2. KONSEP UMMAH & USAHA NABI MUHAMMAD

By Cikgu Azid

SOALAN : Jelaskan konsep ummah dan usaha –usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW dalam pembentukan ummah di Madinah.

Pengenalan

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan impak yang besar kepada perjuangan Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan terbentuknya negara Islam , bahkan telah mengubah konsep sistem politik , ekonomi dan sosial di Madinah . Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW, struktur masyarakat dibelenggu dengan fahaman perkauman yang melampau dan bersifat individualistik. Namun , senario ini berubah apabila Baginda berjaya mengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep ummah yang saling menghormati antara satu sama lain.

Isi-isi penting:

Konsep Ummah

  • Masyarakat atau umat manusia
  • Perkataan ummah disebut 40 kali dalam al-Quran
  • Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isa a.s danNabi Muhammad SAW.
  • Dalam konteks Madinah , ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani
  • Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang Negara Islam yang termaktub dalam Piagam Madinah . Apabila kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah , maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam.1) Usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW
  • Menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai asas penyatuan dan perpaduan masyarakat Madinah . Baginda menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan mentadbir negara.
  • Keadilan adalah dasar segala bentuk tindakan.
  • Dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa. Hal ini memudahkan pembentukan masyarakat Madinah.

2) Menyatukan dan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj

  • Kedua-dua kaum ini sudah lama bermusuhan hingga berlaku peperangan yang panjang seperti Perang Bu’ath.
  • Baginda menyatukan Aus dan Khazraj menjadi Ansar .Persaudaraan Islam menggantikan semangat asabiyah.
  • Menjadi titik tolak pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama.3) Penggubalan Piagam Madinah
  • Piagam Madinah digubal sebaik baginda sampai di Madinah
  • Ini dapat memperkukuh kedudukan pelbagai kaum kerana undang-undang menjadi asas dan teras pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu.
  • Golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai dhimmi dan patuh kepada Piagam Madinah
  • Membuka jalan kepada pembentukan masayarakat Madinah pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam4) Penyingkiran kaum Yahudi di Madinah
  • Baginda telah menyingkirkan kaum Yahudi dari bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah berdasarkan perundangan yang adil kerana melanggar Piagam Madinah.
  • Langkah baginda berjaya memperkukuh kedudukan Islam di Madinah.Masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat Islam sahaja.5) Mengawal dan membendung kegiatan kaum Munafik 
  • Pembentukan masyarakat Madinah sedikit rumit kerana kaum munafik berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat Islam. Baginda menasihati para sahabat agar berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik. Langkah baginda berjaya sehingga tidak wujud permusuhan.Kematian ketuanya , Abdullah bin Ubay melenyapkan cita-cita kaum munafik.

6) Pembinaan masjid

  • Fungsi masjid ialah tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan,tempat beribadat ,pusat pentadbiran, pusat pengajian dan berurusniaga .Masjid yang terawal yang dibina ialah Masjid Nabawi. Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.

Kesimpulan

            Usaha-usaha dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW telah berjaya membentuk ummah        di Madinah, sekaligus mewujudkan masyarakat yang adil dan harmonis .

>