BAB 6:PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.

By Cikgu Azid

JOM PERGI AUSTRALIA,LEPAS TU KORANG CERITA SENDIRI PENGALAMAN KORANG YEKK!!!

BAB 6 :PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.
( 1) Perlaksanaan sistem khalifah Islam.
a) Apakah maksud konsep khalifah.

1. Khalifah dalam bahasa Arab bererti penganti. Dalam konteks tersebut peganti Nabi Muhammad s.a.w. akan memerintah dan mentadbir kerajaan Islam.

2. Khalifah dalam kontek agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

b) Apakah syarat pemilihan khalifah.

1. Lelaki merdeka beragama Islam.

2. Memiliki pengetahuan tentang Islam.

3. Mematuhi perintah Allah dan melaksanakan hukum Allah.

4. Adil dan berakhlak baik.

5. Tubuh sihat, sempurna, cergas fikiran, warak.

6. Pandai mentadbir kerajaan Islam.

c) Bagaimanakah cara pemilihan khalifah.

1. Pertama, musyawarah atau syura – perlantikan Saidina Abu Bakar atas cadangan Saidina Umar dipersetujui ramai.

2. Kedua, cadangan nama dari khalifah terdahulu sebelum wafat – Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebelum wafat.

3. Ketiga, pemilihan dari beberapa calon – 6 orang nama diusulkan dan Saidina Uthman terpilih.

4. Keempat, pencalonan sekolompok masyarakat – Saidina Ali telah terpilih.

5. Keempat – empat cara ini tetap melalui musyawarah/syura.

6. Khalifah ini perlu mengangkat sumpahatau lafaz taat setia iaitu baiah semasa perlantikan menjadi khalifah.

7. Syura bermaksud permuafakatan atau consensus.

d) Apakah tugas khalifah.

1. Memelihara keduduk agama Islam.

2. Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al – Quran dan sunnah.

3. Menitik beratkan sistem politik, sosial dan ekonomi.

4. Mempertahankan negara dari ancaman musuh.

5. Melantik dan melucut pegawai pentadbiran negara.

6. Menjaga kebajikan rakyat agar bahagia dunia akhirat.

7. Meneruskan ajaran Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.

8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui musyawarah.

9. Menguruskan kewangan, perbendaraan, kharaj, jizyah, zakat.

( 2 ) Sumbangan Khulafa al – Rasyidin.
a) Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al –siddiq.

1. Digelar al – Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata – kata nabi.

2. Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.

3. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.

4. Beliau berjasa menghapuskan orang Islam yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.

5. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.

6. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, dan melantik Amir mentadbirnya.

7. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan mawali.

8. Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al – Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.

9. Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.

b) Apakah sumbangan Khalifah Umar al – Khattab.

1. Bersifat berani, tegas, berterus – terang.

2. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.

3. Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah.

4. Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil mujhirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).

5. Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).

6. Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan.

7. Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).

8. Kalendar – tahun hijrah menjadi tahun pengiraan Islam.

9. Tentera – tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah.

10. Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin di Mesir.

11. Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.

12. Pengenalan cukai – cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi (bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam), cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur.

13. Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.

14. Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

c) Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.

1. Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.

2. Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.

3. Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah.

4. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.

5. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.

6. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.

7. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal.

8. Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.

d) Apakah sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.

1. Seorang yang berani, pahlawan, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam.

2. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak.

3. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam.

4. Menghentikan Perang Siffin bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan.

5. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.

6. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi.

(3) Kerajaan Bani Umaiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Umaiyah.

1. Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah b. Abdu Shams (peniaga terkenal).

2. Diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina Hassan b. Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam.

