Pendahuluan:

            Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn  Musa al-Khawarizmi . Di Barat beliau dikenali sebagai al-Khawarizmi, al- Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi dan al-Gorismi.Al-Khawarizmi seorang tokoh islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik,geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Isi-isi

            Kepakaran beliau dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar  matematik dan ahli akademik Matematik di Baitul Hikmah. Selepas kemangkatan Khalifah Harun al-Rasyid, beliau dilantik sebagai pengarah arkib di perpustakaan  istana oleh Khalifah al-Makmum. Beliau turut mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah, al- Khawarizmi turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada Byzantine. Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawarizmi sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.

            Sumbangan terbesar al-Khawarizmi ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol yang mewakili nilai-nilai tertentu. Beliau juga merupakan individu pertama yang memperkenalkan angka sifar dalam ilmu Matematik. Melalui angka sifar akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti.

            Pengenalan sistem angka yang sistematik oleh beliau bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan melalui operasi kuasa , log dan kosinus, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam oleh bahasa –bahasa Eropah dengan sebutan  cifre, chiffre dan zero.

            Beliau dikenali juga sebagai bapa al-Jabar melalui sumbangannya memperkenalkan jurusan arimetik iaitu al-Jabar. Al-Jabar merupakan satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubah, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan .Bentuk pengiraannya yang menggunakan simbol tertentu juga sebut algebra dalam matematik moden. Buku yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti Eropah sejak abad ke 12 hingga 16 Masihi .

            Beliau turut menghasilkan karya yang bertajuk al-Muktasar fi Hisab al-Jabr wa al- Muqabalah untuk mengatasi masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam khususnya yang melibatkan pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan.Sungguhpun penyelesaian masalah ini terkandung dalam al-Quran dan hadis namun ilmu yang diperkenalkannya dapat membantu mengatasi masalah pengisian yang lebih rumit dan kompleks.

Kesimpulan

            Sumbangan al- Khawarizmi dalam bidang matematik amatlah besar dan berkekalan hingga ke hari ini.Sumbangannya mencerminkan kehebatan dan keunggulan tamadun Islam.Sumbangan beliau telah menjadi pemangkin kepada kemajuan orang Barat yang mendalami teori yang dikemukakan olehnya.

Leave a Reply