1.KEDUDUKAN MAHARAJA DI CHINA DAN RUSIA

By Cikgu Azid

KONSEP RAJA/ MAHARAJA

  • Kedudukan teratas dalam hieraki politik
  • Kuasa penentu dalam pentadbiran
  • Individu yang paling berkuasa dan penting dalam masyarakat
  • Mempunyai peranan yang besar
  • Disegani oleh rakyat
  • Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
  • Merupakan sistem pemerintahan tertua di dunia (sistem monarki)

1) KEDUDUKAN MAHARAJA DI CHINA

a) Kedudukan dalam susun lapis

– tertinggi dalam sistem feudal

– untuk jamin kedudukan : menjalankan pemerintahan pusat dan wilayah

– pentadbiran peringkat pusat : dibantu oleh golongan sarjana yang lulus dalam     peperiksaan awam

–  pentadbiran peringkat wilayah: dijalankan oleh golongan hulubalang (warlord)

b) Raja dianggap mendapat mandat dari syurga

– tuhan menganugerahkan kuasa untuk memerintah

– kuasa tersebut boleh ditarik balik apabila berlaku malapetaka/ bencana

c) Kedudukan berdasarkan ajaran Confucius

– mesti memerintah mengikut prinsip ajaran Confucius

 

2) KEDUDUKAN MAHARAJA DI RUSIA  (TZAR)

a) Kedudukan tertinggi

– rakyat perlu taat

b) Berkuasa mutlak

– sebelum Revolusi Rusia 1917 raja         mempunyai kuasa autokratik

–  contoh : Ivan IV – gubal undang-undang          untuk lemahkan kedudukan orang Tartar di   Rusia

c) Hak istimewa

– kebal dari segi undang-undang

– menjadi sumber rujukan undang-undang

>