3. Tahap 1- pemerintahan berpusat di Damsyik. Menggunakan geralan khalifah, diasakan oleh Khalifah Muawiyah.

4. Tahap 2 – berpusat di Codova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al – Dakhil.

b) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang politik.
  • Sistem khalifah – ketua pemerintah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
  • Sistem wazarah – pelantikan wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat.
  • Sistem Gabenor – mengetuai pentadbiran wilayah.
  • Sistem urus setia – pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus, mengurus surat dan dibahagikan pula kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman.
  • Sistem hijabah – menjaga keselamatan dan memeriksa orang yang ingin menemui Khalifah.
  • Penubuhan 4 jabatan – jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor pemerintah.
  • Penubuhan Diwanul Jundi (jabatan Ketenteraan).
  • Penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut.
  • Bidang perundangan – hukuman berdasarkan ijtihad berpandu al-Quran, sunnah atau ijmak. Hakim mestilah bebas dan adil
c) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang sosial.
  • Ilmu pengetahuan – Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
  • Lahir ilmuan seperti Khalili ibn Ahmad ( bahasa dan filologi Arab ), Sibawayhi (nahu Arab), Jarir (sasterawan).
  • Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.
  • Tanda bunyi atau baris dalam tulisan al – Quran diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab.
  • Ilmu agama – Ibn Zihat al – Zuhri (hadis), Ibn Jarith (tafsir al- Quran), Hasan al- Bakri (usuluddin).
  • Hospital pertama- dibina oleh Khalifah al – Walid Abdul Malik di Damsyik.
  • Hospital penyakit kusta – dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.
  • Terjemahan pelbagai ilmu ke bahasa Arab – Ibn al – Nafis menterjemahkan buku berkaitan pembedahan.
  • Perkembangan ilmu moden lain – kimia, astronomi.
d) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ke – 2 di Andalusia.
  • Pusat pengajiaan tinggi di Carova – diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang ke Eropah.
  • Perpustakaan Cardova diasaskan oleh al – Hakam II.
  • Bandar ilmu yang lain – Seville, Toledo, Granada.
  • Pusat penjermahan karya Yunani ke dalam bahasa Arab terdapat di Toledo.
  • Cardova juga menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah.
  • Seni bina Islam – masjid Cardova lengkap dengan menara, kubah, dan tiang daripada marmar.
  • Penubuhan baitulmal – mendapat sumber pendapatan daripad kharaj (cukai tanah), jizyah ( cukai perlindungan), usyur ( hasil pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan zakat ( wajib bagi umat Islam).
  • Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangn antarabangsa contohnya perusahaan orang Islam seperti tembikar, perhiasan emas/perak, kulit, membuat senjata.
  • Pertanian – sistem saliran dan penyelidikan benih tanaman.
(4) Kerajaan Bani Abbasiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.

1. Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih tinggi).

2. Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.

3. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.

4. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.

5. akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.

6. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat sokongan.

7. Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.

8. Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah dan Abu Muslim.

9. Ketika pemerintahan Abu Jaafar al – Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad.

10. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.

11. Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan raja).

12. Nama kerajaan ini diambil sempena nama al – abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).

b) Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.

1. Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun – Baghdad menjadi kota intelektual.

2. Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa arab.

3. Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina.

4. Kegiatan penulisan terbahagi kepada 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengarang (dalam bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain).

5. Penglibatan ulama dalam penulisan – fikah, tafsir, sejarah.

6. Iman terkenal seperti Ibn Ishaq (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (fiqah dan ijtihad).

7. Ketika ini berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.

c) Sumbangan Bani Abbasiyah dalam penterjemahan.

1. Terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahsa yunani, Suriani dan Yunani.

2. Orang Islam Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya tersebut ke bahasa Arab.

3. Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang menghargai ilmu).

4. Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya diterjemaah pula ke bahsa asing(Eropah) yang membawa kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance.

(5) Kerajaan Turki Uthmaniyah.
(a) Latar belakang kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

1. Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki.

2. Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir.

3. Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah.

4. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrul. Beliau ialah amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi.

5. Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah uthman memperluaskan taklukan.

b) Perluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah.

1. Empayar bermula di sekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman.

2. penggantinya iaitu Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara.

3. Kemudiannya Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti Bulgaria, Sofia, Albania, Kosovo.

4. Mehmed II pula berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Ron Timur.

5. Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.

c) Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah

1. Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia.

2. Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam.

3. apabila Sultan Selim I menguasai Makkah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia.

4. Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama.

5. Kerajaan ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ul-Islam pila ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa.

6. Dari segi ekonomi- Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat, dunia Islam dan bukan Islam.

7. Hubungan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi.

8. Menukarkan sistem bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakan kecemerlangan individu – mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah.

