BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

By Cikgu Azid

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

(1) Latar belakang tamadun
a) Apakah peningkatan tamadun.

1. Kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar.

2. Seterusnya ia akan membawa kepada kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding sebelumnya.

3. Peningkatan ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea baru dari aspek sosial, politik dan ekonomi.

b) Tamadun Yunani.

http://irpersia.persiangig.com/image/javanmard.jpg

1. Letakan – di Semenanjung Greece dan pulau sekitarnya yang dikelilingi laut Mediterranean dan Aegen.

2. Bermula dengan negara kota (polis) – hasil gabungan beberapa bandar dan kampung.

3. Setiap negara kota mempunyai sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian.

4. Dalam kota pula terdapat pasar, kubu kuil dan istana.

5. Contoh negara kota terkenal ialah Athens dan Sparta yang terletak berhampiran Laut Mediterranean.

6. Setiap negara kota mempunyai pemerintahan dan undang – undang tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan.

7. Masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu tetapi perang kerap berlaku antara negara kota.

c) Tamadun Rom

http://pages.uoregon.edu/arthist/arthist_204/monumentimages/colosseum.gif

1. Letakan – di Bukit Palatine berhampiran Sg. Tiber di lembah Latium yang didiami oleh masyarakat latin.

2. Ia berkembang ketika diperintah oleh Romulus.

3. Kemudian wujud majlis perbandaran di setiap bandar yang mentadbir tanpa gangguan pentadbiran pusat di Rom.

4. Bandarnya lengkap dengan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat forum, rumah mandi awam dan istana.

5. Contohnya Bandar Pompei lengkap dengan pejabat, dewan, perpustakaan, makhamah, pintu gerbang, Colloseum, paip bawah tanah, saliran, terusan, industri dan pengangkutan.

6. Penduduknya seramai 50 ribu orang pada tahun 80 M.

d) Tamadun India.

http://www.cwo.com/~lucumi/indus.jpg

1. Kedatangan orang Aryan membentuk zaman Vedik sempena kelahiran kitab – kitab Veda.

2. Agama Hindu lahir pada zaman Vedik ini.

3. Kemudian tamadun ini berpindah ke Lembah Ganges.

4. Pada masa ini, pemerintah ialah golongan raja.

5. Dua bentuk kerajaan terbentuk – janapada (kerajaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan besar).

6. Chandragupta Maurya kemudiannya menyatukan kerajaan – kerajaan kecil, maka muncullah empayar pertama di India di bawah Dinasti Maurya (menyatukan utara India).

7. Kemuncak kegemilangan dinasti ini ketika di zaman Asoka.

e) Tamadun China.

http://www.redgate-china.com/images/Terracotta%20Warriors.jpg

1. Letakan – di Lembah Hwang Ho hingga ke selatan China.

2. Empayar pertama ialah Dinasti Chin.

3. Maharaja Shih Huang Ti memperluaskan empayar hingga ke Sg. Merah di Vietnam.

4. Jajahan yang luas disatukan di bawah pentadbiran pusat.

(2) Pemerintahan dan pentadbiran.
a) Tamadun Yunani.

1. Bentuknya berubah- ubah seperti monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi.

2. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, tentera dan agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

3. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot – raja dipilih tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul memerintah, sistem ini dinamakan oligrarki.

4. Kemudian lahir aristokrat dikalangan konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah aristokrasi.

5. Kemudian berlaku ramsapan kuasa kerana rakyat tidak puas hati – maka muncul sistem ditaktor dikalangan golongan kaya atau tentera.

6. Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristocrat – maka muncullah demokrasi.

7. Sistem demokrasi di Athens – tersapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali setahun, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan di kendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh keatas ketiga – tiganya.

8. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.

9. Sistem tentera di Sparta pula pertahanan amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang handal dan patriotic.

b) Tamadun Rom.

1. Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin tempatan).

2. Patrician (bangsawan) mengetuai pemberontakan masyarakat Latin menjatuhkan raja Etruscan.

3. Kemudian dibentuk sistem Republik – dua konsul dilantik oleh Dewan Senat supaya tiada yang lebih kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (bangsawan) bagi membincangkan hal pentadbiran dan perundangan. Konsul dilantik dikalangan ahli Dewan Senat yang biasanya praeotor (pemerintah tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan perhimpunan (semua rakyat Rom). Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

4. Pemerintahan bercorak empayar ketika Julius Caesar – berlaku selepas perluasan kuasa ke Macedonia, Yunani, Mesir hingga ke Brittania dan Jerman. Wilayah kecil telah disatukan di bawah pentadbiran pusat. Julius bergelar maharaja menjadi diktator dengan menguasai tentera dan Senat.

5. Maharaja Augustus membentuk empayar keamanan Rom (Pax Romana) meliputi benua Asia, Afrika dan Eropah.

c) Tamadun India.

1. Dua bentuk kerajaan – kerajaan kecil ( kepuakan/tiada raja ) dan kerajaan besar ( diketuai raja seperti kerajaan Kashi, kosala ).

2. Raja bekuasa mutlak diperkukuhkan dengan kepercayaan raja suci dan harus dihormati. Brahim menjadi penasihat raja dan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi.

3. Pemerintahan empayar – Raja Maurya menjadi maharaja. Empayar ini meliputi dari Teluk Benggala ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya ialah Pataliputra.

4. Kegemilangan Dinasti Maurya ketika pemerintahan Asoka telah menamatkan perang Kalinga, membentuk kedamaian menakluk melalui penyebaran agama Buddha dan membentuk birokrasi pentadbiran.

d) Tamadun China.

1. Sistem feudal bertukar kepada pentadbiran pusat kerana perluasan kuasa empayar Dinasti Chin.

2. Konsep raja menjadi maharaja.

3. Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai dikalangan rakyat. Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perhikmatan awam berasaskan peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan oleh Dinasti Han, tokoh pentingnya ialah Shih Huang Ti.

