BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

By Cikgu Azid
BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH
(1) Sebab British di Negeri-negeri Melayu
a) Dasar Campur Tangan British

1. Sebelum tahun 1874, British tidak mengamalkan dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu.

2. Akan tetapi, mereka ambil Negeri-negeri Selat

3. Tahun 1873, Parti Konservatif ambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal.

4. Kerajaan baru amalkan dasar campur tangan

b) Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu

1. Negeri Melayu kaya dengan hasil bumi

2. British berpendapat perlu segera menguasai negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

3. Pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut & Klang.

c) Revolusi Perindustrian mendesak campur tangan

1. Revolusi wujudkan kilang-kilang perusahaan.

2. Perlukan bijih timah utk perusahaan mengetin

3. Negeri Melayu mesti dikuasai untuk dapat bekalan bijih timah yang berterusan dan menjadi tempat memasarkan hasil keluaran mereka.

d) Terusan Suez dan kapal wap

1. Pembukaan Terusan Suez pendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu.

2. Kapal wap cepatkan perjalanan dan bawa muatan yang lebih banyak.

e) Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain

1. British bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara.

2. Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina.

f) Desakan pedagang

1. Pertelingkahan pembesar Melayu dan pergaduhan kongsi gelap Cina akibatkan huru-hara

2. Keadaan ini merugikan pedagang Negeri-Negeri Selat khasnya berkaitan perdagangan bijih timah.

3. Mendesak British melindungi pelaburan mereka.

4. Pedagang Negeri-Negeri Selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley mendesak British untuk campur tangan.

(2) Keadaan politik di Perak
a) Pertelingkahan kongsi gelap Cina

1. Daerah Larut kaya dengan bijih timah

2. Long Jaafar bawa masuk ramai orang Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut.

3. Kemasukan buruh Cina mencetuskan pergaduhan kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dengan Hai San.

4. Pergaduhan membawa kepada Perang Larut.

5. Bagi menamatkan perang, Ngah Ibrahim (Menteri Larut) melantik Kapten Speedy iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Selat untuk manamatkan kekacauan

6. Kekacauan dihentikan selepas Perjanjian Pangkor

7. Dalam Perjanjian Pangkor 1874, pemimpin kongsi gelap Cina hadir untuk menyelesaikan masalah di Larut. Antaranya Kapitan Chung Ah Kwee iaitu ketua kumpulan Hai San.

9. Masyarakat Cina bersetuju hentikan pergaduhan dan menerima British menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan bijih timah.

b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja.

1. Sistem pewarisan takhta di Perak.

Sultan

Raja Muda

Raja Bendahara

Raja Dihilir

2. Selepas kemangkatan Sultan Ali tahun 1871, Raja Ismail Raja Bendahara jadi sultan.

3. Perlantikan ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf.

4. Raja Abdullah ialah Raja Muda yang sepatutnya ditabalkan menjadi sultan.

5. Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan kerana beliau tidak hadir ketika upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong walaupun dijemput untuk menghadirinya.

6. Raja Yusuf diketepikan kerana beliau tidak disukai oleh pembesar Perak.

7. Tentangan kuat terhadap Sultan Ismail datangnya daripada Raja Abdullah yang disokong Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor.

8. Kuasa Raja Ismail sebagai sultan hanya terbatas di Hulu Perak.

9. Raja Abdullah terus berkuasa di Hilir Perak.

10. Raja Abdullah minta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan.

11. Andrew Clarke (Gabenor Negeri-Negeri Selat) melihat permintaan Raja Abdullah sebagai peluang untuk British menguasai Perak yang kaya dengan bijih timah.

12. Andrew Clarke memanggil pembesar Melayu dan pemimpin kongsi Gelap Cina untuk berunding di Pulau Pangkor.

13. Pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor.

14. Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan.

