5. PERKEMBANGAN ILMU AQLI & NAQLI DI ANDALUS

By Cikgu Azid

SOALAN : Huraikan perkembangan ilmu Naqli dan ilmu aqli di Andalus pada abad ke-11 hingga abad ke-13.

Pendahuluan :

Mengikut Imam al-Ghazali ilmu didefinisikan sebagai satu kepastian yang demostratif. Iaitu ilmu dianggap sebgai cahaya yang mempunyai kaitan dengan akidah dan keimanan.Maka Islam menyarankan umatnya supaya menuntut ilmu. Pada abad ke 11 hingga 13 Masihi menyaksikan pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam di Andalus seperti Muluk al-Tawa’if, kerajaan al-Murabitun,kerajaan al-Muwahidun serta kerajaan Bani al-Ahmar atau dikenali sebagai Nasriyah.Tempoh masa ini menyaksikan perkembangan bidang keilmuan sama ada ilmu Naqli(agama) dan ilmu Aqli (bukan agama) sebagaimana zaman-zaman sebelumnya.

Ilmu Naqli merupakan ilmu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w kemudian diperturunkan kepada para sahabatnya meliputi tafsir al-Quran, ilmu Hadis,ilmu usuluddin, ilmu fekah, ilmu tasawuf, ilmu bahasa arab dan ilmu sirah.Manakala ilmu aqli pula dapat didefinisikan sebagai ilmu yang bersumberkan akal dan dibahagikan kepada sains tabii, sains sosial dan sains kemanusiaan.Antara bidang ilmu yang tergolong dalam ilmu aqli ialah perubatan, astronomi, geologi, matematik,sejarah, sosiologi, psikologi dan falsafah.

Isi-isi :

a)Perkembangan ilmu Naqli :
• Muncul tokoh seperti Ibn Hazam yang dikaitkan dengan penghasilan kitab-kitab fekah dan ilmu hadis.Beliau telah mengemukakan satu aliran teknologi baharu berdasarkan pengalamannya dengan menyatakan”Bahasa Al-Quran ialah bahasa yang dicipta oleh Allah s.w.t untuk manusia dan manusia boleh memahami atau mempelajarinya.”
• Tokoh lain yang muncul.Ialah Ibn Ubd al-Barr yang merupakan seorang ulama hadis yang terkenal. Karya teragung beliau ialah al Isti’ab li Sahabah . Karya kedua beliau telad hiterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan Pendedehan dan kecemerngan ilmu tentang hadis dan Ulama Hadis serta konsep Ilmu Menurut Islam.
• Pada abad ke 13 M muncul Qadi Iyad yang terkenal dalam bidang hadais, fekah dan sejarah.Beliau Berjaya menghasilkan 20 buah kitab yang berkaitan yang berkaitan dengan bidang berkenaan.Kitabya yang termashur ialah al-Shifa bi Ta’rif Huquq al-Mustafa yang mengandungi pujian-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW, akhlak dan mukjizat baginda
• Selain itu terdapat ulama-ulama lain seperti Ibn Atiah dan al-Qurtubi dalam bidang tafsir al-Quran dan Abu Asim yang menulis kitab al-Tuhfah.Dalam bidang tasawuf, Andalus memiliki nama-nama seperti Muhyidin(Ibn Arabi), iaitu seorang ulama Sufi yang terkenal dan banyak menghasilkan tulisan seperti al-Futuhat al-Makkiyah dan terkenal dengan fahaman Wahdat al-wujud.

b) Perkembangan ilmu aqli :
Perkembangan ilmu aqli khususnya ilmu falsafah menyaksikan kemunculan beberapa orang ahli falsafah yang unggul sebagai Ibn Tafail yang menulis buku Hayy Ibn Yaqzan. Karya beliau telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin, Belanda, Inggeris, Jerman dan Peranchis . Dalam karya tersebut, beliau memaparkan aliran-aliran pemikiran sezaman menerusi kisah.Beliau menyatakan bahawa “Walaupun falsafah agama adalah benar, tetapi ia tidak boleh digunakan secara langsung untuk membimbing urusan dan kehidupan rakyat biasa”.

Tokoh yang lebih terkenal ialah Ibn Bajjah.Dalam tamadun barat, beliau dikenali sebagai Avenpace serta merupakan komentator karya-karya Aristotle, ahli Muzik dan Fizik.Karya beliau yang utama ialahTadbir al- Mutawahid. Beliau merupakan guru kepada Ibn Tufail dan dianggap setaraf dengan Ibn Rusyd, Ibn Sina dan al-Farabi.
Sebagai ahli falsafah, minatnya tertunpu kepada idea dan pemikiran berkaitan aspek-aspek kemanusiaan.Beliau menumpukan kajian khusus tentang bentuk-bentuk kerohanian dan idea-idea yang terdapat dalam pemikiran manusia.

Pada zaman ini juga muncul Ibn Rusyd yang mengulas dan memberi jawapan terhadap “serangan’ Imam al-Ghazali dalam karyanya yang bertajuk Tahafut al-Tahafut dan komentarnya terhadap karya Aristotle. Pengaruhnya yang besar telah menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali dengan nama Averoisme.

Sumbangan Ibn Rusyd juga dapat dilihat dalam bidang perubatan apabila beliau mengolah ideanya dalam kitab al-Kulliyat fi al-Tibb yang menjadi sumber rujukan untuk berabad-abad lamanya di Eropah.

Ibn Rusyd juga berusaha mengharmonikan antara falsafah dengan agama.dalam karyanya, beliau mengakai terdapat pertembungan antara agama denga falsafah, namun ia merupakan perkara cabang(furu’) semata-mata dan boleh diselesaikan menerusi kewibawaan ahli-ahli agama dan falsafah.

Kesimpulan :

Perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman kemerosotan kerajaan Andalus menggambarkan sesuatu ilmu itu tetap berkembang sepanjang zaman dan umat Islam terus menuntut dan mendalami ilmu.Kemunculan golongan cerdik pandai Islam pada zaman itu telah mendorong perkembangan ilmu naqli dan aqli.

>