(3) Perundangan.
a) Tamadun Yunani.

1. Dewan Perhimpunan menggubal undang- undang.

2. Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli falsafah.

3. Katanya ahli falsafah berupaya menggubal undang – undang.

b) Tamadun Rom.

1. Hukum kanun 12 ialah undang- undang ynag pertama.

2. Ia dipahat pada kayu papan 12 dan diletakan di tempat awam.

3. Lahir pada zaman Republik, kemudian Maharaja Justinian mengemaskini dan membukukannya.

4. Beliau akhirnya melahirkan Kod Undang – undang Rom yang dikenali sebagai Undang – undang Justinian.

c) Tamadun India.

1. Dharma Sastra ialah kitab undang – undang Hindu tertua.

2. Raja memelihara kesucian undang – undang.

3. Denda kesalahan bergantung keseriusan kesalahan.

4. Brahmin dominan dalam hal undang – undang kerana mereka mahir berkaitan hal keagamaan.

5. Ketika Dinasti Maurya – undang – undang disampaikan sebagai titah perintah diraja yang diukir pada tiang Asoka yang berpegang kepada kesejahteraan rakyat.

d) Tamadun China.

1. Dua prinsip utama – hukuman berat dan bercorak kolektif.

2. Undang – undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan diperkenalkan olek Han Fei Tzu yang menyatakan undang – undang tegas dapat mengawal tingkahlaku manusai.

3. Undang – undang tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara.

4. Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian.

(4) Perluasan kuasa
a) Tamadun Yunani.

http://schools.cbe.ab.ca/b256/images/greek%20warrior.jpg

1. Philip II – menyatukan Macedonia dan Yunani.

2. Alexander The Great – menguasai Parsi, Mesir, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.

3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi, dan budaya timur yng lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch.

4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom.

b) Tamadun Rom.

http://www.novinite.com/media/images/2008-06/94607.jpg

1. Augustus Caesar – mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Turki dan Palestin.

c) Tamadun India

http://www.hindubooks.org/sudheer_birodkar/hindu_history/mahabhar.jpg

1. Chandragupta Maurya mempunyai tentera yang besar untuk menguasai India Utara, Punjab dan sempadan India Barat.

2. Anaknya Bindusara meluaskan ke Mysore di selatan India.

3. Asoka lebih lembut dan menekankan agama Buddha.

4. Ketika Asoka seluruh India berjaya ditakluk hasil kemenangan dalam Perang Kalinga.

d) Tamadun China.

http://www.ancientsculpturegallery.com/images/452e.JPG

1. Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.

2. Beliau memerintah secara automatik ( tegas dan mutlak ).

3. Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.

4. Beliaumembina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.

5. Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han ) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan dan keamanan China diwujudkan.

(5) Peningkatan ekonomi.
a) Tamadun Yunani.

1. Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana bumi bergunung – ganang tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar dijalankan. Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir, Syria.

2. Athens dan Corinth kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian, maka mereka mendapatkan makanan dari kawasan selatan dan Laut Hitam.

3. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang dari timur.

4. Cukai yang dikenakan di sini telah menaikkan harga barang, kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada zaman Gracco – Rom.

b) Tamadun India.

1. Perdagangan dalam kerajaan Maurya seperti di Anga dan Kalinga – barangannya seperti senjata, emas, gading gajah.

2. Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia, Sri Langka, Asia Tenggara – pelabuhan terlibat : Tamralipti, Cambay,.

3. Wujud persatuan perdagangan (sresthin) di setiap Bandar – seperti Persatuan Tukang Kayu, tukang Logam.

4. Matlamat persatuan ini, mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja – persatuan ini dikawal oleh raja.

5. Mata wang emas digunakan ketika zaman Gupta.

6. Perusahaan utama – sutera (di Bengal), kain kapas, emas.

7. Cukai hasil perdagangan buah – buahan dan pertanian dikutip untuk menyara tentera, pentadbir dan raja.

8. Zaman Gupta – memperoleh rempah dari alam Melayu, tembikar dari China.

c) Tamadun China.

1. Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat batas, penyisir tanah , tanaman bergilir, teres bukit dan terusan.

2. Perusahaan tembikar, logam, sutera (zaman Dinasti Han) – didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.

3. Mula – mula melalui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang).

4. Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan kesan perdagangan dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda dan kereta lembu.

(6) Pendidikan
a) Tamadun Yunani.

1. Di Athens – pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti aktiviti pendidikan, sukan, sastera, pidato, muzik, menulis.

2. Di Sparta – pendidikan untuk melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota (kemahiran fizikal dan senjata amat dipentingkan).

3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti, Herodotus, pemikir sains seperti Thales, Anaxagoras.

4. Athens menjadi pusat cendiakawan penting ketika pericles.

b) Tamadun Rom.

1. Mereka menyerap unsur Yunani pada peringkat awal.

2. Pendidikan mementingkan aplikasi pratikal ilmu – contohnya membina infrastuktur dan kemudahan awam.

3. Pendidikan ini melahirkan jurutera pengairan, bangunan.

c) Tamadun India.

1. Pendidikan bermula pada zaman Vedik yang mementingkan agama Hindu yang mendominasi oleh kaum lelaki.

2. Mereka menggunakan kitab veda dalam bahasa Sanskrit.

3. Keadah yang digunakan ialah menghafal kitab Veda.

4. Tumpuan pendidikan ialah agama (persediaan selepas mati ).

5. Pendidikan awal terdapat di istana dan rumah.

6. Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi di kolej Brahman, universiti agama Buddha di Nalanda.

7. Untuk menjadi Brahmin mereka harus menghafal Veda yang menggandungi peraturan ritual, mentera dan lagu – lagu agama, mempelajari karya saintifik dan falsafah.