15. Hasil rundingan, termeterailah Perjanjian Pangkor 1874 di kapal British, H.M.S. Pluto.

c) Syarat Perjanjian Pangkor

1. Raja Abdullah diiktiraf Sultan Perak.

2. Raja Ismail diakui Raja Muda.

3. Residen British menasihati semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.

4. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai

5. Residen, Penolong Residen, Sultan dan Pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak.

6. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen.

7. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak.

(3) Campurtangan British di Selangor

1. Tahun 1857, Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabalkan jadi Sultan Selangor.

2. Berlaku Perang Klang yang menyebabkan campur tangan British di Selangor.

3. Daerah Klang pada mulanya di bawah kekuasaan Raja Sulaiman.

4. Apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.

5. Penyerahan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman.

6. Raja Abdullah memajukan lombong bijih timah di Klang dengan membawa masuk buruh Cina.

7. Lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang.

8. Klang berkembang maju

9. Peperangan menyebabkan perdagangan terjejas.

10. Sultan Abdul Samad lantik Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang.

11. Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor kerana beliau bukan anak negeri Selangor.

12. Tengku Kudin minta bantuan British untuk menamatkan kekacauan

13. British desak Sultan Abdul Samad menerima Residen British.

14. Sultan Abdul Samad tidak setuju.

15. British cari alasan untuk menempatkan residennya di Selangor.

16. Tahun 1873, sebuah kapal dagang British dirompak berdekatan dengan Langat.

17. Tahun 1874, rumah api British di Tanjung Rachado diserang.

18. Peristiwa tersebut mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di bawah naungan British.

19. J.G. Davidson sebagai Residen yang pertama.

20. Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.

(4) Campurtangan British di Sungai Ujong

1. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dilantik menjadi pemerintah di daerah Sg. Ujong.

2. Dato’ Bandar Kulop Tunggal juga berpengaruh di daerah Sg. Ujong.

3. Perebutan untuk menguasai Sg. Linggi mencetuskan pertelingkahan antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Bandar.

4. Dato’ Bandar dapat sokongan daripada penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina

5. Dato’ Kelana minta bantuan British

6. Dato’ Kelana tandatangani perjanjian menerima perlindungan British

7. Syarat perjanjian :

a. Dato’ Kelana diiktiraf oleh British sebagai pemerintah di Sungai Ujong

b. British mempunyai kuasa penuh bagi mengutip cukai di Sungai Linggi.

c. British menempatkan P.J. Murray sebagai Residen British

8. Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian

9. British memberi bantuan tentera keapda Dato’ Kelana untuk menewaskan Dato’ Bandar.

10. Dato’ Bandar dibuang negeri ke Singapura.

11. British menguasai daerah Rembau, Jelebu dan Seri Menanti

12. British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.

13. Tahun 1895, semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan.

14. Tunku Muhammad ibni Yamtuan Antah ditabalkan sebagai Yg Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

15. Martin Lister sebagai Residen British di Negeri Sembilan.

(5) Campurtangan British di Pahang

1. Frank Swettenham dan Frederick Weld pujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal.

2. British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk pujuk Sultan Ahmad agar menerima pengaruh British.

3. Usaha berjaya.

4. Hugh Clifford dilantik menjadi Wakil British.

5. Wakil British mempunyai kuasa seperti seorang pegawai Konsul iaitu mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain.

6. British tidak berpuas hati kerana wakil British mempunyai kuasa yang terhad.

7. Tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina bernama Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad.

8. British guna peristiwa ini untuk desak Sultan Ahmad menerima Residen British dengan alasan baginda tidak mampu mewujudkan ketenteraman

9. J.P. Rodger jadi Residen British yang pertama.

(6) Perlaksanaan Sistem Residen

1. Sistem Residen merupakan campur tangan British dalam pentadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

2. Seorang Residen dilantik bagi setiap negeri tersebut.

3. Negeri-negeri tersebut sebg negeri naungan British.

4. Residen menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali agama Islam dan adat istiadat

5. Menggugat kuasa sultan dan pembesar tempatan.

(7) Sistem Residen gugat kuasa Sultan dan Pembesar

1. Sultan dan pembesar kehilangan kuasa.

2. Residen menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

3. Nasihat residen mesti dipatuhi.

4. Residen menghapuskan hamba

5. Bagi sultan dan pembesar, amalan hamba – adat Melayu tradisional turun-temurun.

6. Residen ambil alih kuasa hak pungutan cukai.

7. Pungutan cukai diambil alih oleh Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.

(8) Pembentukan Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
a) Kelemahan Pentadbiran Sistem Residen

1. Setiap Residen tidak diberi panduan yang jelas

2. Residen menjadi terlalu berkuasa.

3. Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen.

4. Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang tersendiri.

b) Faktor Penubuhan NNMB

1. Kelemahan pentadbiran Sistem Residen.

2. Masalah krisis kewangan Pahang.

3. Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang menanggung banyak hutang.

4. Jika Pahang digabungkan dengan negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor, masalah diringankan.

5. Wujudkan perkongsian perkhidmatan pakar – menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor.

6. Sistem perhubungan jalan raya dan landasan kereta api antara negeri Melayu dapat dimajukan

7. Kukuhkan lagi kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

c) Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895

1. Ditandatangani pada tahun 1885

2. Dikuatkuasakan pada tahun 1896.

3. Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi NNMB

4. Pusat pentadbiran di Kuala Lumpur

5. Diketuai oleh Residen Jeneral

6. Jawatan Residen masih kekal di negeri masing-masing.

7. Frank Swettenham Residen Jeneral Pertama NNMB

8. Syarat perjanjian Persekutuan:

a. Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan.

b. Menerima pegawai British sebagai Residen Jeneral.

c. Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.

d. Raja-raja setuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan

e. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.

(9) Pembentukan NNMB cabar kewibawaan sultan

1 Kuasa pentadbiran oleh Residen Jeneral.

2. Residen Jeneral amat berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.

3. Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai oleh Pegawai British, seperti Jabatan Kehakiman, Kewangan, Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.

4. Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan dihadkan

5. Sultan dikehendaki mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.

6. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral.

(10) Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar)

1. Raja-raja Melayu tidak puas hati terhadap kuasa Residen Jeneral dan kerajaan pusat.

2. British menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-Raja Melayu tahun 1897.

3. Perbincangan tertumpu pad hal ehwal adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu.

4. Durbar asas kepada Kewujudan Majlis Persidangan Raja-Raja Melayu

5. Ahli-ahli Durbar – Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan 4 orang Residen.

6. Durbar pertama di Kuala Kangsar, Perak

7. Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur

8. Isu persidangan Durbar;

a. Sultan Perak (Sultan Idris) kritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral

b. Desak kuasa raja Melayu dikembalikan.

c. Desak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.

d. Minta British iktiraf bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

(11) Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909

1. British gantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909.

2. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan jawatan Ketua Setiausaha.

3. Kerajaan British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

Kesimpulan

1. Kekayaan negara mendorong British menguasai Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

2. Perebutan takhta menimbulkan keadaan tidak tenteram dan memberi peluang kepada British untuk campurtangan

3. Kekayaan ekonomi tidak dapat dibangunakan sekiranya negara dalam keadaan tidak aman.

  1. Strangerdune says:

    Hey!Nice Notes!Now I can study Sejarah!I don’t have any reference book(Sejarah) so this is cheaper than ever,Thank You!

  2. Cikgu Azid says:

    Ur welcome..share 4 care.. :)

  3. 0ghe Qlate :) says:

    Dlm bab 2 nieyh ~ knape x guna tjuk mcm kat dlm buku teks (mcm : keadaan di perak, selangor, negeri 9 & pahang mamberi peluang campur tgn british .. pastu tj0k lps tuuh .. ketidakstabilan di perak & s0 oN) ~ bace artikel nieyh pening cket~ i h0pe y0u take n0tes from what i’ve been c0mmenting :) 0ther than that , the rest is gud :) g0od j0b y0u’ve put in there :)

  4. budaknakbelajarSeJaRaH... says:

    thank for this short notes…

  5. budak melaka!! says:

    a’ah… asal x gune tajok dlm buku teks???
    senang siket kot nanti…hihi~~ ^_^

  6. budakminatsejarah says:

    ianya amat berguna pada saya…dan membuat saya lebih memahaminya dengan lebih mendalam..

