BAB3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA.

By Cikgu Azid

BAB3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA.

(1) Petempatan Awal Asia Tenggara.

http://i30.tinypic.com/63ympc.jpg

a) Pembahagian kerajaan awal Asia Tenggara.

1. Terbahagi dua iaitu kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.

2. Kerajaan di Tanah Besar Asis Tenggara seperti kerajaan Funan, Angkor, Ayuthia.

3. Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara seperti kerajaan Kedah Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu) dan Srivijaya.Majapahit (di Kepulauan Indonesia).

b) Bilakah munculnya petempatan dan kerajaan awal.

1. Sumber bertulis dan artifak arkeologi digunakan untuk menentukan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan.

2. Kerajaan terawal adalah Funan (dikatakan abad ke-2 M), buktinya jumpaan langgam seni arca di sini dipengaruhi langgam seni arca Amravati India.

3. Hubungan awal dengan China berbentuk diplomatik.

4. Hubungan awal dengan India berbentuk kebudayaan.

5. Hubungan perdagangan antarabangsa berlaku sejak zaman logam buktinya jumpaan gendang gangsa di Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terangganu), Sg.Klang (Selangor).

6. Hubungan perdagangan dengan Rom juga berlaku buktinya jumpaan manik di Kota Tinggi dan Muar (Johor).

7. Bijih Timah telah diproses menjadi gendang gangsa di Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal.

8. Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana masih belum menpunyai raja.

9. Walau bagaimanapun perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu.

10. Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan maritime berlaku sejak abad ke –5 SM tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke –2 M.

(2) Ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara
a) Bentuk – bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.

1. Kerajaan Agraria – berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut.

2. Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady (Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi – kerajaan Taruma (Indonesia).

3. Kerajaan maritim – berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).

4. Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Funan.

b) Kegiatan ekonomi kerajaan agraria.

1. Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.

2. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.

3. Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.

4. Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.

5. Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.

6. Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.

7. Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.

8. Kura – kura mendapatkan kulitnya.

9. Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.

10. Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan maritim.

11. Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.

c) Kegiatan pertanian kerajaan agraria Angkor.

1. Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus pengairan dan baray, kesannya hasil padi menampung keperluan makanan penduduk Angkor.

2. Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah.

3. Tasik ini turut mengairi sawah padi.

4. Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.

5. Tasik ini amat penting untuk bekalan air minuman.

d) Kegiatan ekonomi kerajaan maritim.

1. Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.

2. Peringkat awal – menangkap ikan, memungut hasil laut.

3. Kemudian menjadi perkampungan nelayan.

4. Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.

5. Hasil lebihan telah didagangkan – maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ), Kuala Selinsing ( Perak ).

6. Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan – emas, timah, rotan, damar, hasil laut.

7. Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.

8. Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang, contohnya Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan barat.

9. Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan atara China dan India. Ini juga mendorong kedatangan pedagang ke dua – dua negara ke situ.

10. Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.

11. Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas – orang Yunani dan India telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.

12. Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.

13. Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.

14. Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).

15. Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di langit.

e) Ciri – ciri kerajaan maritim Srivijaya.

1. Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.

2. Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.

3. Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan India singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya strategik di Selat Melaka.

4. Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya.

5. Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar.

f) Ciri – ciri kerajaan Kedah Tua/Chieh-cha/Kataha.

1. Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11 – menganut agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke –11 hingga 13 – menganut agama Hindu).

2. Buktinya ialah jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha.

3. Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.

4. Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini.

5. Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung dari angin monsun memajukan pelabuhannya.

6. Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagang seperti damar, rotan, timah.

7. Barang dagang juga dibawa dari luar seperti sutera, teh, kaca, manik, tembikar.

g) Konsep saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan maritim.

1. Penduduk agraria yang ramai penduduk (seperti Sailendra) menghasilkan beras banyak untuk dibekalkan kepada kerajaan maritim, sebaliknya kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah China/India seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik.

2. Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil hutan sebagai barang pertukaran.

3. Kerajaan maritim membina kapal dengan mendapatkan kayu yang baik daripada tukang kayu agraria (seperti kayu kerajaan Pegu).

4. Gajah yang menjadi kenderaan raja maritim juga didapati daripada kerajaan agraria di Siam.

(3) pengaruh agama Hindu /Buddha dalam kerajaan awal.

http://www.theage.com.au/ffximage/angkor_wideweb__470x307,2.jpg

a) Proses permulaan kedatangan pengaruh Hindu/Buddha.

1. Peranan Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan.

2. Peranan pedagang atau Vaisya.

3. Peranan Brahmin atau pendeta.

4. Penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya – ikatan tali kulit harimau hanya ada di Srivijaya.

5. Aspek Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang pemerintah di Asia tenggara dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain – di Kedah Tua(Buddha), Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu mazhab Vishnu).

6. Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India beralih mendapat emas di Asia Tenggara.

b) Pengaruh Hindu/Buddha dalam sistem pemerintahan.

1. Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali).

2. Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang – undang, menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah.

3. Rakyat takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja yang mempuntai sakti. Unsure mitos dan lagenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahannya.

4. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah.

5. Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta).

http://wwwdelivery.superstock.com/WI/223/1376/PreviewComp/SuperStock_1376-552.jpg

c) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.

1. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.

2. Raja dianggap raja dewa.

3. Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.

4. Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.

5. Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai tentera dan hakim.

d) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.

1. Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.

2. Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.

3. Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.

4. Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti haim, temenggung dan penghulu.

5. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.

6. Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya).

7. Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ.

e) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.

1. Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.

2. Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan lambing kehebatan raja.

3. Angkor wat dan Borobudur melambangkan order kosmos.

4. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi.

5. Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha.

6. Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.

7. Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.

8. Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.

http://wwwdelivery.superstock.com/WI/223/1890/PreviewComp/SuperStock_1890-70986.jpg

f) Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.

1. Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu.

2. Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.

3. Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.

g) Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.

1. Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.

2. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna, setiap tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.

3. Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.

h) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang.

1. Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang.

2. Candi Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan Mandapa ( bahagian luar).

3. Candi Buddha – memiliki pelan jenis cruciform.

i) Pengaruh bahasa Sankrit.

1. Bidang intelektual – batu bersurat tulisan sankrit mengandungi maklumat agama, pemerintahan, raja. Contohnya di Kutei tentang keturunan raja, di Sg Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha.

2. Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran pahat batu yang tinggi – penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa sankrit.

3. Bahasa sankrit ini juga digunakan dalam kitab – kitab keagamaan dan bahasa.

4. Bahasa sankrit telah disesuaikan dalam bahasa Melayu seperti perkataan dukkha (duka), dorhaka (derhaka).

5. Bahasa sankrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha, Tamil.

6. Bahasa ini menjadi bahan ilmu dan komunikasi kerajaan awal Asia Tenggara.

j) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan.

1. Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabhrata serta Puranas (sastera klasik Asia Tenggara).

2. Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma.

3. Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan dan teater seperti wayang kulit.

4. Karya Mahabrata diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya.

5. Karya Ramayana pula melahirkan HikayatSeri Rama.

  1. kebi says:

    TQ 4 the notes……………aligator…..

  2. Cikgu Azid says:

    hahaha..sama2..aligator tu bukan buaya ke?

  3. yani says:

    terima kasih cikgu azid 4 the notes

  4. akita says:

    salam,
    sy seorang guru praktikum bg subj sejarah,lau bole cikgu bg tips,mcmana nk ajar sejarah spy stdnt x bosan/ngantuk..sek sy x da kemudahan bilik akses internet,sy bergantung sepenuhnya mengajar di dalam kelas

  5. adam says:

    mekasih.nota anda saya gunakan untuk mengajar anak bangsa ..mekasih

  6. HAJAR says:

    SEJARAH FOREVER

  7. Nana Lee says:

    NICE notes ! bleh2 lah saya faham . terima kasih cikgu azid . :))

  8. izzati says:

    thankz ckgu.. nota ny sgt berkesan

  9. gauri says:

    tq very much cikgu

  10. shararaa says:

    thankss a lot cikgu . all this notes , bnyak mmbantu saya :)

  11. yuNie says:

    tQ 4 dHe noTe..ceP noTa aQ…hihihi :)

  12. fara says:

    salam..cikgu, saya nk tnya mengapakh bhasa melayu dikatakan sbgai lingua franca d asia tnggara? tq

  13. fenix says:

    best history teacher i had..

  14. aqidah says:

    nota cikgu semua sy paham bangganyer

  15. assalamualaikum..cikguazid..trima ksih kerana memberi info or mklmt y rinkas dan padat..senang untuk saya memahami..lam bab tersebut..

  16. jane says:

    nice notes

  17. [TK] says:

    mengapakah kerjaan agraria memrlukan brngan mewah dri kerajaan maritim??
    Plss.. jwb kn ea..

  18. nurul says:

    salam..alhmdulilah,dgn adanya nota ni sy dpt fhm sej dgn lbih mudah..saat2 akhir sblm spm ni sy sgt mghrgai nota dr cikgu ni..tlg doakan sy dpt mnjwb dgn tenang ktika spm pda mggu hdpn iaitu, 14 nov 2011 hgga 14 dis 2011…alhamdulilah..

  19. Cikgu Azid says:

    Wasalam..insyallah nurul..cikgu doakan semua pelajar yg menduduki SPM 2011 agar dapat keputusan yang cemerlang terutama Subjek Sejarah. Lagi2 yg rajin melawat blog ini, insyallah dapat A+.