8. Zaman seterusnya pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf dan mendapat jawatan kerajaan.

d) Tamadun China.

1. Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam.

2. Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.

3. Peringkat rendah – mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci.

4. Peringkat menengah – menumpukan karangan dan sastera.

5. Peringkat tinggi – menterjemah buku suci.

6. Peperiksaan awam 3 tahap – Hsiu Tai (ijazah pertama), Chun – Jen (sarjana) dan Chin Shih (doctor falsafah).

7. Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota empayar (di istana / di hadapan Maharaja).

8. Peluang kerjaya – menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik.

9. Waktu peperiksaan – tahap 1(3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun I kali).

(7) Falsafah
a) Tamadun Yunani.

1. Ahli falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle, Plato.

2. Isu utama – nilai individualisme, kehidupan manusia, demokrasi.

3. Herodotus ialah bapa sejarah, karyanya ialah „ History of Persian War?.

4. Thucydides seorang pengasas sejarah saintifik, karyanya ialah „ History of the Peloponnesia War?.

5. Falsafah Yunani mengajar manusia berfikir secara rasional dan sikap ingin tahu.

6. Plato dalam buku republik menyatakan masyarakat dan negara yang baik di perintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.

7. Aristotle (guru Alexander the Great) – membincangkan cara berfikir yang teratur.

b) Tamadun Rom.

1. Mengambil falsafah Yunani contohnya falsafah Rom (stoisisme) diasaskan oleh Zeno (ahli Yunani).

2. Falsafah ini mengajar kebahagian dan nasib manusia bergantung kepada alam, penekanan kepada keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.

c) Tamadun India.

1. Falsafah terawal di dunia direkod ialah falsafah India.

2. falsafah mereka bersumberkan kitab Veda seperti Rig Veda, Yajur Veda, Upanishad.

3. Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran seperti Carvaka, Buddhisme.

d) Tamadun China.

1. Falsafah China menekan hubungan manusia dengan manusia. Sumber utama – Confucianisme, Taoisme, Mo Tzu, tetapi Mo Tzu (Mencius) menolak Confucianisme.

2. Mo Tzu menekankan hubungan manusia dengan alam sekitar.

3. Falsafah Legalisme pula berasaskan fahaman „?hanya undang – undang akan memberi nilai baik??.

(8) Sains dan Teknologi.
a) Tamadun Yunani.

1. Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.

2. Pythagoras – memperkenalkan Teorem Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.

3. Hippocrates – Bapa Perubatan.

4. Archimedes – ahli matematik dan fizik, teorinya ialah isipadu air dan gravity.

5. Ptolemy – ahli astronomi Yunani.

6. Sistem angka Yunani ialah herodianic dan ionic.

b) Tamadun Rom.

1. Boethius – mendapat pengaruh matematik Yunani, beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometri, astronomi.

2. Ilmu pelayaran (ciptaan perahu layar) – memajukan perdagangan dengan Yunani, India dan China.

c) Tamadun India.

1. Ilmu astronomi diambil daripada kitab Rig Veda.

2. Ilmu matematik India seperti konsep geometri, angka Brahmin, angka Kharosti.

3. Ilmu perubatan – berkaitan dengan fisiologi (yoga).

d) Tamadun China.

1. China menganggap astronomi ialah ilmu sains negara.

2. Ilmu perubatan – berkaitan konsep Yin Yang (keseimbangan membolehkan manusia sihat).

(9) Seni Bina.
a) Tamadun Yunani.

1. Aeropolis oleh Pericles – atas tujuan keagamaan dan pusat kegiatan.

b) Tamadun Rom.

1. Aqueduct – bekalan air.

2. Colloseum – pahlawan bertarung dan teater.

c) Tamadun India.

1. Stupa Besar di Sanchi – tujuan keagamaan.

2. Great Bath – binaanya baik dan lengkap.

3. Kompleks kuil di Gua Ajantha dan Gua Ellora – bercirikan agama Buddha/Hindu.

4. Menara pelbagai bentuk – kon, kubah dan pagoda.

d) Tamadun China.

1. Tembok Besar China – kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.

2. Bandar purba tembok batu – Changan, anyang, Peking.

3. Mereka turut menggunakan tanah liat, batu – bata, pintu gerbang, parit besar, menara.

4. Kota Larangan – istana maharaja yang banyak dewan. (balai penghadapan, temapt hukuman, keraian) dan taman.

5. Kuil dan Pagoda – temapt tinggal, ruang tamu, pemujaan.

(10) Bahasa dan Kesusasteraan.
a) Tamadun Yunani.

1. Hesiod – penyair dan penulis puisi Theology dan Works and Days.

2. Homer – menghasilkan Lliad dan Odyssey.

3. Tulisan orang Phoenecia tersebar di Yunani ( ditambah huruf vokal ), kemudian ko Rom dan Asia Tenggara (huruf rumi).

b) Tamadun Rom.

1. Penulis dan penyajak patriotisme – Cicero dan Virgil

c) Tamadun India.

1. Masyarakat Dravidia – bahasa Telegu, Malayalam.

2. Masyarakat Indon – Arya – bahasa Sanskrit yang melahirkan bahsa Hindi, Urdu, Punjabi.

3. Sastera India terbahagi 3 iaitu vedik, epik dan sajak.

4. Epik Mahabharata dan Ramayana – mengenai tentera baik dan tentera jahat.

d) Tamadun China .

1. Wujud dialek – Mandarin, Wu, Hakka, Kantonis.

2. Ssu – ma Chien mencipta karya sastera prosa „?Shih Chi??

3. Tokoh puisi – Tu Fu, Li Po (semasa Dinasti Tang).

4. Ketika Dinasti Han – terpelajar perlu mampu bersajak.

(11) Sistem Sosial.
a) Tamadun Yunani.