9. Sistem pendidikan – sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, kolej perubatan.

10. Penulisan ensiklopedia – berkaitan sains Islam.

11. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, rumah.

12. Seni bina – masjid Sultan ahmed (masjid biru) di Istanbul.

(6) Faktor penyebaran Islam ke Eropah.
a) Kekuatan pasukan tentera Islam.

1. Pegangan akidah dan akhlak yang kukuh menjadi asas kekuatan kerajaan Islam menentang Eropah.

2. Semangat Ghazi Zaman Uthmaniyah membentuk semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan Islam. Kesannya – kejayaan memperluaskan kuasa ke Eropah.

3. Sistem ketenteraan Uthmaniyah – senjata moden (meriam besar), tentera berkuda, kumpulan infantry yang kuat.

4. Kumpulan Janissari Uthmaniyah ialah kumpulan elit terlatih dalam perang.

5. Kekuatan armada laut – pada zaman Suleiman al-Kanuni armada ini mengawal kawasan Laut Mediterranean.

b) Politik tidak stabil di Eropah.

1. Perang antara kerajaan kecil di Eropah memudahkan Islam meluaskan kuasa.

2. Kemasukkan tentera Uthmaniyah ke Eropah pada awalnya atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens yang meminta bantuan Orhan menuntut takhta kerajaan Byzantine.

3. Kejatuhan Byzantine – memberi peluang kepada penyebaran Islam di Eropah.

4. Institusi gereja di Eropah runtuh – penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya. Maka rmaai penganut Kristian memeluk Islam.

c) Dasar pemerintahan Islam.

1. Dasar diplomasi dan toleransi – masyarakat Eropah tidak dipaksa memeluk Islam.

2. Kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok diiktiraf, kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri hal keagamaan Kristian.

3. Dasar berasaskan kecemerlangan individu dan bukan keturunan menarik minat orang Eropah memeluk Islam.

4. Kerajaan Islam tetap membina sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan rakyat di jajahan Eropah.

d) Peranan penghijrah Turki dan pendakwah Islam.

1. Ramai orang Turki berhijrah ke Balkan seperti kawasan Thrace, utara Bulgria dan Albania yang didiami ahli sufi.

2. Mereka bersama ahlisufi menarik minat orang Kristian memeluk Islam kerana sifat toleransi. Ahli sufi.

(7) Perembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
a) Kawasan pertembungan tamadun.

1. Khalifah al-Rasyidin (Khalifah Umar) bertembung dengan tamadun Yunani Rom ketika bertapak di Mesir.

2. Kemudian perluasan kuasa ke Baghdad pula menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi dan Islam.

3. Apabila Bani Umaiyah menakluki Afrika Utara dan Sepanyol berlakulah pertembungan antara tamadun Islam dan Eropah.

b) Cara pertembungan berlaku.

1. Perdagangan – Nabi Muhammad s.a.w pernah berniaga di Syam(Syria). Pedagang Islam juga berniaga di kawasan Teluk Parsi hingga ke China ( bertembung dengan tamadun China).

2. Diplomatik – kerajaan Bani Umaiyahh menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol. Mereka bertemu petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia untuk membuat hubungan diplomatic. Kesannya mereka memahami konsep aman dalam cara hidup orang Islam.

3. Penaklukan – kerajaan Islam membentuk ekspedisi tentera dan bertembung dengan tamadun luar, contohnya menakluk Iran/Iraq (tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (tamadun rom-empayar Byzantine).

4. Kebudayaan – kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ. Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab.

5. Intelektual – Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.

c) Kesan pertembungan tamadun dari segi agama, ekonomi dan sosial.

1. Keagamaan – mengubah akidah penduduk taklukan kepada kepercayaan kepada Allah, tetapi Islam tidak menghapuskan adat dan budaya yang tidak bertentangan Islam.

2. Kesan perluasan kawasan yang diperintah Islam – kawasan penyebaran pengaruh Islam diperluaskan.

3. Lahir pelbagai kerajaan Islam – kerajaan Delhi/Mughal di India, kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah.

