Huraikan peranan gerakan Ikhwan Muslimin ke arah kemerdekaan Mesir.

Pengenalan

  • Penguasaan British ke atas Mesir memperkenalkan cara pentadbiran dan kebudayaan Barat di negara itu. Perkembangan ini tidak disenangi oleh penduduk Mesir yang sebahagian besarnya beragama Islam.
  • Pergolakan di Mesir berlaku di antara pihak istana yang bersekongkol dengan British dan juga Parti Wafd yang terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan bangsawan. Di celah kedua-dua pihak tersebut, wujud gerakan yang ingin memperjuangkan Islam itu sendiri. Mereka bimbang kedudukan Islam akan terancam. Namun, mereka cuba juga mencari jalan supaya orang Islam tidak ketinggalan.

Isi–isi penting

  • Ikhwan al-Muslimin diasaskan dan diketuai oleh Hassan al-Banna di Ismailliyah pada tahun 1928 M. Gerakan ini merupakan pertubuhan terawal yang memberikan reaksi kesan daripada perluasan penjajahan Barat. Gerakan ini juga berperanan menyedarkan umat Islam di Mesir agar bangkit berjihad mempertahankan kesucian agama Islam dan negara.
  • Perjuangan Ikhwan al-Muslimin bukan terhad dalam aspek agama sahaja, malah mencakupi bidang ekonomi, pendidikan, social dan kemasyarakatan.
  • Dalam bidang keagamaan, golongan ini menyarankan agar umat Islam bangkit berjihad dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis. Golongan ini juga menyeru agar masyarakat Mesir menghapuskan segala amalan khurafat dan tahyul yang boleh menyekat kemajuan dan kebebasan mereka. Amalan seumpama ini harus digantikan dengan amalan sebenar mengikut ajaran Islam dan menjadikan syariah sebagai paksi perjuangan.
  • Gerakan Ikhwanul Muslimin juga memberikan tumpuan kepada bidang ekonomi bagi menyedarkan kegiatan dakwah seperti membuka kilang tekstil dan syarikat pengiklanan. Pendapatan daripada kegiatan ekonomi dapat menyumbang kea rah perjuangan gerakan.
  • Bagi memastikan kebajikan rakyat, Ikhwanul Muslimin telah membuka sekolah-sekolah dan pusat-pusat kesihatan di seluruh negara. Gerakan tersebut turut menggesa agar program pembangunan yang dijalankan mestilah seimbang, utuh dan sesuai dengan tuntutan Islam. Gerakan ini mendapat sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat bukan sahaja di Mesir bahkan di negara-negara Arab lain.
  • Golongan Ikhwanul Muslimin juga mengadakan hubungan yang akrab dengan negara-negara Islam lain. Tindakan ini dapat mengukuhkan perjuangannya di Mesir sekaligus mengeratkan semangat persaudaraan sesama Islam termasuk membantu saudara seagama yang ditekan oleh kuasa-kuasa barat. Contohnya masyarakat Islam di Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis.
  • Pada era kegemilangannya, Ikhwan al-Muslimin mempunyai lebih 2000 cawangan di seluruh Mesir dengan bilangan pengikut seramai 2 juta orang. Ikhwan al-Muslimin diterajui oleh pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi dan memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang konvensional dan tradisi Islam. Ini merupakan cirri-ciri yang wujud dalam peribadi Hasan al-Banna, pengasas Ikhwan al-Muslimin.
  • Kebijaksanaan Hasan al-Muslimin dalam menggariskan polisi Ikhwan al-Muslimin yang berlandaskan pengajaran Islam seiring dengan pelbagai aktiviti terutama dalam hal-ehwal kebajikan dan program social, telah menjadikan pertubuhan ini sebagai satu pertubuhan Islam yang berpengaruh di Mesir.

Kesimpulan

  • Meskipun Ikhwanul Muslimin mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat Mesir, namun kerajaan telah bertindak mengharamkan gerakan tersebut. Pada 13 Januari 1954, Presiden Gamal Abdul Nasser mengharamkan Ikhwan al-Muslimin berikutan tindakan golongan mahasiswa pro-Ikhwan al-Muslimin yang bertempur dengan pendukung pemerintah di Universiti al-Azhar.

Leave a Reply