1. Di Athens terbahagi 3 kumpulan – warganegara (ada hak politik), bukan warganegara dan hamba (tiada hak politik).

2. Di Sparta 3 kelas – warganegara tulen, pekerja/artisan/pedagang, helot (penguasaha tanah / majoriti).

b) Tamadun Rom.

1. Terbahagi tiga – warganegara (orang Rom), bukan warganegara (penduduk taklukan) dan hamba.

c) Tamadun India.

1. Sistem 4 kasta utama – Brahmin, Ksyatria, Vaisya, Sudra.

2. Perkahwinan lelaki/wanita dan bercampur gaul kasta berbeza tidak dibenarkan.

d) Tamadun China.

1. Terbahagi 3 kelas utama – atasan (pentadbir seperti maharaja dan keluarganya, bangsawan dan sida – sida ), rakyat bawahan (petani, artisan), dan hamba.Kumpulan dua dan tiga ialah kumpulan sokongan.

2. Confiucius membahagikan 4kelas – teratas (sarjana/pegawai), ke-2(petani), ke-3(tukang), terbawah(pedagang).

3. Setiap individu boleh bertukar kelas.

(12) Sumbangan tamadun kepada dunia hari ini
a) Tamadun Yunani.

1. Demokrasi – rakyat terlibat secara langsung.

2. Kesan di Malaysia – demokrasi berparlimen.

3. Aristotle, Socrates, Plato menjadi rujukan falsafah moden.

4. Karya Iliad masih dirujuk.

5. Teknologi matematik dan sains masih diterima pakai.

6. Sukan Olimpik terus diadakan 4 tahun sekali hingga kini.

b) Tamadun Rom.

1. Republik- sistem 2 konsul.

2. Zaman kini di India, Perancis dan Afrika Selatan – mempunyai unsure demokrasi memilih president.

3. Aqueduct, Collosium menjadi sumber pelancongan.

4. Bahasa Latin digunakan agama Kristian.

c) Tamadun India.

1. Agama Buddha dan Hindu hingga kini.

2. Stupa, candi dan pagoda menjadi sumber pelancongan.

3. Bahasa Sanskrit digunakan agama Hindu/Buddha.

4. Karya Ramayana Mahabharata masih dirujuk.

d) Tamadun China.

1. Confucianisme dan Taoisme menjadi amalan hingga kini.

2. Tembok Besar China menjadi sumber pelancongan.

3. Mewariskan teknologi kertas dan tembikar.

4. Sistem peperiksaan awam diteruskan dan diubahsuia.

(13) Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia.
a) Agama Hindu

1. Perkataan Hindu mulanya merujuk penduduk di Sg Sindhu (Indus).

2. Kemunculan agama ini tidak dapat dikenalpasti. Dikatakan muncul ketika tamadun Indus dan kian jelas pada zaman Vedik dengan adanya kitab Veda (pegangan Hindu ).

3. Percaya tuhan 3fungsi – Brahman (mencipta), Vishnu ( memelihara) dan Siva (membinasa).

4. Enam aliran agama ini ialah Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.

5. Hindu didominasi golongan Brahmin.

6. Zaman Gupta ialah zaman kegemilangan Hindu, zaman Maurya dan Asoka pula Buddha menjadi saingan Hindu.

7. Hukum Karma – berkaitan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati, kelahiran ini bergantung Karma (kelakuan baik/buruk ketika hidup).

8. Tujuan hidup untuk mencapai Moksya (kebebasan mutlak ), sesiapa mencapai Moksya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir ke dunia.

9. Syarat mencapai Moksya perlu berbuat bsik semasa hidup.

b) Agama Buddha

1. Diasaskan oleh Siddharta Gautama (dikenali Buddha).

2. Kemunculannya kesan penentangan golongan Ksyatria terhadap Brahmin dalam hal agama.

3. Sistem kasta yng ketat menyebabkan Gautama mencari kebenaran dengan bertapa di bawah pokok bodhi di Uruveda. Kebenaran yang di temuinya dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengsaraan.

4. Asas ajarannya ialah empat kebenaran mulia (kesengsaraan dan kepehitan hidup adalah lumra, kesengsaraan berpunca daripada nafsu memperoleh kekayaan, cara mengelak kesengsaraan dengan mengatasi nafsu, cara menamatkan kesengsaraan dengan “Jalan Lapan Lapis Mulia”).

5. Empat kebenaran dapat dicapai melalui lapan jalan, antaranya pengetahuan yang baik, membuat amalan suci seperti bersedekah.

6. Kegemilangan agama ini ketika zaman Asoka, ia menjadi agama rasmi kerajaan Maurya dan berkembang ke Tibet, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China.

7. Agama ini menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka.

c) Agama Kristian.

1. Diasaskan oleh Jesus Crist yang berasal dari Jerusalem.

2. 25 Disember tarikh lahir Jesus (Hari Natal ).

3. Dua kitab suci (Old Testament dan New Testament) dikenali sebagai Bible.

4. Pada mulanya agama ini mendapat tentagan orang Eropah termasuk pemerintah Rom. Sebelum kedatangan Kristian orang Eropah majoritinya adalah pagan (tiada agama).

5. Kristian diterima pada zaman Rom semasa pemerintahan Constantine. Beliau mengecualikan kerja berat kepada mereka yang menjalankan aktiviti agama ini.

6. Hari Ahad dikhaskan kepada aktiviti agama.

7. Agama ini terus berkembang dari Zaman Rom dikenali Empayar Kristian, kejatuhan Rom tidak meruntuhkan Kristian malah terus kukuh ketika Zaman Pertengahan.

d) Agama Islam.

1. Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril di Gua Hira.

2. Islam ditentang oleh kaum Quraisy Makkah dan nabi pun berhijrah ke Madinah. Islam bertapak kuat bermula di sini.

3. Dua teras agama ini ialah akidah (keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah) dan syariah (undang – undang yang terkandung dalam Al-Quran dan as – sunnah).

