daripada terusan dan kolam takungan
  • Mereka menggunakan pam yang digerakkan dengan mengggunakan tenaga binatang untuk mengepan air ke kawasan air.
  • Mereka membina tambak untuk mengelak banjir yang memusnahkan kawasan pertanian
  • Pemerintah juga turut terliat dalam projek pengairan kawasan pertanian Contoh: Projek pengairan Sichuan mengairi tanah pertanian seluas 2 juta hektar.

 

6. Peningkatan Teknologi/kaedah baru pertanian

  • Kemajuan yang pesat dalam aktiviti pertania menyebabkan masyarakat agraria China mencipta peralatan baru.
  • Alatan baru yang dicipta ialah Tenggala penabur benih untuk membina alur, parit di permukaan tanah, Penyisir tanah, Penggiling, dan kolar kuda- untuk memudahkan dan meringankan kerja-kerja pertanian
  • Masyarakat agraria juga mencipta kereta sorong beroda dua untuk memudahkan barang dan hasil pertanian diangkut.
  • Masyarakat agraria China juga mahir dalam membina teres dilerang-lerang bukit untuk menanam padi
  • Masyarakat agraria juga menggunakan sistem penanaman bergilir supaya kesuburan tanah terpelihara
  • Mereka menggunakan kaedah pertanian dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian.
  • Peralatan dan kaedah baru menyebabkan berlaku peningkatan yang ketara dalam pengeluaran hasil pertanian dan pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian

 

7. Sistem Percukaian

  • Masyarakat Agraria yang tidak mempunyai tanah akan menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah. Mereka dikehendaki membayar sejumlah wang sebagai sewa tanah
  • Zaman Ming-Qing -bayar sewa tanah dalam bentuk pertanian. 50-60% hasil pertanian sebagai cukai
  • Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah
  • Pada 1581 sistem cukai baru diperkenalkan iaitu cukai tunggal – rakyat tidak dikehendaki membayar pelbagai jenis cukai tetapi membayar satu jenis cukai dalam bentuk wang perak.

Leave a Comment