Pengenalan

            Perkataan jahiliah berasal daripada bahasa Arab ,iaitu jahala dan terbitan jahlun atau jahalatun yang bermaksud bodoh dan sesat serta tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Masyarakat jahiliah merujuk kepada masyarakat yang hidup pada zaman zaman sebelum kedatangan Islam. Zaman Jahiliah berlaku selepas kejatuhan Kerajaan Saba’ dengan keruntuhan empangan Maarib . Menurut sejarawan Islam zaman Jahiliah ialah zaman yang penuh dengan kegelapan ,kebodohan dan kejahilan dalam ilmu pengetahuan. Sebahagian sejarawan yang lain mendefinisikan zaman jahiliah sebagai zaman yang tidak mempunyai peraturan hidup dan tidak mempunyai agama yang sah disisi Tuhan.

Isi-isi

Struktur masyarakat Jahiliah

1.Aspek Sosial

  • Masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua golongan iaitu Badwi dan Hadari.
  • Kaum Badwi tinggal di kawasan pedalaman iaitu bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. Kaum Hadari menetap di kawasan bandar dan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab.
  • Masyarakat Jahiliah mengamalkan perbuatan tidak bermoral seperti berjudi , berzina dan minum arak. Kemampuan minum arak sehingga mabuk menjadi lambang lelaki sejati.
  • Kedudukan wanita sangat rendah kerana seorang lelaki boleh mengahwini beberapa orang wanita sekaligus kerana tiada peraturan dalam perkahwinan.
  • Wanita juga tidak berhak mewarisi harta pusaka
  • Bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap boleh menjatuhkan maruah keluarga.

2. Aspek Ekonomi

  • Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar.
  • Hubungan perdagangan diantara bandar di Syria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab.
  • Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara.
  • Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang.
  • Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
  • Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak – anaknya. Misi – misi perdagangan dihantar ke Syria, Habsyah, Yaman dan Parsi.
  • Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain – lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain – lain dieksport melalui pelabuhan – pelabuhan.
  • Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan.
  • Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam.
  • Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan.
  • Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara( Syam ).
  • Pasar – pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya.

         – Barangan bijirin, buah – buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar – pasar.

           -Sistem tukar barang diamalkan.

  • Mereka mengamalkan riba dan penindasan untuk mengaut keuntungan.
  • Kegiatan merompak dan merampas barangan kafilah lain di padang pasir menjadi punca pendapatan bagi masyarakat jahiliah. Malah , amalan merompak oleh ahli kabilah dianggap sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan.
  • Golongan miskin ditindas dan dieksploitasi oleh golongan kaya.

3. Agama dan Kepercayaan

  • Terdapat empat bentuk kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah iaitu agama wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok) samawi (Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (menilik nasib ,sihir, dan percaya roh orang mati menjadi burung)
  • Terdapat juga masyarakat Arab jahiliah menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya Nabi Ismail a.s yang digelar sebagai Hunafa. Namun ,mereka melupakan ajaran tersebut dan mencampuradukkannya dengan amalan tradisi.

4. Politik.

  • Mereka mengamalkan sistem kabilah iaitu hidup secara berpuak-puak dan berkelompok.
  • Ahli kabilah terdiri daripada satu suku kaum tertentu sahaja.
  • Setiap kabilah sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.
  • Syeikh merupakan ketua kabilah serta berperanan sebagai lambang perpaduan kaum mereka. Proses pemilihan syeikh dibuat berdasarkan syarat-syarat tertentu, antaranya ialah bakal khalifah mesti mendapat persetujuan ramai, berfikiran matang,gigih ,berani dan pandai berpidato.
  • Kehidupan masyarakat jahiliah diikat dalam satu ikatan yang padu dinamakan semangat assabiyah .
  • Semangat assabiyah atau semangat kesukuan yang melampau menyebabkan mereka sering berperang sesama mereka . Perasaan kesukuan turut menyebabkan mereka sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
  • Faktor geografi dan persekitaran yang kering- kontang turut mempengaruhi bentuk kehidupan serta bersatu menghadapi setiap masalah yang timbul.
  • Peperangan sering tercetus dalam kalangan masyarakat kerana ingin menuntut bela . Contohnya Peperangan al- Basus selama 40 tahun antara puak Bani Taghlib dan Bani Bakar yang berpunca daripada seekor unta.

5. Ilmu Pengetahuan

  • Tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kebanyakan buta huruf.
  • Bilangan orang Quraisy yang pandai membaca dan menulis hanya 17 orang sahaja.
  • Ilmu pengetahuan hanya untuk golongan atasan sahaja.
  • Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata – kata yang terhasil melalui pemikiran yang spontan.
  • Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara – perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya.

 6. Nilai – nilai positif dan mulia masyarakat Arab jahiliah.

  • Walaupun orang – orang Arab jahiliah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia.
  • Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya.
  • Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat.
  • Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormati tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya.
  • Di samping itu, orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan.Mereka akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa.

Kesimpulan

                  Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab berada dalam kegelapan dan kucar-kacir , tidak ada pedoman hidup dan mengikut naluri dan emosi. Dengan turunnya wahyu kepada Nabi Muhamad s.a.w pada tahun 610M , maka bermulalah era baharu dalam sejarah tamadun masyarakat Arab. Penurunan wahyu tersebut menjadi tanda pemisah antara zaman jahiliah dengan zaman Islam.

Leave a Reply