4. Orang Islam wajib yakin Rukun Iman dan Rukun Islam.

e) Confucianisme.

1. Diasaskan oleh Confucius yang lahir di Lu.

2. Beliau menjadi pegawai kerajaan di Lu, tetapi meletakkan jawatan – mengembara menyebar idea kepada orang China.

3. Beliau di sembah sebagai salah satu dewa orang China.

4. Ajarannya menekankan prinsip moral tinggi yang didapati daripada pendidikan seperti perimanusiaan (ren), kesusilaan (li), taat ibubapa (xiao).

f) Taoisme.

1. Pengasasnya Lao Tze yang lahir di Chu.

2. Bekerja di Chou kemudian mengembara menyebar idea.

3. Bukunya Tao Te Ching – mengandungi falsafah Taoisme.

4. Ajarannya seperti konsep Tao (jalan) – setiap tindakan ditentukan oleh Tao, maka manusia tidak boleh bertindak terhadap apa- apa yang berlaku pada alam (wu – wei ), jika bertindak manusia akan merosakkan dunia.

  1. Imarina says:

    thanx dude.. it’s really helping me doing my homework.. :P by using this method of teaching, maybe, pupils will more understand about this chapter.. :) again.. thank you.. :)

  2. dyg says:

    these notes have helped me a lot. thank you very much. gbu = )

  3. shaila pravina says:

    i love this blog!it helped me alot in my hwrk…bcoz of this blog..i actually escaped frm my monster history tchr…

  4. eyna farsha says:

    ny cam notes from cikgu salleh ngatimin je… yg ckgu salleh terbitkan melalui buku modul pintas sejarah 21……… hmmm

  5. Iman Amin says:

    Thanks Cikgu :) Credits to you, finally, dapat jugak buat powerpoint dgn nota yg amat ringkas nie :D

  6. terima kasih..:-)..

  7. bubu says:

    bagus nya… sangat membantu pada saat-saat akhir peperiksaan terima kasih :D

  8. Shafiq says:

    terima kasih atas nota ni..mmg mmbantu.. Minta cikgu tolong halalkan ilmu yg saya ambil dari sini ya..

  9. Kimmy says:

    this bab is so sooo long!

  10. aqidah says:

    semua nota bagus giler

  11. tamil says:

    Thank You very very much Cikgu Azid,pls don’t delete this blog

  12. wawa says:

    thanks cikgu azid :)

  13. erica says:

    nota ni xbrapa lengkap… krana msih ada nota2 yg penting yg prlu dtmbahkn… :)

  14. Dyana says:

    Thx a lot…
    Alhamdulillah

  15. aimi says:

    thnks yaaww . sgt2 membntu utk h0mework ~

  16. coklat says:

    terima kasih banyak..sudah jumpa jawapan hukum kanun 12dalam pendidikan tamadun rom :D

  17. anysmasukf4 says:

    terima kaseh atas nota yang diberikan

  18. Ain says:

    thanks a lots for ur kindness. dis note really help me 4 my revision. simple..terima kasih

  19. erny amylia says:

    thax cikgu azid cause buat nota ni memang berguna untuk buat homework

  20. Ella96 says:

    Now I have more time to do other things rather than sit on the table writing history notes…. :D

  21. gbrieluv says:

    thiz note is very useful 4 me….tnkx you…..

  22. joe says:

    ia nota ringkas yang sangat berguna kepada saya…
    saya boleh menyiapkanya….dengan masa yang tak lama :)

  23. joe says:

    cikgu saya hendak tanya satu soalan
    apa itu DINASTI ? :D

  24. Cikgu Azid says:

    utk senang faham la,dinasti tu sistem pemerintahan beraja dibawah satu keluarga..contohnya dinasti Han,dinasti Ching dan lain-lain.Kalau disebut dinasti Han,bermaksud pemerintahan kaum kerabat cucu cicit piut keluarga han.Raja yang bertukar pun mungkin anak dia dan begitulah seterusnya.

  25. joe says:

    oooo…baru saya faham, apaitu DINASTI,,,
    terima kasih cikgu :D

  26. syam says:

    Notes ni baik punyee.sesuai untuk pembentangan sejarah saya Terima kasih Cg Azid.tolong Jangan padam laman ini
    Terbaikkkkkkkkkkkkk
    Tapiiiiiii nota ni ada Yang x lengkap
    Minta tolong Tambahkan

  27. teyha says:

    thanks cikgu azid

  28. Cikgu Azid says:

    mmg ada tak ;engkap..sori ehh?kalu tak lengkap,hope korg leh wat nota sendiri merujuk pada buku teks..ikut gaya cikgu wat nota..

  29. ieyla shieyla says:

    thanx a lot.. :)<3

  30. Aiman(Panjang) says:

    salam Cikgu Azid… Nota cikgu ini telah membantu saya lebih faham dgn mudah … cikgu ada buat buku or e-book..

  31. fiq says:

    knpe nota sye dgn kwn sye tidak sma padahal dia ambik dekat sni jugak???

  32. fatimah syazwani says:

    nice notes.tq

  33. adeline says:

    this blog helps me alot thanks ……
    thank you ……………………………… :)

  34. eyqa najwa says:

    saya x bape fhm lha ..

  35. Osie says:

    Salam 1 Malaysia..sy ade kemusykilan ni..cgku saya ajar Sukan olimpik adalah sumbangan for tamadun yunani, tp ckgu Azid wrote sumbangan tamadun Rom..so which one is de rite answer?.Thanx

  36. Cikgu Azid says:

    Terima kasih banyak2..cikgu tersilap letak,mmg asal sukan olimpik dr Yunani/Greek/Greece..diambil sempena nama Mount Of Olympus..tempat kediaman Dewa Zeus..terima kasih sekali lagi..cikgu akan ubah..

