SOALAN : Huraikan strategi peperangan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan Khulafa’ Ar-Rasyidin :

Pengenalan :

• Dalam usaha misi peperangan dalam Islam, Islam telah menggariskan etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.
• Islam akan memberi tiga pilihan kepada musuh .
• Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat dielakkan seandainya negara terancam. Islam hanya membenarkan kepada umat Islam mengangkat senjata seandainya pihak musuh menyerang. Justeru , pelbagai strategi / kaedah telah diambil oleh Islam.

Strategi Peperangan :

1. Menguasai tempat strategik :

• Kaedah ini diguna dalam perang Badar pada tahun 2H
• Meskipun jumlah tentera Islam hanya 313 orang tetapi telah berjaya mengalahkan tentera Quraisy seramai 1000 orang.
• Antara punca kejayaan ialah tindakan pantas tentera Islam menguasai tempat yang strategik iaitu kawasan punca air
• Keputusan bekalan air kepada pihak musuh menyebabkan mereka menceroboh kubu pertahanan tentera Islam.

2. Kaedah bertahan / Membina benteng/ Menggali parit :

• Kaedah ini dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi untuk melindungi Kota Madinah.
• Berikutan pembinaan parit ini menyebabkan benteng pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut taufan yang diturunkan oleh Allah telah memecahbelahkan tentera musuh.

3. Menempatkan pasukan pemanah di atas bukit :

• Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad S.A.W telah merangka strategi peperangan.
• Tentera infantry akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di Tanah Tinggi iaitu di Bukit Uhud. Kaedah ini berjaya mengalahkan musuh.
• Namun kecuaian dan perasaan tamak pasukan pemanah, banteng pertahanan tentera Islam menjadi semakin lemah.
• Kecuaian ini berlaku kerana mereka dikaburi dengan harta musuh yang ditinggalkan, menyebabkan mereka meninggalkan posisi masing-masing.

4. Kaedah penyamaran :

• Ketika Perang Ahzab ( Khandak, Parit ), seorang sahabat iaitu Nu’aim bin Mas’ud telah diarah memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy danYahudi, akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.
• Tindakan Nabi Muhammad S.A.W yang hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan seperti tentera biasa.

5. Melalui Perjanjian :

• Dalam Perjanjian Hudaibiyah, walaupun para sahabat mempertikaikan tindakan nabi menerima syarat-syarat perjanjian ini tetapi baginda tetap menerima syarat perjanjian tersebut. Nabi telah dapat menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada Islam dalam jangka panjang.
• Ternyata dalam jangka masa panjang perjanjian Hudaibiyah menguntungkan umat Islam, berikutan itu pihak Quraisy Makkah telah mencabuli perjanjian ini.
• Pencabulan ini memberi peluang kepada Nabi Muhammad S.A.W dan tentera Islam sejumlah 10 000 orang untuk bertindakbalas dan berjaya membuka kota Mekah tanpa pertumpahan darah.

6. Tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka :

• Dalam Perang Mu’tah, Nabi Muhammad S.A.W telah mengarahkan supaya tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka.
• Tindakan ini dilakukan untuk mengelakkan tentera Islam terperangkap dalam strategi musuh. Tambahan pula peperangan ini telah meragut ramai syuhada seperti Ja’afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.

7. Strategi mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi :

• Ketika Perang Ta’if tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung dan seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi keatas banteng pertahanan musuh yang dipimpin oleh Malik bin Auf.
• Sewaktu pengepungan berlaku, Nabi Muhammad S.A.W telah memaklumkan kepada penyokong Bani Thaqif bahawa kebun-kebun mereka akan dibakar seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan Islam.

8. Perang Satu Lawan Satu :

• Dalam Perang Badar ,perang satu lawan satu merupakan kaedah yang telah digunakan.
• Contohnya tiga sahabat nabi Muhammad S.A.W telah bertempur dengan tiga orang pahlawan Quraisy, sebelum tercetusnya perang yang sebenar.

9. Merahsiakan jumlah musuh :

• Nabi Muhammad S.A.W juga merahsiakan jumlah musuh daripada pengetahuan tentera Islam untuk memastikan moral mereka tidak terjejas di medan perang.
• Kaedah ini telah meransang perjuangan para sahabat untuk berjuang bermati-matian demi agama, diri dan negara.

10. Menyusun tentera berasaskan sistem al-saf :

• Mengikut strategi ini, barisan pertama didahulukan oleh tentera berjalan kaki ( infantri ) dan diikuti oleh pasukan pemanah.
• Tentera berkuda pula tentera sokongan untuk menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan banteng pertahanan.

11. Membina bandar atau pusat tentera :

• Pada Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, khalifah Umar al-Khattab khasnya telah membina beberapa buah bandar atau pusat tentera di Iraq, Syam, Mesir dan kawasan-kawasan berhampiran sempadan negara bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh.
• Bandar ini telah dilengkapi dengan kubu atau benteng pertahanan di samping memperluas dakwah Islamiah dan mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran.
• Anggota-anggota tentera juga dikehendaki menjalani latihan yang keras serta tidak dibenarkan mengerjakan atau melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi lain khasnya pertanian.

Kesimpulan :

• Islam tidak menggalakkan peperangan. Namun dalam mempertahankan maruah negara umat Islam wajar mengangkat senjata.
• Sehubungan ini pelbagai kaedah dan strategi yang telah digunakan oleh pemimpin dan tokoh Islam dalam memastikan kejayaan di pihak Islam.

Leave a Comment