2. KEBANGKITAN RAKYAT ALGERIA DALAM MENENTANG PENJAJAHAN PERANCIS

By Cikgu Azid

Jelaskan kebangkitan rakyat Algeria dalam menentang penjajahan Perancis. 

Pengenalan

Perancis datang ke Algeria dengan misi membawa tamadun Barat termasuk idealisme Revolusi Perancis. Kedatangan Perancis diharapkan dapat menjunjung kebebasan, persamaan dan persaudaraan; namun perkara yang diterapkan ke atas rakyat Algeria adalah sebaliknya, iaitu kongkongan, penindasan, dan perbalahan.

Isi-isi

Antara tokoh besar yang memimpin kebangkitan rakyat Algeria ialah Syeikh Abdul al-Jazair. Beliau merupakan seorang ulama besar Algeria yang menguasai pelbagai bidang ilmu islam serta mempunyai karisma sebagai pemimpin ummah. Beribu-ribu umat Islam Algeria telah dibunuh dalam penentangan tersebut dan Perancis telah menakluki keseluruhan negara itu.

Semasa penjajahan Perancis, masyarakat tempatan yang cenderung kepada agama berhimpun di Masjid  untuk bermesyuarat bagi melancarkan gerakan jihad menentang penjajah. Mereka bersepakat untuk melantik Syeikh Abdul Qader sebagai ketua mujahidin bagi menentang Perancis. Lalu, Syeikh Abdul Kader dengan berani dan tegas telah mengisytiharkan negara Islam, Algeria dan memfatwakan kepada rakyat kewajipan untuk berjuang mempertahankan setiap inci bumi umat Islam.

Banyak pergerakan menuntut kemerdekaan yang telah ditundukkan oleh Perancis. Selepas tercetusnya Perang Dunia II, era baharu muncul di Algeria. Jerman telah  menawan Perancis dan kemudian, Algeria. Banyak dalam kalangan pemimpin dan nasionalis Algeria yang ditahan oleh Jerman dibunuh dan ada yang dihantar ke kem-kem tahanan.

Kemuncak kepada kebangkitan rakyat apabila berlaku Pembunuhan beramai-ramai Setif. Pada tahun 1950-an, gerakan nasionalisme Algeria menggabungkan semangat dan nilai Islam yang dipelopori Syeikh Abdul Qader dengan fahaman moden Perancis seperti demokrasi, maka lahirlah Revolusi Algeria.

Kemudian, berlakulah perang gerila yang dinamakan Perang Kemerdekaan Aljazair (1954-1962) ini merupakan peperangan berdarah dan sangat sengit. Pelindung Pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ALN) telah diasaskan untuk mengetuai pergerakan kemerdekaan.

Gerakan kemerdekaan ini  menyaksikan banyak pembunuhan berlaku, perkampungan yang dibakar, tanaman dimusnahkan, serta sekolah-sekolah dan masjid dirobohkan oleh Perancis. Peristiwa ini berlanjutan sehinggalah Algeria mengisytiharkan kemerdekaannya selepas Perancis kalah dan menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan

Kesimpulan

Jihad yang berterusan telah berlaku  di Algeria, menelan korban sejuta syuhada sehingga negara ini juga digelar ‘negara sejuta syuhada’. Perjuangan panjang masyarakat tempatan Algeria yang  dipimpin oleh para ulama telah menghasilkan kejayaan apabila Algeria memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1962, iaitu setelah dijajah selama 132 tahun.

>