  37. arif fitri says:

    terima kasih.,.,.,dengan nota ni,sye lbih senang untuk membuat kerja kursus

  38. Study hard says:

    erm btw still got where i can get ACcoutn Note? Someone know?

  39. Study hard says:

    after i see this note wrote by c.G azid i more understand what that sejarah (boring) subject to become more attract. Wow Thx

  40. Study hard says:

    c.G azid u can do Account note? ? in malay thank your

    >.< just give me the link at here i will be active to open this website alwasy: ) thx if u done that work

  41. Muhd azmy says:

    terbaeeek lha nota nie…mmng m’ban2 sngt…..snang krja…

  42. watson dana says:

    Great notes..keep it up

  43. Gridselix says:

    Where’s the note for chapter 3(TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA). I’m gonna appreciate it by the way. Thanks ;)

  44. Mariyam says:

    assalamualaikum ckgu , terima ksih atas note ni … senang sy nk baca , copy , … klu ckgu tok wt note ni .. jenuh lerr saya nk cri point2 yg penting kt dlm bku teks … sekali lagi saya ucp terima kasih … ;)

  45. Cg.Azid Keep it up bump bump do more more ~.~ thx

  46. Zamimie says:

    ?????????…….??????????????? ???????????????????????

  47. Zamimie says:

    thaks….Cikgu, it NOTE helps me alot……

  48. nisa' fireflyz says:

    thanks cikgu.. membantu sgt sgt… bagus,,

  49. fieza sahaja says:

    thanx a lOt`s..<3
    admin btOl2 bntu sy buat hmwrk..<3
    thank you soooo muuuchhh..<3

  50. Pn Rosmini says:

    Terima kasih cikgu. Saya baru nak mengajar f4. Hanya mengajar f3 dan tak opsyen pun. Tkasih cikgu memudahkan saya.

  51. fafa rara says:

    senang ckit nk uat nota.. hehe

  52. akram says:

    sekarang sudah senang dgn nota ringkas ini. terima kasih

  53. lumaya says:

    thanks!
    cikgu…ape ape//…

  54. sharwindrao says:

    terima kasih kerana memberi nota yang ringkas… nota ini membantu saya….. :)

  55. ZAHIR says:

    TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA CIKGU AZID ATAS NOTA INI…SANGAT BERGUNA…

  56. firefly157 says:

    kalau boleh sediakan contoh soalan dan jawapan sekali,, terima kasih,,,

  57. Anonymous says:

    terima kasih :) nota senang difahami ^^

  58. aiiinn says:

    love it so much….thanx a lot…
    it’s really help me…

  59. afila says:

    ermmmm…nk tanya demokrasi apa yg ade dlm bab 2 ni?

  60. kayash says:

    terbaik !!!!

  61. seronok le!!!!dapat nota sejarah

  62. isher says:

    waaaaaa… amat menbantu!!!! .. trime kasih cikgu ….. dgn nota nie … saye yakin boleh skor sejarah….

  63. ARE_TieyQhah LatiFF says:

    thanks a lot cikgu for this note…..

  64. assalamualaikum…

    nota yg ringkas,padat.dan mudah di di fahami….

    terima kasih..

  65. one_nieyZZ says:

    nota ni sgt bgus!!!! Terima kasih ckgu…

  66. Shahril says:

    haha..simple..thanks la ckgu

  67. syafieza says:

    nota ney bnyak m’bntu dekt2 exam ney..n snang nk fham…thank

  68. HangTuah says:

    thanks cikgu for the notes! :D

  69. aiman says:

    terrrbbbbaaaaeekkkkkkk…………..

  70. THARA says:

    Hi, thank you for the notes. It really helped me to do my short notes for Sejarah. :)

  71. AiMan says:

    Terima Kasih :D Minta halalkan :DD

  72. Shaira_sc2 says:

    TQ cikgu azid…blog nie dpt bntu sya buat nota ringkas yg dsuruh o ckg sej sya..trima kseh byk2x…n_n

  73. gabriel says:

    nk komen skit..da byk ksalahan ejaan dlm blog nie..hrap ckg dpt baiki blik lha..trma kseh…nota yg ringkas dan mnarik..^^

  74. acad says:

    cikgu ade kurang cikitlah…..still update..
    trimas cikgu……
    krane byk mm bantu……

  75. jennifer says:

    nota yg bezz!!i like sejarah!!huhu..

  76. reeni says:

    thanks cikgu.. siap jugak module saya..

  77. alyn says:

    siap jugak kerja saya…thank you cikgu..

  78. linda says:

    terima kasih ckgu! Sebelum ni saya tulis nota sampai nak habis setengah buku.. tp lepas dpt nota ringkas ni, tak payah dah nak bazir muka surat lagi…hihihi :)

  79. Thxx Cikgu Azid.. :D

  80. Michelle says:

    Thank you so much! Ur truly a dedicated teacher! U have been so hardworking to actually create a blog just to help us all! I wanna thank you from the bottom of my heart :) Its people like YOU who make a difference in this world. Keep it up :)
    oh and by the way,

    AMAZING NOTES :D
    (:

  81. zahir says:

    salam..bole sye nk tye skit x cikgu..knpe dlm ‘peningkatan ekonomi’ tamadun yunani,dlm bku teks sejarah mengatakn yg :
    “hmpir ‘SUME NGRE KOTA’ mbrikn tumpuan kpde aktiviti’ PERDAGANGAN ‘kecuali SPARTA. keadaan sdmikian wujud krna keadaan mka bumi di yunani BERGUNUNG-GANANG dan ‘SESUAI’ untuk ‘PERTANIAN “…
    tp dlm nota cikgu mengatakn yg :
    ” Semua negara kota kecuali SPARTA menumpukan ‘PERDAGANGAN’ kerana bumi bergunung – ganang ‘TIDAK SESUAI’ untuk pertanian.”

