SOALAN : Bincangkan peranan Baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin pada abad ke-7 dan abad ke-8

Pendahuluan :

Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya. Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Umar al-Khattab.

Sumber baitulmal iaitu:

– Harta Masyarakat – daripada golongan kaya
– Harta Negara – rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris
– Harta Umum – hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.

Tujuannya ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmikan kemiskinan.

Cara pembahagian adalah mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam :

Isi-Isi :

Peranan Baitulmal :

1. Membantu perkembangan ekonomi Islam :
– Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.
– Ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin
– Contoh bantuan – makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

2. Memperkukuhkan angkatan tentera :
– Menjamin negara dari ancaman musuh yang mempunyai kekuatan tentera tersendiri.
– Contoh – pada zaman Khalifah Uthman, sumber baitulmal untuk menentang tentera Byzantine.

3. Menyalurkan sumber kepada kerajaan pusat :
– Bagi tujuan perbelanjaan yang melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera
– Contoh – pada zaman Khalifah Umar, elaun diberikan kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.

4. Menyelaraskan kutipan dan agihan harta :
– Semua harta baitulmal diagih berasaskan syariat Islam dan tidak boleh digunakan sesuka hati terutama untuk tujuan peribadi.
– Pengagihan mestilah adil dan saksama.
– Contoh – semasa Khalifah Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta baitulmal walaupun didesak oleh para sahabat ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah.

5. Menyimpan harta negara :
– Salah satu sumber utama baitulmal yang diperolehi menerusi ekspedisi ketenteraan di wilayah-wilayah bukan Islam.
– Cukai-cukai seperti kharaj, jizyah, dan usyr, ghanimah dan fay serta harta karun yang tidak bertuan
– Harta ini menjadi milik mutlak baitumal dan menjadi sumber utama.

Perlaksanaan Baitulmal (mengikut zaman antara abad 7 dan 8) :

1. Khalifah Abu Bakar al –Siddiq :
– Sudah wujud institusi baitulmal kerana Abu Ubaidah dilantik sebagai pemegang kunci
– Namun perlaksanaannya berlaku secara tidak formal dan sistematik (terhad dan tidak menyeluruh)
– Harta negara masih sedikit-contoh beliau pernah berpesan kepada Umar untuk mengambil hartanya sebanyak 8000 dirham untuk dikembalikan kepada baitulmal.
– Beliau bertindak tegas dan memerangi orang yang enggan membayar zakat, pungutan jizyah melalui ekspedisi bagi menyaingi Byzantine dan Parsi iaitu satu tawaran sebelum berperang( menerima Islam, perang atau bayar jizyah)

2. Khalifah Umar al- Khattab :
– Peranannya semakin penting kerana harta negara Islam semakin banyak berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan.
– Sumber dari pungutan zakat, fay, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan ghanimah.
– Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran dan setiap wilayah Islam dijadikan cawangan. Pegawai dilantik secara khusus dan bertanggung jawab kepada baitulmal peringkat pusat. Contoh pegawai yang dilantik oleh beliau pada peringkat awal ialah Uqail bin Abi Talib, Makramah bin Naufal dan Jubair bin Mut’im.
– Beliau menyediakan buku kira-kira khusus untuk perbelanjaan dan pendapatan.
– Pengeluaran dan kemasukan harta mesti mengikut syarak.
– Beliau mengharamkan penggunaan harta untuk tujuan peribadi.
– Kharaj (cukai ke atas tanah yang ditakluki terutama di Iraq) hanya diperkenalkan semasa zaman Umar.
– Jizyah banyak diperolehi dari Iraq, Syam, Mesir dan sebagainya.

3. Khalifah Uthman Affan :
– Harta Baitulmal digunakan dengan banyak untuk menghadapi ancaman tentera laut Byzantine.
– Beliau menghadapi tuduhan mengambil harta baitulmal yang sebenarnya tidak benar.
– Malah beliau adalah seorang hartawan, contohnya- bago menambahkan harta baitulmal beliau bertndak menyerahkan perdagangannya yang besar kepada kaum keluarganya dan menjadikan rumahnya sebagai baitulmal sebelum kerajaan Islam menubuhkan baitulmal sebenarnya.
– Harta baitulmal diperoleh dari wilayah seperti Tipoli, Nubah dan Qairawan.
– Keadaan ekonomi zaman beliau agak lembab.

4. Khalifah Ali Abi Talib :
– Baitulmal masih menjalankan peranannya walaupun menghadapi masalah dalaman yang hebat.
– Beliau digesa oleh pengikutnya untuk menggunakan harta baitulmal bagi menghadapi tentera Mu’awiyah, namun beliau menolak. Beliau juga menolak permintaan saudaranya iaitu Aqil untuk memberikan sedikit sumber dari baitulmal.
– Walaupun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan.

Penutup :

Pelaksanaan baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan. Baitulmal dapat meningkatkan ekonomi masyarakat Islam dan membantu golongan yang memerlukannya.

Leave a Comment