BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT

By Cikgu Azid

BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT

(1) Idea pembentukan Persekutuan Malaysia

1. Tunku Abdul Rahman mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia dalam majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.

2. Idea mendapat sambutan positif

3. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan.

4 JPPM berperanan mengadakan rundingan dgn pemimpin wilayah yang terlibat

5. Tunku Abdul Rahman bawa usul gagasan Persekutuan Malaysia di Dewan Rakyat.

(2) Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia

1. Mempercepat kemerdekaan;

i. Saiz Singapura dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah dan Brunei terlalu kecil menyukarkan usaha memperoleh kemerdekaan secara bersendirian daripada British.

ii. Gagasan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.

2. Keseimbangan kaum;

i. Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia.

3. Memajukan sosioekonomi;

i. Mewujudkan pasaran ekonomi yang lebih luas.

ii. Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli di kalangan negeri dalam Persekutuan.

iii. Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan.

iv. Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar.

v. Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah dan Brunei.

4. Keselamatan dan kestabilan negara;

i. Selamatkan Singapura dan Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis.

(3) Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
A) Negeri-negeri terlibat

a) Persekutuan Tanah Melayu

1. Sambutan menggalakkan daripada parti politik di negeri-negeri Melayu.

2. Penduduk Tanah Melayu menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia.

3. Parti PAS, menyokong idea pembentukan Malaysia tetapi mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia.

b) Singapura

1. Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat reaksi daripada parti-parti politik di Singapura.

2. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew mengalu-alukan gagasan Persekutuan Malaysia.

3. Gagasan Malaysia dapat menyelamatkan parti PETIR daripada dikuasai oleh parti berhaluan kiri.

4. Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura anggap gagasan Persekutuan Malaysia sebagai rancangan Britain untuk mengekalkan pengaruhnya.

5. Kerajaan Singapura adakan referendum bagi meninjau pendapat penduduk Singapura terhdp gagasan Persekutuan Malaysia.

6. Hasil referendum – penduduk Singapura sokong penggabungan dgn Persekutuan Malaysia.

c) Sabah;

1. Parti politik baru ditubuhkan untuk menyalurkan pendirian rakyat terhadap gagasan Persekutuan Malaysia.

2. Diantara parti politik di Sabah ialah;

  • Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
  • Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
  • Parti Bersatu
  • Parti Demokratik
  • Pasok Momogun

3. Parti politik sokong terhadap gagasan Malaysia.

4. Parti Bersatu dan Parti Demokratik kenakan syarat iaitu menyokong dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu.

5. Parti Pasok Momogun pada awalnya menentang kerana Sabah perlu bersatu dgn Sarawak dan Brunei.

6. Pembentukan Perikatan Sabah di bawah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.

7. Perikatan Sabah memenangi pilihan raya Majls Daerah pertama pada 1962.

8. Perikatan Sabah memenangi 104 kerusi drp 119 kerusi.

d) Sarawak

1. hampir kesemua parti politik sokong gagasan Persekutuan Malaysia.

2. Hanya Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang menentang pada awal dan akhir pendiriannya.

3. Pada awalnya parti ini menentang kerana Sarawak perlu bersatu dengan Sabah dan Brunei.

4. Parti yang menentang pada awalnya iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

5. Kesemua parti politik di Sarawak kecuali SUPP mengambil pendirian utk sertai Persekutuan Malaysia.

6. Parti-parti tersebut bergabung membentuk Perikatan Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Majlis Daerah pertama diadakan pada tahun 1963.

7. Perikatan Sarawak memenangi pilihan raya tersebut.

e) Brunei

1. Idea gagasan Malaysia dapat sokongan kuat Sultan Omar Ali Saifuddin

2. Ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M Azahari.

3. A.M. Azahari menyatakan Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Malaysia.

4. A.M. Azahari cadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri drp Brunei, Sarawak dan Sabah.

5. Apabila usul menentang gagasan Persekutuan Malaysia yang dibawa oleh Parti Rakyat Brunei di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak, mereka melancarkan pemberontakan.

