BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

By Cikgu Azid
BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
( 1 ) Pengaruh Islam terhadap politik.
a) Pentadbiran.

1. Sebelum Islam institusi raja dipengaruhi konsep dewa – raja ( tradisi Hindu – Buddha ).

2. Kedatangan Islam membawa konsep Zillullah fil – alam dan Zillullah fi – ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka Bumi. Bermakna pengesahan kewibawaan raja berlandaskan Islam di beri kepada raja.

3. Konsep Khalifatul Mukminin pula bermakna pemimpin orang mukmin, gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Syah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Pahang.

4. Dalam tradisi Hindu Buddha raja dinasabkan kepada keturunan dewa, pada zaman Islam sultan dinasabkan kepada tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain.

5. Zaman Islam sultan masih kuasa tertinggi, tetapi sistem pewarisan masih diteruskan.

6. Sultan dibantu oleh pembesar 4 ( bendahara, termenggong, penghulu bendahari dan laksamana ).

7. Sultan juga mendapat nasihat daripada ulama seperti Sayid Abdul Aziz di Melaka.

8. Adat Perpatih – sistem ini diamalkan di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak di tangan Yang – dipertuan Besar.

9. Konsep daulat telah mengukuhkan kuasa sultan – konsep ini tidak bertulis tetapi dipercayai kebenarannya sehingga menaikkan penghormatan rakyat kepada sultan.

10. Daulat diperkukuhkan lagi dengan adat istiadat seperti pakaian, tingkahlaku, bahasa contohnya istiadat pertabalan.

b) Perundangan.

1. Terbahagi 2 iaitu undang – undang bertulis dan tidak bertulis.

2. Undang – undang bertulis ialah peraturan atau hokum dalam sebuah masyarakat.

3. Undang – undang tidak bertulis dikenali juga sebagai adat speerti adat Pepatih dan adat Temenggong.

4. Raja selalunya dikecualikan daripada undang – undang secara praktiknya.

Adat Perpatih :

  • Dijalankan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka.
  • Menyelesaikan masalah secara musyawarah yang dihadiri oleh 12 suku (keluarga besar).
  • Tidak membenarkan perkahwinan sama suku.
  • Setiap suku ini pula mempunyai ketua iaitu Lembaga.
  • Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Buapak memilih Lembaga memilih Undang memilih Yang Dipertuan Besar.
  • Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera.
  • Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu.
  • Anakperepmuan diberi hak mewarisi harta.

Adat Temenggong:

  • Di jalankan di Tanah Melayu selain negeri Sembilan, naming.
  • Berasaskan sistem perilineal, yang mementingkan keturunan lelaki.
  • Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan denga hukum faraid Islam).
  • Diasakan oleh Datuk ketumanggungan dari Palembang.
  • Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu, kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam mazhab Shafie.

Perundangan sebelum Islam – tradisi Hindu Buddha:

  • Tradisi Hindu Buddha disesuai dengan budaya temaptan.
  • Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang membezakan hukuman berdasarkan kelas.

Perundangan selepas Islam:

  • Undang – undang Islam di negeri –negeri Melayu wujud sebelum kedatangan pengaruh British.
  • Kehadiran Islam memperkembangkan undang – undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Kedah, Perak, Johor.

Hukum Kanun Melaka :

  • Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar.
  • Pantang larang anggota masyarakat.
  • Hukuman jenayah.
  • Undang – undang keluarga.
  • Permasalahan ibadah.

Undang – undang Laut Melaka :

  • Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum.
  • Undang – undang Pelabuahn di negeri Kedah mempunyai peranan yang sama dengan Undang – undang Laut Melaka.
(2) Pengaruh Islam terhadap sosiobudaya
a) Pendidikan tidak formal.

1. Pendidikan tidak formal terawal melalui asuhan keluarga.

2. Penekanannya ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.

3. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan, pertukangan.

4. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat, sopan santun.

5. Niali murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran.

6. Pantang-larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua.

7. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa.

b) Pendidikan formal.

1. Pendidikan formal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok.

2. Di rumah tok guru, pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak – anak berusia 7 hingga 15 tahun.

3. Di istana, menurut Sejarah Melayu – pusat pengajian agama terdapat di istana Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemnerintah Melaka.

4. Kitab al-Dur al Manzum (kitab Tasawuf) – sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana kerajaan Johor.

5. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di Istana Melaka.

6. Di istana juga mengajar ilmu politik dan pentadbiran negara.

7. Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikah dan bacaan sembahyang, orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf pada tahap lebih tinggi.

8. Pendidikan pondok pula, pengajiannya menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat.

9. Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau Manis) dan Kedah (Pondok Titi Gajah).

10. Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya.

11. Sistem madrasah – diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.

12. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan, pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga.

c) Bahasa dan Kesusasteraan.

1. Sebelum lahirnya tulisan jawi telah wujud tulisan dalam sastera Melayu seperti tulisan Pallva, Kawi (Jawa kuno), Sunda, kuno, Batak dan Rencong.

2. Tulisan jawi hasil penyesuaian bahasa melayu dan tulisan Arab menjadi saluran pembacaan dan penulisan utama.

3. Istilah bahasa Melayu bertambah kesan pengaruh Bahasa Arab, seperti perkataan adat, hakim, hukum. Kemudiannya ditambah dengan istilah fikah, tauhid.

4. Kesusasteraan rakyat, disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul, binatang, jenaka, dongeng dan puisi seperti pantun, gurindam, dan seloka.

5. Hikayat berkaitan kisah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Abu Bakar.

6. Bentuk puisi syair – Syair Dahulu Kala ( di Terengganu ).

7. Hikayat Saduran Arab Parsi – Hikayat Abu Nawas.

d) Kesenian.

1. Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya.

2. Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak.

3. Seni zaman Hindu Buddha seperti seni candi, seni bina, seni arca di Lembah Bujang.

4. Zaman Islam – seni bina masjid terdapat ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung, Masjid terkenal contohnya Masjid Kg. Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka.

5. Istana raja pula dilengkapi dengan balairung, tempat bersemayam, balai istiadat contohnya istana Melaka.

6. Rumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri.

7. Seni epigrafi ada pada batu bersurat dan batu nisan.

8. Seni khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang.

9. Seni persembahan merangkumi tarian, muzik, nyanyian yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan.

10. Tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka, nazam.

11. Seni muzik pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang, ghazal.

e) Gaya hidup.

1. Perubahan iatiadat pemerintah – dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan, bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.

2. Perubahan akhlak rakyat – ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah.

3. Adab berziarah – seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak – kanak mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum.

4. Majlis perkahwinan, berkhatan al – Quran diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong – royong, bekerjasama dan perpaduan.

( 3 ) Pengaruh Islam terhadap ekonomi.
a) Perdagangan.

1. Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w terlibat secara langsung dalam perdagangan ( memperdagangkan barang Khatijah ).

2. Melaka menjadi pusat dagang kerana strategik ( laluan timur dan barat turut melibatkan pedagang Islam ).

3. Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang lengkap.

4. Laksamana membantu menguruskan hal kelautan.

5. Syahbandar menjadi ketua perlabuhan.

6. Undang – undang Laut Melaka membantu menentukan tugas nakhoda, jurumudi.

7. Di Melaka amat ramai pedagang, dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.

8. Melaka turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang dipertanggungjawabkan kepada Syahbandar.

9. Barangan yang dtimbang seperti emas, perak, dan rempah menggunakan dachim ( dacing ).

10. Kaedah yang digunakan ialah tukar barang dan jual beli.

11. Kejatuhan Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

b) Mata wang.

1. Sistem mata wang adalah alternatif kepada sistem tukar barang atau barter.

2. Mata wang asing juga digunakan di Melaka seperti mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay. Mata wang ini boleh ditukar dengan mata wang tempatan.

3. Umumnya negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang dan nama sultan serta tarikh Islam dicatat pada mata wang.

4. Di Johor wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau Arab.

5. Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.

6. Mata wang emas Johor digunakan ketika Sultan Alaudin, wang emas Johor digelar kupang.

7. Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang.

8. Mata wang emas ini mencatatkan nama dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin.

9. Pedagang Arab menggunakan wang emas, tetapi pedagang Eropah menggunakan wang perak.

c) Percukaian.

1. Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu.

2. Di Melaka, cukai dibayar oleh pedagang sebelum memulakan perniagaan.

3. Cukai paling asas ialah cukai tetap (cukai import) – contohnya pedagang dari India dan Arab (6% daripada jumlah barang ), Jepun dan China (5%).

4. Barang yang tidak dikenakan cukai ialah beras, makanan.

5. Setelah cukai dibayar, mereka boleh berniaga di bazaar – bazaar di sepanjang Sungai Melaka.

6. Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai, contohnya orang asing Kepulauan Melayu (cukai diraja 3%) dan orang asing lain (cukai diraja 6%).

7. Amalan riba dikalangan orang Islam tidak dibenarkan di negeri melayu. Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka.

8. Walau bagaimanapun golongan ceti yang memberi pinjaman dibenarkan menjalankan aktiviti riba mereka.

9. Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta.

