KONSEP PEMBESAR :

  • Berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki
  • Merupakan tulang belakang kepada maharaja
  • Membantu maharaja dalam pentadbiran
  • Dilantik secara rasmi oleh maharaja
KEDUDUKAN PEMBESAR DI CHINA

Kedudukan dalam susun lapis

– kedudukan selepas golongan raja

– terdiri daripada golongan bangsawan dan sarjana

– golongan bangsawan memiliki wilayah sendiri

– mereka lulus dalam peperiksaan awam (4  tahap)

Kuasa

– kuasa terhad dan bergantung kepada  sokongan raja

–  melaksanakan tugas terhadap raja

–  segala tindakan sentiasa dipantau oleh raja

 

PERANAN PEMBESAR DI CHINA

 

1. Peringkat pusat

Tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran awam, tentera dan tempatan

Memegang jawatan penting

Berkhidmat dalam jabatan kerajaan

Menganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi ( Enam Badan Menteri) dan Lembaga Penapis

Mengukuhkan kedudukan maharaja

 

2. Peringkat wilayah

Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah

Diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah

Berperanan memelihara keamanan dan mengutip cukai daripada penduduk

Berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat

 

3.  Ketua tentera

bertanggungjawab memastikan keamanan wilayah

mendapat tempat istimewa dalam kerajaan

 

4. Golongan intelektual (gentry)

mendapat pendidikan Confucius

lulus dalam peperiksaan awam

diberi keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan  di istana

diberi keistimewaan

 

KEDUDUKAN PEMBESAR DI RUSIA

Kedudukan tertinggi selepas tzar

– dianggap sebagai tulang belakang / tiang   kerajaan

– mobiliti sosial berlaku secara lantikan

Kuasa

– kuasa terhad dan boleh dilucutkan jawatan oleh maharaja

– menjadi sumber rujukan undang-undang

 

PERANAN PEMBESAR DI RUSIA

 

1.  Peringkat pusat

membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi ( Duma, Zemskii Sabor, Prikazi)

zaman Peter diwujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor

memberi perkhidmatan ketenteraan

menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja

Menganggotai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar Negara

golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbiran

Polis Rahsia Khas (Okhrana) untuk kawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintah

 

2. Peringkat daerah

Diketuai oleh gabenor atau naib gabenor

Majlis Daerah (Zemstvo) berperanan jaga infrastruktur dan pendidikan

 

3. Peringkat kampong (Komun/ Mir)

bertanggungjawab memungut cukai untuk kerajaan pusat

 

Leave a Reply