Masyarakat Industri  Jerman

Definisi masyarakat industri 

Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.

Masyarakat industri terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin.

Masyarakat industri  dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.

Kemunculan masyarakat industi di Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua(1860-an -1914)

Pada era ini muncul industri-industri baru seperti elektrik, kimia, petroleum dan logam ringan.  Keluaran sampingan terdiri daripada kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman.

Kegiatan ekonomi

a) Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.

  • Pertambahan pengeluaran arang batu dua kali ganda antara 1860 -1870.
  • Pengeluaran bijih besi meningkat daripada 1.5 juta tan pada 1871 kepada 8.5 juta tan pada 1900.
  • Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti berkualiti tinggi dan peralatan besi.

b) Kemajuan dalam industri kulit

  • 1870 -1914, Jerman telah mengambi lalih tempat England dalam industri kulit.
  • Berlaku perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah

c) Pembangunan industri tekstil

  • Tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.
  • Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin bagi meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.

d) Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman

  • Syarikat Siemens dan Martin mula meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan.
  • Membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman.
  • Syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik .

e) Kemajuan dalam teknik penyelidikan

  • Jerman menghasilkan perbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
  • Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiiti.
  • Beberapa perbadanan Jerman telah member sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang.
  • Menjelang akhir abad 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.

f) Kemajuan Kewangan :

  • Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas.
  • Perkembangan sistem perbankan di Jerman  menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. 1840an, Bank of Prusia  berfungsi sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan kapital.
  • Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industry di jerman pada tahun 1870an.  Hal ini menggalakkan pertumbuhan industry perlombongan arang batu, keluli, kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.

 

g) Kejuruteraan manusia

  • Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif.
  • Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan ‘spirit de corps’.

 

h) Kemajuan sistem pengangkutan

  • Pembinaan jalan keretapi  dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri  besi dan keluli.
  • Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.
  • Kerajaan juga menyediakan  kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain.
  • Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain Negara Eropah.
  • Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman  bernilai 100 juta pound sterling.

 

i) Peluasan perdagangan antarabangsa

  • Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.
  • Perindustrian di Jerman telah berkembang  kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.

 

j) Dasar kerajaan Jerman

  • 1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri.
  • Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 -1910.
  • Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan

Leave a Comment