SOALAN : Huraikan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab sepanjang pemerintahannya.

Pengenalan :

– Khalifah Umar bin al-Khattab dilahirkan pada tahun 583M dan berasal daripada Bani Adi. Beliau terkenal dengan sifat tegas dan berani dalam menghadapi apa jua cabaran.
– Khalifah Umar bin al-Kattab merupakan khalifah kedua yang telah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dengan persetujuan para sahabat. Beliau dilantik dan mendapat baiah umat Islam pada tahun 13H/634M dan telah memerintah sehingga 23H/644M.
– Kejayaan beliau dalam bidang pentadbiran sangatlah besar kepadadunia Islam sehinggakan zaman pemerintahan beliau dianggap Zaman Keemasan Kerajaan Islam.

Isi-isi Penting :

a) Pentadbiran Wilayah :

– Beliau telah membahagikan wilayah Islam kepada lapan bahagian yang masing-masing mempunyai ibukota, Madinah menjadi pusat pentadbiran.
– Setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor yang dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan seperti pemungut cukai, panglima tentera, pegawai polis, setiausaha dan juga hakim.
– Gabenor bertanggungjawab menghantar laporan tahunan dan perlu mengisytiharkan jumlah harta mereka bagi mengelakkan berlaku salahguna kuasa.
– Rakyat turut diberi peluang mengadu sekiranya ada perkara tidak memuaskan yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

b) Pentadbiran Tanah :

– Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

i) Tanah dhimmah iaitu tanah bertuan yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahl al-ayyam
ii) Tanah sawafi iaitu tanah tidak bertuan yang tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam

c) Membentuk Majlis Syura :

– Majlis syura iaitu lembaga atau majlis perundangan negara yang tertinggi yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
– Bertanggungjawab menentukan polisi negara yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan negara. Turut membincangkan masalah politik ekonomi dan sosial.
– Khalifah Umar bin al-Kattab memberi peluang dan kebebasan kepada semua rakyat untuk mengemukakan pandangan dan juga kritikan demi kebaikan.

d) Penubuhan JabatanTentera :

– Tentera dibahagikan kepada tentera tetap dan tentera simpanan.
– Tentera tetap diberikan gaji tetap, pakaian seragam serta elaun untuk keluarga manakala tentera simpanan hanya diberikan elaun ketika berkhidmat untuk negara.
– Semua nama anggota tentera akan dicatat dan disenaraikan.
– Bandar-bandar ketenteraan diwujudkan di sempadan negara seperti Fustat, Basrah dan Kufah serta dilengkapi kubu.
– Pasukan perisikan dibentuk sebagai mata dan telinga kerajaan.

e) Pembaharuan Bidang Ekonomi :

i) Penubuhan Baitulmal :

– Bertujuan menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara.
– Sumber-sumber pendapatan diperolehi daripada jizyah, zakat, usyur, ghanimah, kharaj, al-fay’, sedekah dan harta wakaf.

ii) Memajukan bidang pertanian :

– Meningkatkan hasil pertanian dengan membina tali air dan terusan. Contohnya Empangan Abu Musa danTerusan Amir al-Mukminin di Mesir.
– Menyeragamkan sistem pungutan cukai. Cukai dikenakan berdasarkan kesuburan tanah dan jenis tanaman.

f) Pembaharuan Bidang Sosial :

i) Perkembangkan Pelajaran al-Quran :

– Menyediakan guru-guru untuk mengajar al-Quran. Guru-guru dihantar ke merata-rata tempat dengan ganjaran gaji yang lumayan.
– Di peringkat wilayah sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid.
– Golongan yang menghafaz al-Quran diberi ganjaran.

ii) Taraf Golongan Hamba :

– Taraf golongan hamba disamakan dengan tuannya.
– Bagi menjaga kepentingan sosial, taraf dan kedudukan hamba dalam masyarakat satu perubahan telah diadakan.

iii) MengasaskanTakwim Hijrah :

– Beliau menjadikan tahun Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Yathrib (Madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan calendar bagi umat Islam.
– Pengenalan takwim Hijrah memudahkan catatan peristiwa-peristiwa selepasnya.
– Takwim ini memudahkan umat Islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat catatan mengenainya.

Kesimpulan :

– Banyak melaksanakan pembaharuan terutama terhadap sistem pemerintahan Islam.
– Pemerintahannya menampakkan peningkatan ekonomi yang menyumbang kearah kestabilan politik negara.
– Zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman kegemilangan Kerajaan Islam.

Leave a Reply