TAJUK : MASYARAKAT AGRARIA
FOKUS : Menghuraikan definisi dan ciri-ciri masyarakat agraria
ABAD    : 16 – 17

Masyarakat Agraria di Belanda

Pengenalan:

  • Perkembangan kegiatan pertanian di Belanda pada abad ke -17 M dan abad ke 18- menyebabkan lahir masyarakat agraria.
  • Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yang subur.
  • Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang berasaskan kepada aktiviti pertanian dan penternakan.
  • Masyarakat agraria di Belanda mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Isi-isi penting:

Ciri-ciri masyarakat agraria Belanda:

1.Kegiatan ekonomi:

  • Kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda ialah pertanian.
  • Aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, gandum dan oat.
  • Tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani dan hasil tanaman yang berlebihan dijual.
  • Selain daripada tanaman makanan, tanaman dagangan seperti hemp, biji kol dan madet juga diusahakn.
  • Penternakan dijalankan secara meluas oleh petani-petani di Belanda.
  • Antara binatang ternakan yang diternak oleh penternak-penternak di Belanda ialah lembu dan kambing.
  • Masyarakat agraria di Belanda juga terlibat dalam industri tenusu seperti industri menghasilkan susu, mentega dan keju.
  1. Petempatan
  • Petempatan masyarakat agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur.
  • Mendapan tanah lanar yang subur menyebabkan kawasan lembah sungai menjadi tumpuan masyarakat agraria.
  • Kawasan pinggir pantai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur menjadi tumpuan masyarakat agraria di Belanda.
  • Antara kawasan tersebut ialah wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect.

3.Kemahiran dalam pengairan

  • Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan.
  • Mereka mempunyai pengetahuan membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi mengairi kawasan pertanian.
  • Kemajuan dalam sistem pengairan menyebabkan kegiatan pertanian dapat dijalankan dengan intensif.
  • Masyarakat agraria di Belanda mendirikan kincir angin untuk mengalirkan air daripada tanah yang ditebus guna untuk tujuan pertanian.

4.Pengetahuan

  • Masyarakat agraria bergantung kepada tanah untuk kelangsungan hidup.
  • Mereka mempunyai pengetahuan dalam memelihara kesuburan tanah pertanian.
  • Mereka mencipta pelbagai kaedah dan teknik untuk memelihara kesuburan tanah.
  • Masyarakat agraria di Belanda menggunakan baja asli untuk meningkatkan kesuburan tanah.
  • Mereka juga menjalankan kegiatan memugar tanah dan mengamalkan sistem penggiliran tanaman untuk memelihara kesuburan tanah.

5.Pengenalan kaedah pertanian baru

  • Masyarakat agraria di Belanda mengamalkan pelbagai kaedah pertanian baru untuk meningkatkan pengeluaran  hasil pertanian.
  • Antara kaedah yang diamalkan secara meluas pada abad ke – 16 M dan abad ke  – 17 M ialah sistem penggiliran tanaman.
  • Pengenalan sistem tanaman ini menyebabkan petani-petani di Belanda memansuhkan sistem tanah rang  yang diamalkan.
  • Masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah penanaman dalam deretan bagi tanaman komersial.
  1. Kemajuan dalam teknologi pertanian
  • Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.
  • Mereka mencipta pelbagai jenis pertanian yang membolehkan kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran.
  • Sebagai contoh, masyarakat agraria di Belanda mencipta tugal dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian.

Kesimpulan:

  • Masyarakat agraria di Belanda mencapai kemajuan yang tinggal dalam bidang pertanian.
  • Mereka mempunyai perbagai jenis pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi pertanian.
  • Kaedah dan teknik pertanian yang diamalkan oleh masyarakat agraria di Belanda menjadi ikutan petani-petani di negara-negara lain di benua Eropah.

Leave a Reply