    mane 1 yg btol ek cikgu?? hope cikgu bole jelaskn…

  82. NurHusnina says:

    thanks ckgu . . lega dpt siapkan nota . . hehe

  83. suzy says:

    terima kasih . buku teks tinggal kat kelas . mls nak ambil . guna blog nie , senang sangat . terima kasih 0nce agaiin ckgu :)

  84. Cikgu Azid says:

    Terima kasih,kesilapan isi nota yg cikgu berikan di sini,maksudnya SPARTA hanya menumpukan bidang ketenteraan. Tidak kepada perdagangan. Mmg betul,keadaan muka bumi yang bergunung seswai utk aktiviti pertanian. Cikgu tersalah tulis tu. Sori ye.. :) .. Saje je nak test alert ke tak alert, hehehehe

  85. firah says:

    bagus la note ni..siap homework..haha..tapi it’s too simple..but awesome

  86. aeman says:

    bgus la blog nie..thanx ckgu..:)

  87. zahir says:

    ooh…ok cikgu..time kasih..

  88. KKN says:

    really helping me doing my homework…..

  89. jamizul says:

    terima kasih cikgu..

  90. maria muhamad says:

    terima kasih,, nota rngkas ni mmbantu mningkatkan lgi kfahaman sye.. :)

  91. uchiha amaru says:

    fist of all..tq bnyk2 sgt coz permudahkn kerja skola aq..aq suke blog ni coz dier boleh mnarik rmai pelajar tuk berusaha dngn lebih gigih.. :)

  92. ika says:

    first time saya lulus sejarah,actually sy tak rajin nak baca smua buka text tu sy just guna time buat latihan.tapi nota smua tengok kat sini.hehe :D terima kasih kpda cikgu azid kerana buat blog ni.i appreciated it =)

  93. Dheeya Aqeela says:

    uhh ingat kan susah sngt bab 2 :’)
    rupanyer snang apabila dpt nota yg ckgu bgi
    TRIMA KASIH bnyak2

  94. amirol says:

    trima kasih cikgu azid!!!!!
    :)

  95. GHADDAR says:

    THank Very Much for the notes..i hope next notes more ringkas

  96. azim says:

    terima kasih kerana membantu menyelesaikan homework saya…

  97. fahimah nasir says:

    thanx a lot..snangnya kja kalu cmniey…..search ja smua da..
    snang kta nk wt pmbntgn dlm klaz..xpyh pning2 nk taip….:)

  98. Elias says:

    the notes just made my day a lot happier and its easier to understand, now I can finish my notes faster

  99. angela says:

    awesome..:)

  100. vine says:

    such a wonderful notes provided help me to do revision for my mid term exam thank you so much sir for your short notes

  101. Gegurl says:

    Terima kasih kerana telah mmbntu sye mnylesikan keje kolah sye . ^_^

  102. lydia says:

    OMG!…atlast i m done wit my sej notes……i feel im out from a prison..anyway it realy help me out….thnkzz

  103. anis eshah says:

    tq.. bleh sy siapkn krja skolah..

  104. nawar abd majid says:

    wah!nota mantap…^_^…x yah nk tgk bku rujukan yg tebal agi…jimat msa nk ulang kaji…thanks,cg!!!like it!

  105. Beibei here says:

    Ada yang Cumill ? lols

  106. Hsukllh says:

    Thank you alot , i don my revision already

  107. miss lucky says:

    great note…but need to give some example of spm format

  108. miss lucky says:

    ade nota yg xlengkap..msti buat cara format untuk spm…

  109. Boonie says:

    thx a lot..the note had helped me to have a faster revision..=D

  110. anas says:

    ringkas tapi padat dan mudah d fhami

  111. Nesh says:

    its really works,,,really very useful

  112. THEEPA says:

    happy teacher’s day to cikgu Azid n tq for ur notes

  113. Josephine says:

    thanks teacher!!!

  114. sayu hati says:

    bla3.. aku x paham ape bende pon.. padahal tengah study nie dah nak dekat nak periksa…

  115. fairul says:

    bgus la nota ringkas cam nie..senang nak ingat…

  116. suzy says:

    cmna nak tngok fullpages ? sebab huruf yg hujung tu tidak dapat dibaca dengan jelass . huhu

  117. nadzirah96 says:

    ini je ke nota nye??
    thanks ye…
    nk mskkn dlm ujian kertas 3….2012

  118. calvianah says:

    xbole upload ker ni,.

  119. lolitaaiman says:

    siap pon module sj akuh…

  120. Nisrin says:

    thanks,, dapat gak material siapkan asignment,, =)

  121. rathi says:

    thank you so much.it help me lot to do revision

  122. cik_feridah says:

    thank you cikguu, maklumat yg berguna, beru jerr lepass salin nota. Mlas hadap buku tekss, peningg ! hehehe

  123. adnie says:

    Salam.nota ringkas & padat.Terima kasih :)

  124. Shin Yi says:

    Cikgu,terima kasih atas nota-nota tersebut…Sorry for saying that Dewan Perhimpunan di Athens bersidang 3 kali sebulan bukan setahun :)

  125. Dharsh says:

    terima kasih untuk nota ringkas ini…………

  126. unlly nur says:

    panjangnye………

  127. ina says:

    trima ksih ckgu . .

  128. tasya says:

    trima kasih..blog ni betul2 bantu sya dalam exam open book test

  129. akira mio says:

    ermmm ok gak la ^^

  130. Zzue Zulaika says:

    bgus nyer nta sejarah nim,padat

  131. Umie says:

    cikgu~ nk copy boleh tk? cUz sejarah ketas 3 masuk tajuk nie laa finals exam punye..