4. Penguasaan ekonomi – keselamatan lalauan pedagang dikawal oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam berdagang meliputi ke India, Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol, Perancis di barat.

5. Urbanisasi – berlaku kesan kemajuan pedagang Islam.

6. Organisasi sosial – Islam memberi penyelarasan undang – undang yang saksama kepasa semua lapisan masyarakat.

7. pendidikan – merangkumi penguasaan pendidikan agama, sains, teknologi, sejarah, matematik.

8. Tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur telah berubah. Di Sepanyol, ketika pemerintahan Bani Umaiyah orang Eropah bertutur bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.

9. Golongan Mudejar ialah orang Islam minority di bawah pemerintahan Kristian, mereka menyebarkan cara hidup Islam tersebut.

d) Kesan pertembungan tamadun dari segi ilmu pengetahuan.

1. Cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat dan ilmuan Islam menterjemah karya Yunani seperti Aristotle, Plato, Galen.

2. Penterjemahan pesat berlaku kerana adanya perpustakaan yang membolehkan bahan kajian ini disimpan.

3. Ilmu perubatan – Zakaria al-Razi menterjemah karya Galen menghasilakn kitab Al-Hawi.

4. Matematik dan astronomi – al-Khawarizmi, al-Batani.

5. Politik dan undang-undang – al Farabi, al-Mawardi.

6. Ilmu Mantik dan falsafah – Ibn Sina, Ibnu Rushd.

7. Seni bina – Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada.

8. Kesusteraan – Omar Khayyam, Jalal ad-Din.

9. Pengembaraan – Ibn Battuta, al – Mascudi.

  1. Bmm says:

    Cikgu perbetulkanlah no. 2 pasal abu bakaar yang pilih umar tu.. Bukan umar yg cadang. Terima kasih. ???

  2. Pencinta Agama says:

    Maaf yaa .. kalau xsalah yang c tu Abu Bakar yang cadangkan Umar ..kalau salah mohon beri tunjuk ajar

  3. chrendly says:

    tq…..bg maklumat

  4. Macocsv says:

    Saya ni bukan la pandai tambahan pula tk minat sejarah apatah lagi nk hadap buku ..
    Tapi sejak baca blog ni sekian lama … Saya mula minat akan sejarah ! .. Best senanya sejarah ni kalau faham

  5. amira says:

    minta maaf ye , saya tgok num 1 c tu …. bukan ke Abu bakar mencadangkan nama umar sblum wafat ( kaedah cadangan satu nama )

  6. Norasyikin says:

    blog cikgu sangat bermanfaat.. saya copy boleh?
    terima kasih cikgu

  7. Syaff's says:

    Ringkas , padat dan sangat membantu time exam … so i would like to copy your note cause it can help me get ready to face the exam test ..?

  8. sofia says:

    salam cikgu saya hendak minta pendapat cikgu buku rujukan terbitan yang mana paling sesuai.terima kasih

  9. BAVANI says:

    nota ini sgt membantu saya!!

  10. nina says:

    so useful. thanks cikgu. have a great day

  11. HUDA :) says:

    NOTA YANG LENGKAP,AMAT MEMBANTU 🙂

  12. puvaa_puvaan says:

    ………………….

  13. JAI says:

    hebat sekali

  14. fatihah says:

    terima kasih. nota ni berguna utk orang yang malas baca buku teks. terima kasih 🙂

  15. hannah says:

    waaa. thanks a lot ckgu. 🙂

  16. Aalen says:

    can i get esei questions for tiz chapter ? kindly askin for it 🙂

  17. wan18sg says:

    tksckgu

  18. apakah pemerintahan zaman khulafah ar rasyidin telah meninggalkan corak pemerintahan dan pentadbiran cemerlang kepada negara kita pada masa ini ?

