TAJUK : MASYARAKAT MARITIM
FOKUS : Menghuraikan definisi dan ciri-ciri masyarakat Maritim
ABAD    : 16 – 17

  1. Masyarakat Maritim di Portugal

-Orang Portugis ialah bangsa Eropah terawal mempelopori pelayaran-pelayaran ke seberang laut pada abad ke-15 M.

Definisi Masyarakat Maritim:

  • Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut.
  • Masyarakat ini terlibat dalam perdagangan , perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, penjelajahan dan aktiviti-aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan kelautan. Kemunculan masyarakat maritim di Negara Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15M
  • Portugal muncul sebagai kuasa laut yang terunggul menjelang abad ke-16 M.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim:

a) Kegiatan ekonomi:

– Kegiatan  utama masyarakat maritim ialah aktiviti pdgn

-Masyarakat maritim membekalkan hasil tempatan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan

-Mereka juga terlibat dalam membeli dan mengedarkan barang dagangan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan

b) Petempatan:

-Lazimnya masyarakat maritim tinggal di kawasan persisir pantai, lembah sungai dan kepulauan

-Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut

c) Kemahiran membina kapal:

-Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal

-Mampu membina kapal yang besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas

-Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal

d) Kemahiran teknologi pelayaran:

-Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran

-Masyarakat maritim mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik dan astrolabe

-Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautikal

-Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untuk

melatih ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.

e)Penjelajahan dan penerokaan

-Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang terdedah kepada kegiatan  penerokaan dan penjelajahan

-Mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan

-Menjelang abad ke-15M, orang Portugis melancarkan beberapa ekspedisi mencari jalan laut ke Timur – contohnya Vasco da Gama melancarkan ekspedisi atas permintaan Raja Manuel I sekitar tahun 1497

f) Sifat ingin tahu

-Masyarakat maritim mempunyai sifat ingin tahu yang mendorong mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan

-Semangat ini mendorong mereka menjalankan kajian mengenai bentuk muka bumi dan iklim sesuatu tempat

g) Semangat keterbukaan

-Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan

-Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke negara-negara lain

-Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan

-Hasilnya berlaku pemindahan idea dan teknologi

-Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan baru

h) Memiliki sifat berani

-Masyarakat maritim berani hadapi cabaran

-Mempunyai kemampuan untuk hadapi pelbagai cabaran ketika belayar di lautan luas

Contohnya Ferdinand Magellan melancarkan ekspedisi ke Timur pada tahun 1519

-Pengalaman yang diperoleh masyarakat maritime ketika di laut menjadikan mereka bangsa yang berani

i) Keupayaan menguasai laluan laut

-Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut

-Mengatur langkah untuk mencari dan menguasai laluan laut ke Timur

-Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah

Leave a Reply