7. MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN

By Cikgu Azid

TAJUK : MASYARAKAT MARITIM
FOKUS : Menghuraikan definisi dan ciri-ciri masyarakat Maritim
ABAD    : 16 – 17

  1. Masyarakat Maritim di Jepun

–   Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim boleh dikesan sejak abad ke-3 M apabila

menjalinkan hubungan dengan China dan Korea pada dinasti Qin (221 – 206 M)

–   Kemunculan Jepun sebagai kuasa dagang / maritim dapat diperhatikan dengan jelas pada abad

ke-14 M

Definisi Masyarakat Maritim

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.

 a).    Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan.

Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.

b).   Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai.

Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu(pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.

c)Masyarakat pelbagai Budaya.

Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang

Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.

d).    Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.

Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China. Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.

e).    Pelabuhan Entreport.

Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan  entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.

f).    Menerima Pengaruh Luar.

Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama Kristian.

Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban).

Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis.

Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan

>