  19. grennLadyzZZ.. says:

    bgus…n0ta nii byk bntu sya dlm exam…tpy sya amat ksal…c0z byk slh ejaan…

  20. ohh mamay says:

    terima kasih cikgu 🙂 memudahkan saya belajar .
    tapi iklan innity sedikit menganggu saya sbb tulisan kadang2 tidak boleh
    nampak . terima kasih 🙂

  21. asraf says:

    macam mnew nk skor krtas 3 sejarah???…… Tolong saye… sbab sye bru form 4… 1/10 nie diagnos sbp… sye xthu mcm mnew nk jwab krtas 3 sbb tiada pendedahan awal……

  22. afif fitri says:

    cikgu…jasamu amat dikenang..
    trial spm bru2 nie sye dpt A+
    nie sume 70 percent drpd nota cikgu yg lengkap
    ingatlah cikgu,, anda telah berjaya menyelamatkan seorang murid
    jasamu x dpt dibalas dgn wang ringgit
    semoga dirimu menerangi insan yg lain juga

  23. ShAhmi says:

    thnx cikgu…. nota yg ringkas nk wat rujukan leh???

  24. beena says:

    kamsahabnidda

  25. Ashraff Izad says:

    Mohon copy cikgu.. Terima kasih.. cikgu. jasamu dikenang……….

  26. shu says:

    sye bdk skool lain .btw tq cikgu . terima kasih .

  27. BabyIce97 says:

    Terima kasih cikgu

  28. AIN AMIERAH says:

    saya suke nota nie ckgu nnti saya nux blajar ngan ckgu blh x

  29. kartik says:

    apa benda ini macam tahi babilah

  30. 10x a lot cikgu sure tiz nota wil hlp me in pekse

  31. David says:

    GREAT!!! THX ALOT..

  32. BELIEVE says:

    NOTA YANG BAGUS UNTUK PELAJAR2 TINGKATAN 4 YANG PENUH DENGAN MAKLUMAT

  33. Thanks for information, Cikgu Azid

  34. nur shaliana says:

    macam mana nk download nota ni ?

  35. syuhada mat says:

    perkataan di hujung hujung ayat saya tak boleh nak nampak la. macam mana nak buat ??

  36. Mardiana says:

    makluman kpd CIKGU AZID, tahniah dan trima kasih atas usaha dan niat baik cikgu untuk membantu para pelajar sekolah menengah dalam subjek sejarah dgn menyediakn blog ini. namun harus difhamkn dan diingatkn bhwa cikgu PERLU double check stiap maklumat yg dmuatkn dlm blog ini dan memastiknnya tepat, benar dan x brputarbelit. skiranya tidak, stiap pelajar yg melawat blog ini dan mengambil maklumat dr blog ini akn mndpt maklumat yg slh. sy mendapati trdpt plbagai kslahan ejaan, dan sdikit putar belit maklumat dlm nota tgktn bab 1 hingga 4. trdpt jga nota yg x penting d muatkn d dlm ttp maklumat yg penting pula x dmuatkn. oleh itu, dnasihatkn stiap mrka yg mlawat blog ini, sila cuba jga cari inisiatif dan alternatif tmbhn utk mngukuhkn lg pengetahuan dl sejarah.

  37. quzier hahlan says:

    cikgu,bleh x bgi kejayaan MALAYSIA dri segi politik,ekonomi,sosial ??

  38. fatinitarmizi says:

    thank you cikgu 😀

  39. afiq says:

    tumpang tnya sya rasa ada silap sikit kat dalam bahagian 1.c no2 (2. Kedua, cadangan nama dari khalifah terdahulu sebelum wafat – Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebelum wafat.)
    ada kesalahan cikgu laitu yg sptutnya saidina abu bakar memilih saidina umar sebelum saidina abu bakar wafat kerana saidina umar khalifah yang ke 2 sekian….

  40. visha says:

    thank u so much..i can really use this 4 my paper 3 sejarah…

  41. muhd arif says:

    cikgu boleh tolong senaraikan kesan sej bab 6 kepada negara kita x?

  42. telageswary rajendran says:

    thx cikgu……..nota yg mudah………skrg x payalah baca dr bk teks……….blh baca ni je lah…………

  43. tyra says:

    gile r…..bapak panjang doe,,,x leh pnjg agy er???py ape2 un oke r dry buku teks y cm karangan uh….pening siotttttttttt..berbelit2 cm ular toq….