6. Rundingan diteruskan.

7. Perkara yang berkaitan dengan hasil minyak dan kekananan sultan Bunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong masih tidak mendapat kata sepakat.

8. Julai 1963, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.

(4) Reaksi dari Negara-negara Jiran

a) Indonesia

1. Pada mulanya menyokong gagasan Persekutuan Malaysia.

2. Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus ucapan tahniah kerana usaha untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.

3. Pendirian Indonesia berubah kerana terpengaruh dengan dakyah oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh gagasan Malaysia sebg neokolonialisme.

4. PKI berasa tergugat dengan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia

5 Gagasan Malaysia bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno untuk menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya.

b) Filipina

1. Filipina menentang ggasan Persekutuan Malaysia

2. Mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu.

c) Negara-negara Barat

1. Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat sokongan daripada kerajaan Britain dan Amerika Syarikat.

2. Menganggap gagasan Persekutuan Malaysia mempercepat proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.

3. Pengaruh komunis dapat disekat.

(5) Langkah ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia

1. 27 Mei 1961- Gagasan Persekutuan Malaysia

  • Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

2. Julai 1961- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

  • memberi penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah.

3. Feb-Apr 1962 – Suruhanjaya Cobbold

  • meninjau pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah.
  • Hasil laporan ini rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.

4. Ogos 1962 – Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)

  • bincang hak dan kepentingan Sabah, Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan.
  • Hasil laporannya, tuntutan 20 Perkara Sabah dicadangkan & dimasukkan dalam perlembagaan.

5. Sept.1962- Referendum Singapura

  • meninjau pendapat penduduk Singapura.
  • Penduduk Singapura bersetuju

6. Ogos 1963- Suruhanjaya PBB

  • meninjau semula pandangan penduduk Sarawak dan Sabah atas permintaan Indonesia dan Filipina.
  • Penduduk Sarawak dan Sabah berhasrat menyertai Persekutuan Malaysia.

7. 16 September 1963-

  • Perisytiharan Persekutuan Malaysia
(6) Perisytiharan Persekutuan Malaysia

1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum daripada Sarawak dan Sabah.

2. Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara

Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah;

  • Tiada agama rasmi.
  • Kebebasan beragama.
  • Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
  • Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri.
  • Malaysia menjadi nama persekutuan.
  • Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan.
  • Peruntukan kerusi parlimen.
  • Pelantikan ketua negeri oleh ratu British dan Yang di-Pertuan Agong.

3 Semangat toleransi dan keikhlasan kerajaan Tanah Melayu merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia.

5. Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London.

6. KandunganPerjanjian Persekutuan Malaysia ialah;

i. Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

ii. Agama Islam agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain ebas diamalkan.

iii. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.

iv. Bagi Sarawak dan Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia.

v. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.

vi. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

7. Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

8. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

9. Laungan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali

(7) Konfrontasi dan perdamaian

1. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia

2. Indonesia melancarkan konfrontasi.

3. Filipina menunjukkan reaksi yang sama

4 tentera Indonesia menceroboh kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

5. pemimpin Malaysia dan Indonesia tetap meneruskan usaha perdamaian.

6. Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu.

7. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana mempunyai hubungan baik dengan Indonesia.

8. Kerajaan menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali Askar Wataniah.

9. Rakyat tempatan menyertai PPT untuk mempertahankan negara daripada pencerobohan tentera Indonesia.

10. Malaysia mendapat sokongan tentera dr negara Komanwel spt Britain, Australia, New Zealand dan Kanada

11. Rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi konfrontasi

12. Konfrontasi terhadap Malaysia semakin kendur apabila tentera Indonesia di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya ambil alih kuasa daripada Presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September.

13. Gestapo 30 September merupakan percubaan rampasan kuasa oleh PKI di Indonesia.

14. Dalam peristiwa itu, D.N. Aidit iaitu pemimpin PKI terbunuh.

15 Perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ditandatangani pada bulan Ogos 1966.

16. Filipina memulihkan hubungan dengan Malaysia.

(6) Usaha ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia

1. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963)

a. Ant. Tunku Abdul Rahman &Presiden Sukarno

b. Hasilkan persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila.

2. Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963)

a. MAPHILINDO (Malaysia, Filipina,dan Indonesia) ditubuhkan. Tujuan meningkatkan hubungan persahabatan negara anggota.

b. Menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan semula terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

3. Persidangan di Bangkok (Februari 1964)

a. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio.

b. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berkenaan gencatan senjata.

4. Persidangan di Tokyo (Jun 1964)

a. Persidangan gagal

b. Indonesia enggan mngundurkan tenteranya

c. Menuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila.

(7) Pemisahan Singapura

1. Singapura bangkitkan isu sensitif sehingga meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat.

2. Singapura menjadi “duri dalam daging” kepada Malaysia.

3. PETIR dan pemimpinnya Lee Kuan Yew sering mempertikaikan peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

4. Lee Kuan Yew berhasrat mengambil alih peranan parti MCA yang mewakili kaum Cina.

5. Faktor pemisahan Singapura dari Malaysia;

i) Masalah Ekonomi

a. Singapura tuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat.

b. Singapura tuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat.

ii) Konsep Malaysian Malaysia

a. Singapura tuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.

b. Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

iii) Pertikaian Parti Perikatan – PETIR

a. PETIR tuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina.

b. PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya 1964 di Sem. Malaysia.

iv) Rusuhan Kaum

a. Banyak kenyataan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentimen perkauman.

b. Rusuhan kaum di Singapura gugat keselamatan

6. Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman membuat keputusan – singkirkan Singapura

7. Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat pada 9 Ogos 1965.

(8) Rumusan

1. Persekutuan Malaysia mempertikaikan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman.

2. Tunku Abdul Rahman digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia.

3. Semangat kerjasama, setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat membawa kepada pembentukan Malaysia.

  1. shy gal says:

    buatlah nota ringkas pastu secara tersusun baru owg sng phm

  2. Sharely Siska says:

    Emmm…leh publish tentang kejayaan pembentukan Malaysia?

  3. outspoken says:

    shy gal, u ni bdk kls last eh?
    nota sng mcm ni pn x phm?????

  4. me97 says:

    thanx.. ;)

  5. scha says:

    panjang sgt laa..

  6. ha_ti says:

    terbaek lh:)
    snang nk fham..
    rngkas dan padat:)

  7. Lala Amit says:

    : i think this note is way too good and simple. Thanks.

  8. Atikah kamal says:

    Nota nie boleh guna lam stpm sistem baru????

  9. Nur Ayuni Syakina says:

    trima kasih..nota ni membantu sya dalam ujian sejarah..

  10. Rie_yat says:

    sakit kpla sea tgok nota byk mcm nie .. tpi ok la snang d tiru .. hahahha

  11. thnkz yeww for this notee :) ..

  12. MOHD SYAHMI AKA SEJARAH BEST says:

    Neokolonialisme maksud : indonnesia mengganggap bahawa british sedang memulakan era penjajahan yang baru

  13. mus keling says:

    boleh la paham tq cikgu

  14. mus keling says:

    muklis keling ,tamby , hitam ,jongang , paria

  15. YEYEAH... says:

    SMAP KAJANG strives for excellent…. :>

  16. Amir says:

    susah btol orang yg cakap nota ni panjang -_- tak menghargai langsung

  17. Ijom says:

    aku sakmis !

  18. afiq aiman says:

    x baik ajek org mus ..

  19. terima kasih cg.

  20. Aisyah says:

    Terima kasih! Ini sudah cukup ringkas untuk buat nota bagi bab 7 yang panjang gila ni. ^^

  21. nur syafiqah says:

    quit useful especially for orng yng x rjin buat nota ,,, btw thnks ,,, really appreciate it :)

  22. irpan_juer says:

    nota ok tpi x trsusun

>