  20. nur says:

    cikgu, saya baru ternampak blog ni, ianya sangat menarik dan saya menyesal tak bacenye sebelum ni disebabkan hayal dengan facebook.erkk -,-. ini pon kebetulan saya search,dan sya sangat bersyukur . esok nak spm paper sejarah. saya hope nota ini dapat membantu saya yang lemah dalam subjek ni. terima kasih saya amat mengharginye :’D

  21. notydeus says:

    time kasih….nota cikgu mmg terbaaeeek…

  22. nurul nabilah says:

    terima kasih ya cikgu.. saya dpt lengkapkan nota kecil saya dgn mudah dan cepat.. :)

  23. ana says:

    very useful notes tq very much :)

  24. mantong says:

    ==’

  25. fiq says:

    terima kasih

  26. nurul anati basirah sulaiman says:

    thank you cikgu Azid kerana buat note and latihan sejarah yang terbaikkkkkkkkk…

  27. nurul anati basirah sulaiman says:

    thank you cikgu Azid kerana buat note and latihan sejarah yang terbaikkkkkkkkk…
    i like it…..

  28. robin hood says:

    stfu

  29. fourzi says:

    thanks u cikgu..

  30. tiresa :) says:

    nasib baik lha ade nota ringkas sejarah,,,
    dpt lha siapkn nota ngan cpt klo x kna belek bku teks brjam2
    tengs cgu Azid….

  31. nor hasima says:

    assalamualaikum cikgu. Saya ni cikgu sekolah rendah dan baru mula menyambung pengajian ke ijazah dalam usia 40 an.boleh tak cikgu bantu saya tentang kaitan budaya dengan pembinaan negara Malaysia?Saya memang kurang pengetahuan tentang sejarah kerana pernah belajar sejarah dalam masa yang singkat iaitu semasa ting1-3 sahaja. Jadi pengetahuan saya memang cetek tentang sejarah. Harap cikgu dapat membantu saya.

  32. Ain aqilah says:

    nota yang ringkas… terima kasih ye… ^_^

  33. nur aina says:

    salam,cikgu. saye tengah cari jawapan untuk soalan -peranan raja dalam kerajaan awal asia tenggara- terima kasih.

  34. pada pendapat saya,sejarah tidak susah kerana ia perkara benar tidak pernah salah

  35. liyana says:

    syukran .. sangat bermanfaat dan memudahkan pelajar .. terima kasih cikgu .. =)

  36. Thayalan says:

    Terima kasih banyak2 untuk nota padat ini…. Banyak membantu saya dalam pengajaran subjek ini…………..

  37. saya nak b’kenalan ngan awak semua leh x

  38. nape awak semua x bls coment saya

  39. x nak lah kwn korang semua

  40. the cat says:

    apa yang terjadi masa kejadian 15 mei

  41. Cikgu Azid says:

    15 ke 16 Mei?

  42. Cikgu Azid says:

    or 13 mei?

  43. ape yg terjadi saya x tengok tv langsung wat kerje sekolah

  44. haikal says:

    terbaek la,,klaw de peta minda lgi cantek,,tq ckgu

  45. alia shamimi says:

    tq cikgu !!~!

  46. wani says:

    salam,cikgu Azid, terima kasih banyak2.
    cikgu, bnyak membantu saya.

  47. khe says:

    I always don’t know how to do note.. When look at the long-detailed’s textbook..hzz. my brain BLANK! Thx for the note.

  48. tasya bie says:

    i love sejarah so much :)

  49. sme lah suke sejarah

  50. nadiey says:

    love history,,,,!!!

  51. fareez says:

    saya dan tapa ske gler note ny..hahha

  52. jiyah says:

    mantap la ! nota nie padat :)

  53. Puvin Rauu says:

    This was ver helpful to me. And it is very useful to me to help me in a big danger. A huge thanx i m wishing to this program.

  54. zaidi yusof says:

    nota sejarah boss…………………..

  55. yanie niena says:

    thanks 4 de note….
    i copy n paste 4 paper 3……:)

  56. faiqah al-mahmudah says:

    thanks ckgu…n0ta ringkas & padat..^_^

  57. anis eshah says:

    tq 4 the note

  58. syafiqah says:

    salam . cikgu nak tanya , apa nilai murni yang terdapat dalam bab ni eh ?

  59. Renoo says:

    tq 4 de notes…….:)

  60. ravintharan a/l supramani says:

    ini adalah satu kebaikkan kepada semua pelajar

  61. Syafiq says:

    nota ringkasan nie membuatkan sya cepat memahami dan senang nak rujuk balik , thnks cikgu Azid :)

  62. angel says:

    mgacau tol advertise tuu .xdpt nak baca full .stress==’

  63. aisyah says:

    t.kasih…atas nota yg baik..untuk rujukan ujian pertengahan open book…mulai 2013..