  44. aNwaR(apek) says:

    pergghhh.. . skrg sume dalam tangan, brgune sgt,, nice! 🙂

  45. nur 'asmat says:

    cikgu..mcm mne nk buat untuk paper 3 sejarah…sye nie truk skt dgn soalan kbk nie…selalu nye sye At laa untuk sejrah..tpi terus dpt jatuh lps sye jwb untk paper 3 punye…

  46. Hanis says:

    thx ckg.betul2 tolong sye.mohon copy paste…

  47. mas says:

    thanks cikgu .. mmg complete gile ..
    mempermudah kan kitorang nak jawab kertas 3 nanti ..

  48. faiz says:

    complete kot..thanks

  49. syakirah says:

    terima kasih cikgu. sedikit sebanyak dapat membantu saya menjawab peperiksaa. terima kasih sekali lagi.

  50. azra atiqah says:

    nota yang mudah….senang gile nak buat untuk paper3:D

  51. Sha_angel says:

    thanks 4 the notes teacher. it might b useful 2 my kertas 3.

  52. jash_rishti says:

    thanks for the notes…

  53. shaah(gurlz) says:

    teacher , tenks a lot for this note , its very usefull for me , n my frens .

  54. azwan ismail says:

    cardova atau cordova cikgu….tolong saya

  55. NORASYIQIN says:

    kertas sejarah 3 .. tak sure boleh jawab ke tidak …

  56. NORASYIQIN says:

    THANK YOU for this note sir :’)

  57. Nabila Khir says:

    Nota yg ringkas tapi padat, sesuai untuk open book test 🙂
    Thank You 😉

  58. ace hunterz says:

    tq ciikgu tp leh x bagi nota untuk kertas 3 peperiksaan akhir thn???…

  59. jo3 Wa2y says:

    oi…….cikgu apalah ko bagi banyak ni susah la babi la u ni cibai……lancau

  60. suraya says:

    mcm mne nak jwb paper 3,,
    n tlg bg petua untuk ngat sjarah..

  61. putre anis says:

    cikgu,bleh x tlg tunjukkan contoh paper 3 sejarah nie….
    sye rse cam ade yang x cukup je….
    please help your student….please…

  62. zianasyera says:

    hohoho…0_o

  63. megawawa wawa says:

    makasih note

  64. Nadiah taha says:

    salam. cikgu nak rumusan untuk tajuk ini ..

  65. Sabrina says:

    Salam,nota yg cikgu paparkan sanggat ringkas dan senang untuk difahami kalau cikgu jadi saya punya guru sejarah comfirm dapat A+ punya!!! AMIN……

  66. Francis Ong says:

    bagus cikgu ini,boleh meet x?
    haha

  67. hi cikgu azid ! 🙂 nota cikgu berkesan sangat . thankyou . saya adriana daripada smkp sri aman . daripada haritu saya tak faham bab 6 ni . tapi saya dah baca cikgu punya nota ringkas ni sangat faham

  68. brandon says:

    thanks for the notes, it helped alot 😀

  69. Wanie Aziez says:

    thanks , nota banyak membantu saya 🙂

  70. shy8 says:

    cikgu penyelamat sy dlm kepompong hw yg sdg menghantui saya…tq

  71. ShahRiL Dye says:

    nota ni mmg bagus laa.. :p

  72. fana says:

    waa..best la blog cikgu azid ni.nota dye pon ringkas n senang nak paham.pasni xyah pening2 pale lagi klu nak faham sejarah.tekan je blog sejarah cg azid ni.he he he

  73. farah says:

    alhamdulillah.. bestnya baca nota bab 6 di website ni..
    terima kasih cikgu !!

  74. fahmie says:

    nota ringkas dan padat…..terbaik!!!!

  75. amira says:

    rimabest giler nota nie………….trima kasih bg nota yg rngkas.
    🙂

  76. anis says:

    nota ni memang bst…..^_^
    🙂

    😀

  77. sue_iezmiey says:

    ahah…
    sesuai sgt untuk students yg mcm korang….
    :V

  78. are_niez says:

    nota neyh bgus sgt 4 all student mcm kita orang….
    :v

  79. muslimah girl says:

    nota nie best laaaaaa.blh bg kta buat rujukan.