  132. sharmah says:

    terima kasih banyak…harap dENgan nota ini kami boleh dapat markah cemerlang dalam spm

  133. farahi says:

    trma kasih bnyk2 :)

  134. etchy jun joo says:

    terima kasih,,,,bolehlah buat ulangkaji dengan mudah masa cuti,,hehe,,,,

  135. bindiya says:

    thnk you so much sir ! i was stuck ! seriously dont knw hw to read history ! tiz blog really helping me :)

  136. Ika Roslan says:

    Terima kasih daun keladi cikd=gu untuk nota ini.Bolah buat rujukan ketika cuti sekolah.

  137. Ibrahim A.Rahman says:

    Terima kasih cikgu. Nota yang ada membantu saya untuk membimbing anak saya untuk SPM 2012. Anak saya baru kemalangan teruk. Kemampuan berfikir lemah. Saya kena bantu walaupun tiada pengalaman mengajar sejarah.

  138. iela says:

    nota2 sejarah nie sgt membantu saya. trima kasih :D

  139. Saiful says:

    this note make me good in history language :) It also can give my mind feel fresh :)

  140. Tanchinhang says:

    Cikgu how to study sejarah with easily to understand it?can u tell me?

  141. Tanchinhang says:

    My history very poor I scared fail my history

  142. Ong Tze Sean says:

    ada salah sikit…
    rampasan bukan ramsapan
    mendapat bukan mensapat
    brahmin bukan brahim…

  143. eika nabila says:

    nota nie byk mbntu sye utk mmahmi sjarah dgn lbih mdlam..trime ksih, yea cikgu ! may Allah bless y0u..

  144. Anis Atikah Sanudin says:

    Thanks cikgu …saya akn manfaatkan nota ini ….
    semoga ilmu yg cikgu bg ni berkekalan hingga ke akhir hayat

  145. ONG TZE SEAN says:

    thank you sir!
    it help me a lot…
    but got wrong…
    shih huang ti mangamalkan autokratk bukan automatik…

  146. wawa lateef says:

    salam..sy nk tnya,,nota nie mmg ikot sbiji2 dri bku tex kan..ade x isi2 yg dibuang…?

  147. aaron joe says:

    sangat bagus….harap banyakkan lagi nota ringkas..

  148. Ariff says:

    Salam cikgu, saya cube bukak website ni kt google chrome, tapi xleh sbb die cakap gamba yg cikgu amik dari website ancientsculpturegallery.com tu ade malware

    http://www.nictasoft.com/ace/malware-urls/4718701/

  149. sii'pyndik says:

    thankkk sangottttt sangot…

  150. Fatin athirah says:

    Thanks fr this, it really really help me with my hw. Thanks so much!

  151. Muhd Fadhil says:

    sya akn cuba memahami subjek sejarah ini walaupun sya x tidak minat utk belajar….all nota is the best…….:)

  152. harith says:

    cikgu azid,apa maksud demokrasi berparlimen?

  153. yusri mars says:

    apo kono eh jang
    \

  154. Izaan says:

    Thank A lot . berguna nie

  155. siti says:

    tq..amat membantu.. kalau sy ada buat nota sy akan share plak. pelbagai lagi bagus kan.

  156. Ashraf says:

    Thanks cikgu . Saya rasa ini memang membantu dalam pelajaran saya . :)

  157. ecah says:

    Tak ada ringkas lagi ke?

  158. ecah says:

    Tak ada lagi ringkas ke?

  159. Nageswary Annamalai says:

    thanks alot.. i hope this notes will help me!

  160. prasanya says:

    thank for give me nota ringas …………….. becauseimwike in sejarah……… iwant pass in this examination …..

  161. nagom says:

    apa ini tak sukalah

  162. Xiao Qing says:

    This note is so useful to me ^_^ Thank You :)

  163. malini says:

    sy berasa puas dgn nota nie… harap sy blh gunakn nota nie di sek. utk belajar.
    terima kasih utk menyediakn nota nie….

  164. hanisha says:

    go and find in google

  165. adiqa says:

    hmm nota yg aq prlukan skrg ni. . .tanx. .

  166. shunesshree says:

    i needed tiz nw…tanzzzz

  167. vjampe says:

    semangat belajar

  168. fareeda says:

    dpat bt pbentgan …

  169. spartakookie says:

    DAEBAK!!! HARAP-HARAP bleh bantu kerja sejarahq

  170. azie says:

    sangat membantu utk belajar.

  171. chek says:

    yeah ! senang nak wat note :)

  172. Hany says:

    thx ckg.mohon copy..sgt mmbantu..

  173. kueisya orangez says:

    seronok la nota2 ni ringkas sgt… :)

  174. ukaysha emani says:

    Pray for me guy’s besok paper 2 history tkut gilaemani tk n gagal so plesh guy’s I need all of u

  175. adamzee says:

    no need to worry emani..u can make it. trust urself.. ;)
    n gudLUK!! ;*

  176. Farhan says:

    tq

  177. linda zahari says:

    nota ni memang yang terbaik laa..lepas ni tak payah tgk buku text yang tebal tu lagi..thanks cikgu :)

  178. cikgu tterbaiiikk! lah ;)
    :D

  179. its very intresting 2 read sejarah
    i like it

  180. livemen says:

    TRIMAS BNYK2 CIKGU!!!!

  181. Snooki says:

    Thank you banyak -banyak cikgu!!!!!!! Nota sejarah saya baru habis. Hehe

  182. ancha says:

    nota yng pdat dn ringkas..

  183. dnivra says:

    cantik dan ringkas… thanks

  184. thamayanthi says:

    why.. not complete..but thanks

  185. saya nak cakap trima kasih pown tidak memadai…tapi saya perlu caka lebih daripada itu… alhamdulillah ada juga makhluk Allah yang sudi berkongsi ilmu…

  186. some kid says:

    Assalamualaikum, cikgu, can I have the permission to use this for my notes?
    Please and thank you.
    This website helps me a lot.
    I owe my deepest gratitude to you.

  187. Jagendran@Chellayah says:

    Thx Very Much..

  188. Ruban says:

    aaahhhh…. why is this chapter too long…….

>