Bincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat di kawasan empayar Turki Uthmaniyah pada abad ke-18 hingga abad ke-20 masihi.

Pendahuluan

      Sejak akhir abad ke-15 M., bangsa Eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa secara besar-besaran melalui bidang perdangangan, kebudayaan, politik, pemindahan, dan penempaqtan rakyat mereka sediri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh Barat.

      Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280.Kerajaan Turki Utmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun.

Isi-Isi Penting

      Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary ingin menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar Turki Uthmaniyah.

      Akar umbi ancaman terhadap empayar Turki Uthmaniyah yang kemudiannya membawa keruntuhan empayar ini berpunca daripada persaingan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.

      Kuasa-kuasa Barat bersaing antara satu sama lain untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka. Bagi mereka, semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang diperolehi kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.

      Misalnya, Perancis menawan Algeria (1830) dan Tunisia (1881). Di samping itu, Rusia menewaskan Turki Uthmaniyah dalam peperangan (1877 – 1878). Bagi Britain pula, menguasai Mesir, Teluk Arab, dan membuat perjanjian dengan Syeikh Mubarak al-Sabah pada tahun 1899.

      Faktor seterusnya ialah kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-kuasa Eropah tidak ada pilihan selan melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian. Pada zaman Revolusi Perindustrian, sesebuah negara tidak lagi bergantung kepada eksport bahan mentah pertanian tetapi bergantung kepada hasil keluaran perindustrian seperti makanan dalam tin, alat-alat elektrik, dan kereta.

      Tambahan pula, hasilan Revolusi Perindustrian seperti jentera atau enjin berkuasa wap memajukan bidang pengangkutan. Sistem pengangkutan membolehkan bahan mentah dan pasaran dipercepatkan tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi. Begitu juga dengan penciptaan telegarf, pihak penjajah dapat memberi arahan kepada pewagai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-aman wilayah Turki Uthmaniya.

      Faktor seterusnya adalah mengenai bahan mentah yang didapati oleh Turki Uthmaniyah.  Kerajaan Uthmaniya kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Keadaan ini mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.

      Peluasan kuasa-kuasa Barat diperhebatkan lagi selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala, dan menjadi kepentingan antara Eropah dengan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan terusan ini, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut.

      Melalui pembukaan Terusan Suez, urusan perdagangan dipercepatkan di samping perjalanan yang jauh dapat dipendekkan dan kos perdagangan dapat dijimatkan.

      Faktor agama juga merupakan sebab peluasan kuasa Barat di kawasan Emapayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut mendorong kuasa-kuasa Barat menghapuskan empayar Islam ini. Tidak hairanlah jika Sultan Abdul Hamid II dalam catatannya menyebut “Kempen Perang Salib yang dilancarkan ke atas kerajaan Uthmaniyah masih belum tamat”.

      Tambahan pula, melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan masing-masing, kuasa-kuasa Barat berjaya menyebarkan nilai-nilai (falsafah hidup) Barat ke dalam masyarakat peribumi yang mereka jajah itu. British menyemai falsafah hidup Barat di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881. Sebaliknya, sesiapa yang menolak konsep modenisme akan dianggap sebagai manusia yang mundur, kolot, atau ketinggalan zaman.

Penutup

      Tujuan sebenar negara-negara Eropah berusaha keras untuk memotong dan mengerat tubuh Turki Uthmaniyah yang digelar mereka sebagai Orang Sakit Eropah adalah untuk merebut bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta empayar Turki Uthmaniyah.

Leave a Reply