  7. Shahirah Khalid says:

    this blog ok ianya membantu sya dlm melakukan nota2 sejarah thx:D

  8. THANK U 4 THE SHRT NOTES CIKGU………………..

  9. shahir fikri says:

    bnyak nye keje sklh

  10. Nabilah says:

    thanks for the short notes cikguazid :)

  11. gummybear says:

    thanks cikgu! ur notes r better than my sch sejarah teacher’s notes!! haha!

  12. iswilma says:

    terima kasih cikgu ats notanya yg ringkas tp padat , bleh jd reference sblm exam , terima kasih ~

  13. hafiz mazlan says:

    cikgu azid buat la peta minda lagi senang…:P

  14. apologize says:

    hi,can i ask who is the residen of perak?

  15. carmen says:

    knapa x gune punya ? atau saya x paham o.O

  16. joe says:

    panjangnya tapi senang dan ringkas

  17. logadarshinni maratha says:

    nice it is helpfulo 4r me 2 understand

  18. logadarshinni maratha says:

    nice it is helpful 4r me 2 understand

  19. ainuha izati says:

    best nye blajar sjarah,,,,btol3….sye ska sjarah,,,cayook>>>3

  20. bud0x mrsm says:

    lepasZ bace note ni, , sy ase minat blajar sejarah . ! thankZ a lot. !

  21. tines says:

    thanks for the notes sirrrrrrrrrrrrr.

  22. Buddy says:

    Nota baik…..tetapi ada yang tidak lengkap………

  23. smartass says:

    thanks. helps alot for my last minute studies :D

  24. Notasejarahomworkasaye!! says:

    mekaseh bebanyk…

  25. najla says:

    thank you..n_n

  26. regina francis don bocso says:

    Tq tq tq tq tq very much

  27. Inquisitiveboy says:

    thanks for the notes….untuk cuti raya cina ni ckgu suruh buat bnyak nota…so sgt membantu…memang ringkas dan padat…memudahkan kerja saya…thanks…smua Tuhan membalas jasa baik anda….Insyaallah…

  28. Ain says:

    thanks bnyk2 cikgu! sejarah sya dh lulus :)

  29. cWtz says:

    terbaek!!!

  30. :D seriously awesome!!!!!!

  31. nuq899 says:

    (^^^)

  32. thank u azid sar
    i now tat u always brillion

  33. Pravin Raj says:

    Thanks for the notes

  34. Kki says:

    thanks at least done abit :P

  35. isma syuhaida says:

    wow..ni lh nota yg pling rngkas yg sya prnh liht.. trima ksi ckgu ..

  36. Amirul Syafiq says:

    memang membantu ketika hendak membuat nota sejarah.tq cikgu

  37. chipmunk says:

    baru saya pun senang nak paham

  38. chester says:

    It is a very good website

  39. nim says:

    Sejarah mmg best … tpi cmne nux wat esei … :(

  40. keehana says:

    what is the kesan

  41. fanny says:

    pnjang sgt laa ummm~
    boleh tak buat dlm peta minda??

  42. aq lorhh says:

    best

  43. ROSNES says:

    Long Jaafar adalah ayahanda kepada Ngah Ibrahim..yang mana keturunan nya berkuasa di Daerah Larut…manakala Dato Sagor atau namanya yang sebenar adalah Ngah Kamdin adalah bapa saudara kepada bNagah Ibrahim…betul atau tak?…cikgu saya bagitau…

  44. alia says:

    thank you cikgu :) heheheee nota cikgu ni memang sesuai untuk saya yg malas nak hafal sejarah even esok ada exam wkwkw.thank you again!

  45. thharanie says:

    easy laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……………………………………………

>