10. Wang zakat disimpan oleh Baitulmal yang menyelenggarakan harta kerajaan, wang Baitulmal digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat.

  1. Daniel says:

    great post, thanks for sharing

  2. Faizzul S says:

    yeah!! xpyh buat nota.. blajar dr sini ja XD XDDDDD

  3. dyg r says:

    senang lah blajar kat cne… nak ingt pun mudah,, thxx bnyk2 for sharing…

  4. Crow says:

    Where is Persembahan ??

  5. spana boyz says:

    …nota sjarah at sniy sgt ringkas…dan sye mudah untuk memahaminya…

  6. nur islam says:

    mudah fham nota sejarah ne,,simple pun simple,,best…

  7. Cloud says:

    Cikgu, kenapa terdapat beberapa isi yang tidak berkaitan dengan tajuk? contohnya, Pengaruh Islam terhadap Ekonomi(Perdagangan) :Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang lengkap.

  8. Faizzul S says:

    ckgu tu nk tmbah ilmu kita tuhhh

  9. OTOWOKOLOMO says:

    Note8 cikgu sgt8 membantu. . .ianya sgt berguna utk assignment TITAS sy. . nota yg ada still applicable for secondary school student and even for a university student like me. . .tq. .

  10. dexter says:

    sya bkan pelajar tpi sja nak bca sebagai maklumat tmbhn…thanks for the info

  11. IZARINA says:

    thanx cikgu, saya ambil notacikgu utk bantu pelajar dlm p&p saya…. sayabukan opsyen sejarah pun

  12. azzam says:

    azzam mau lihat keputusan spm tahun ini

  13. maya says:

    saya nak belajar sejarah dengan mendalam. apa pendapatnya?

  14. syafiqah says:

    thanks :)
    no need to bring book anymore ~

  15. nazri's daughter says:

    nice note!!!!…i started using this note from january until now!!..>.<

  16. taeyang says:

    thanks sangat2 cikgu for nota2 ni.. saya salin semua notaa cikgu dlm buku nota saya. sbab nota cikgu sangat ringkas dan sangat mudah untuk saya fahami.. terima kasih cikgu! :)

  17. lingheswaran says:

    tq very much for your notes!!!!

  18. winter says:

    nota x kne dgn tajuk!!

  19. AMIRAH BALQIS says:

    ish..ish.. BAGOS LAH CIKGU NI! TERIMA KASIH CIKGU.. alhamdulillah..

  20. mizah ~ says:

    mudah kn kje . tk yah bwak bku berat merata tempat . thanx :)

  21. malini says:

    as i noe i dpt sedikit maklumat dari nota nie. tapi dimana sy nk cari ttg kejayaan dan cabaran sebelum kedatangan barat hingga sekarang….

  22. Harry Myrrah says:

    Thanks bbnyk cuz post note sejarah yg amat brguna like this.. It really helped us… :)

  23. Hanis says:

    thx ckg.mohon copy paste

  24. afkhan says:

    sejarah is my score

  25. Encik Sotong says:

    Terbaekkkk larh Cikgu Azid , Teruskan Usaha Anda ..

  26. nadnaz says:

    cikgu,,,npe bab8 xde nota

  27. Mardiana says:

    saya rasanya tiba masanya utk sy cari blog lain utk nota ringkas sejarah.

  28. misyi says:

    those yg nk nota sejarah, bleh la bgi alamat. nnti saya hantar kat rumah :) serious ni..

  29. nurfaera says:

    mekasih ya…
    ^__^

  30. aien says:

    mcm mna nk copy nota nie?

  31. aien says:

    kalau nk print ni boley?

  32. eva says:

    Thank you~! :D

  33. insyirah says:

    terima kasih membantu :)

  34. ieeqa says:

    tq ye ckgu

  35. ammar says:

    cikgu. saya nk copy nota ni.. nk guna utk bahan kertas 3 periksa..

  36. aris says:

    saya mohon utk copy nota2 cikgu, boleh? :)

  37. biohazard says:

    wow nice

  38. dian says:

    terima kasih cikgu boleh saya buat bahan kertas 3

    xoxo
    D

  39. yanie nadira . says:

    Terima kasih cikgu ?_?

  40. famiey says:

    thanks ckgu nota ni amt mmbantu syaaaa.. :)

  41. Zali Mustamari says:

    Nota2 cikgu sangat berguna, khasnya waktu2 kecemasan semasa mahu melaksanakan proses P&P setiap hari. Insyaallah, Allah akan permudahkan perjalanan cikgu dan meletakkan cikgu di kalangan orang soleh lagi beriman.

>