  80. are_niez says:

    mudahnya nota sejarah neyh….
    x perlu nx ikowt text book sgt…..
    😀

  81. sue says:

    mohon share nota2 cikgu utk rujukan P&P ckgu baru spt saya. terima kasih 🙂

  82. leene says:

    thank u 😀

  83. muhammadafiq says:

    huhu trima kasih la… nti nk saling and nk tiru waktu ujian la haha

  84. nasuha says:

    time ksih….sy mntak izin copy,ye?nota ini byk membantu sy… 😀

  85. Brotherhood says:

    Terime kasih banyak2 . nota ni banyak membantu .

  86. faris says:

    Cikgu Azid,dekat Bahagian Pemilihan Khalifah tu,no.2 Cadangan nama drpd Khalifah terdahulu,sepatutnya Saidina Abu Bakar yg mencadangkan nama Umar Al Khattab,bukan sebaliknya,apa2pun nota cikgu banyak membantu kefahaman saya dlm sejarah =)

  87. Apple says:

    nk copy boleh ? huhu , thanks 🙂

  88. Nadia Sabrina says:

    Tenkiu vvvvvm lagi, Cikgu!

  89. thanks for the note… 🙂

  90. zulhilmi says:

    mekasih cikgu!! 🙂

  91. danial says:

    tq ckg….i like it

  92. allyn fauzi says:

    thanks a lot cikgu.. nota nie mmg best…byk membantu saya…

  93. juan ganu.. says:

    cekgu…
    nota ckgu kter ambek erhh paroh2…wt toyol sket esokk…
    hahahaha….hrap dhalalkn laa k…

  94. hanis says:

    salam ckgu leh x ltak an latar belakng saidina ali bin abu talib..and cmue data khlifh..

  95. Raziman196 says:

    Adoiyai… esok pekse!

  96. aqidah says:

    cikgu nota ni best r

  97. aan says:

    sye rse bahagian cara pemilihan khalifah tertinggal mengenai pemilihan saidina umar sebagai khalifah….kalau sye salah minx maaf..

  98. sipzz says:

    nota ni mcm tak lengkp pun.. soalan buku teks tak blh jawap

  99. Zamarul says:

    ni mesti kes tak tgk menu kat belah atas sekali blog ni..semua nota dah lengkap..len kali tgk elok2 ye Aqidah..

  100. aqidah says:

    tolong lengkp kn smua nota leh x?hu..hu..

  101. Cikgu Azid says:

    samo2..kemah doh tu..mudoh2n menjadi sek kito!!hahaha..tinggal ngejah ckit je lagi bulih ke A..demo stadi ngn wat latihe byk2..insyallah menjadi..

  102. Ore Klate says:

    trimo kasih cikgu…
    mudoh2 he berkat ilmu cikgu..
    lngkap sungguh nota ho cikgu wi ke sayo nieh,,,
    molek la…
    mudoh sekit nok baco biku teks nota pnuh ngan ilmu didada….
    hahaha….
    cikgu doa lah ke sayo deh…mugo2 bjayo dale pljare sejaroh nie…
    sayo lemoh sekit sejaroh nie…bleh C ngan B je tiap kali test..
    skali lagi trimo kaseh bnyok cikgu….

  103. Faeez says:

    TQ cikgu…!!!
    minggu dpan nk exam niy..
    lengkap tol nota niy…
    haha..!!

  104. Alsitisya says:

    best…lengkap…..minggu depan nak exam ni…
    bace.,.bace

    thank you ye

  105. Firdaus jahaya says:

    Ini sdikit-sbnyak dpt membntu sye dlm membuat nota,trima kasih cikgu

  106. are sya says:

    thkns cikgu….:-D

  107. are sya says:

    tq coz anyak sg mklumt tntg note sej nie….tme ksih anyak2

  108. Cikgu Azid says:

    terima kasih..rajin2la jenguk blog sej ni..

  109. rinbi says:

    lengkap gak ea nota at website nie….

  110. dalila says:

    time kaseh cikgu.. 🙂

  111. nur asyira says:

    ble x bgi subgn bani umaiyah dr segi ekonomi plak….????

>