SOALAN : Nabi Muhammad S.A.W. bukan sahaja berperanan sebagai seorang Nabi dan Rasul malah sebagai seorang negarawan yang unggul. Bincangkan.

Pengenalan:

  • Nabi Muhammad s.a.w ialah pemimpin yang diutuskan oleh Allah s.w.t. sabagai nabi dan rasul akhir zaman.
  • Kepimpinan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.adalah satu contoh yang terbaik (uswatun hasanah) kepada para pemimpin Islam dalam menentukan pelbagai pola dan bentuk kepimpinan politik ,ekonomi dan sosial dalam menuju dan mencapai kemajuan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
  • Baginda bukan sahaja berperanan sebagai nabi dan rasul malah baginda berperanan sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin politik, panglima perang, perangka strategi, hakim, pendidik , penasihat dan perancang ekonomi.
  • Michael H. Hart dalam bukunya The 100:A Ranking of The Most Influential Persons,1978 (Seratus Orang Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah) meletakkan Nabi Muhammad s.a.w. pada kedudukan yang pertama sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah. Pengiktirafan ini berdasarkan kepada peranan dan pengaruh Rasulullah s.a.w. yang bukan sekadar bertindak sebagai utusan Allah dan pemimpin spiritual, tetapi meliputi bidang-bidang kehidupan yang luas seperti ekonomi, soaial, politik dan ketenteraan.

Isi-isi penting:

a) Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang Nabi dan Rasul

  • Baginda telah diakui sebagai seorang Nabi dan Rasul menerusi kitab-kitab suci, iaitu Taurat, Injil, Zabur, al- Quran dan juga menerusi fakta sejarah.
  • Bahirah, seorang pendeta Kristian telah menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan kerasulan pada diri Nabi Muhammad s.a.w.
  • Sifat-sifat kenabian dan kerasulan yang terdapat pada diri baginda seperti siddiq, amanah, tabligh, fatanah berakhlak mulia,lemah lembut, penyabar dan lain-lain.

b) Bukti Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang negarawan

1) Pemimpin masyarakat

  • Sebelum Hijrah lagi, Nabi Muhammad s.a.w. sudah terkenal sebagai seorang yang amanah, al-amin lagi adil dalam kalangan masyarakat Makkah,iaitu sejak berlakunya peristiwa pelatakan Hajar Aswad ke tampat asalnya berikutan banjir besar yang melanda Makkah
  • Baginda menghormati agama-agama laindan memberikan kebebasan beragama kepada mereka serta menghormati adat resam dan budaya kaum bukan Islam, termasuk kaum Yahudi.
  • Baginda turut memberikasn kepercayaan kepada ketua-ketua kaum bagi menguruskan hal-hal penting yang bersabit dengan kaum dan sekutu mereka.
  • Menerusi prinsip keadilan dan toleransi serta ikatan akidah menyebabkan baginda bukan sahaja Berjaya menyatukan umat Islam tetapi seluruh penduduk Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
  • Baginda berjaya menyatukan masyarakat Islam melalui persaudaraan antara golongan Muhajirin dan Ansar.
  • Baginda telah menggubal Piagam Madinah dan berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah . Batas-batas berbezaan kaum dihapuskan melalui konsep ummah.

    2) Pemimpin politik

  • Kepimpinan baginda mula terserlah apabila baginda berjaya menyelesaikan pemindahan Hajar al-Aswad
  • Sifat-sifat kepimpinan politik baginda terserlah menerusi Perjanjian Aqabah I dan II. Kaum Aus dan Khazrajdi Madinah berasa lega dengan jaminan yang diberikan oleh baginda bagi menyelesaikan perbalahan mereka dengan kaum Yahudi dan perpecahan sesama Arab( Aus dan Khazraj)
  • Baginda tidak memusuhi kaum Yahudi malah menganjurkan perundingan dengan mereka. Setelah perundingan gagal barulah baginda bertindak mengikut lunas-lunas dan undang-undang yang termenterai dalam Piagam Madinah.
  • Baginda juga boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana inisiatif baginda menghantar perwakilan ke luar Negara seperti Habsyah dan Mesir.
  • Baginda telah memperkenalkan Sistem Syura atau musyawarah untuk drlaksanakan dalam semua bidang politik dan ekonomi.

3) Perancang ekonomi

  • Pemilihan kota Madinah sebagai pusat dakwah dan pentadbiran politik Islam yang baharu didorong oleh faktor ekonomi kerana Madinah terletak di pertengahan jalan Makkah-Syam. Kedudukannya yang strategik menyebabkan aktiviti ekomoni orang Islam semakin meluas.
  • Nabi Muhammad s.a.w. telah memperkenalkan dasar ekonomi Islam iaitu berasaskan keadilan dan mementingkan kebajikan bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliah.Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
  • Baginda berusaha membangunkan ekonomi ekonomi orang Islam yang tergadai kepada kaum Yahudi.

4) Pemimpin tentera

  • Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam ketenteraan melalui ekspedisi ketenteraan yang disertai.Contoh peperangan besar yang disertai oleh baginda ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, Perang Tabuk dan lain-lain.
  • Dalam bidang ketenteraan, asas kepimpinan baginda ialah akidah, syariat, dan akhlak yang mulia. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t.
  • Baginda turut mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
  • Baginda juga sentiasa adil kepada semua orang tidak kira kawan atau pihak musuh. Contohnya baginda mambahagikan harta rampasan perang secara adil kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum-kaum yang lemah.
  • Baginda juga dianggap sebagai seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam ketenteraan. Baginda Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.

    5) Ketua Hakim

  • Baginda menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama
  • Baginda menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana-mana hakim. Contohnya ,keadilan yang dipaparkan ialah ketegasan tentang hokum memotong tangan terhadap pencuri, walaupun pencuri itu ialah Fatimah r.a. anak yang paling disayangi oleh baginda.
  • Tindakan tegas baginda jelas apabila kaum Yahudi diusir dari Madinah kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka.

Kesimpulan

  • Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemimpin yang terbaik untuk dicontohi oleh semua manusia terutamanya yang bergelar pemimpin.
  • Baginda merupakan negarawan yang bijak dan berkebolehan dalam memerintah berteraskan wahyu.

Leave a Comment