  64. eila says:

    tengz 4 nota yg ringkas dan padat .harap dpt msok otak dgn rujukan niey ..tengz cikgu .

  65. nurul nur aini says:

    tengz 4 nota yg ringkas niey ..harap dpt msok otak …tengz cikgu ..

  66. Kodir says:

    assalam.. trimas utk nota2 ni.. x sangka.. ade jgak yg murah ati.. sanggup buatkan nota yg cntik utk pelajar2 kt sesawang… smoge ramai la plajar2 yg ikut jejak langkah cikguazid.com ni.. ^_^

  67. No name:) says:

    Terima kaseh atas nota nie. saya tengah cari rujukan untuk kertas 3 sejarah, sebab baru tahun saya ada kertas 3, tajuk nie. doakan saya semoga saya mudah menjawab kertas tu nanti. apa2 pun, terimakasehh

  68. weijohn says:

    thankyou teacher for notes u given. feel like getting A for sejarah now

  69. ANA^ says:

    salam . thnx a lot for sharing ! =)
    i’m currently looking for this note (chapter3) to add more knowledge about this chapter . well , this is the first year we as stdents f4 1996 will answering paper3 . thnx ! thank you ! syukran kathir cikgu =) may Allah bless . your note mmg gempak =]

  70. chok n cangkul says:

    i love history,,,sir azid thanks for the note…i hope this note can help me…its very easy to remember this short note

  71. YaphetS says:

    Nice cikgu! Terima kasih ..

  72. Syazana says:

    Maizatu Akma.. perlu ke berkenalan… ^_^
    thanks cikgu.. nota yg berguna untuk peperiksaan… ^_^

  73. History Fans says:

    cikgu tlong tunjuk contoh jawapan untuk jawab kertas 3 sejarah tingkatan 4.saya mahu secepat mungkin.. tlog

  74. nia says:

    nota cikgu ringkas tapi padat . . time kaseh cikgu .

  75. sweetie pie says:

    complete and easy to study…

  76. sweetie pie says:

    not bad..tp kena bg tahu yg tjuk ni cara jwb mcm mne?

  77. sue yani says:

    thnx… 4 the notes

  78. sue yani says:

    thnx… 4 the notes…. nice

  79. Princesa says:

    Thanks for the notes teacher ! Its really helpful =)

  80. nana nabinar says:

    salam

  81. Nazmi Wildcat says:

    salam~ bgosnye note camni… troskan usaha cikgu..

  82. asyraf says:

    assalamualaikum,,, semoga blog ini diteruskn agar para remaja dpt membuat rujukan disaat2 penting… alhamdullilah.. nota yg ckgu bg amat mudah difahami.. thnkz,, yg baik itu dari Allah dan segala kesalahan dri kelemahan sya.. maaf dipinta jika terksar o tersilap bhasa

  83. adwiah says:

    nice nota…walaupun ringkas tetapi cukup padat dengan isi2 penting yg banyak membantu sya….thankz…

  84. Piragas says:

    Terima kasih utk nota.

  85. SRI KDU students says:

    salam..hi..teacher yazid,sy student dri sri kdu international school,petaling jaya…..nota yang teacher sediakan lengkap dan efektif bagi student2 di luar sana untuk memahami sesuatu peristiwa yang berlaku dan penting pada zaman dahulu …congrats teacher yazid… ;)

  86. azleen says:

    cikgu,, cm mne nk jwb paper 3 sejarah??

  87. adeqsha says:

    i <3 sejarah ..

  88. shu budak skema says:

    salam..cikgu nak jawab kertas 3 dalam esei kan/MANFAAT[KBKK] macam mana cikgu saya x faham…

  89. suzana halibbun says:

    saya suka sangat nota2 nie semua..
    best dan senang d rujuk…
    hehe <3 <3 <3

  90. nabil *ketua kelas* says:

    saya rase kalau buat peta minda lagi bagus….

  91. sejarah nie ada kepentingan dan kebaikan untuk pelajar .pelajar di rumah atau di rumah kawan dan guru .

  92. nur zafirah says:

    tahun depan sejarah wajib lulus :)

  93. rathi says:

    THANK YOU VEY MUCH SIR.IT HELP ME A LOT TO DO THE REVISION

  94. izatul ain says:

    thankz a lots…

  95. umi aisyah says:

    trima kasih notanya …
    dpt jga skit2 nota untuk kertas percubaan untk form4
    kertas 3 100 markah …

  96. aniyzah says:

    cg cm na nak donwload note nie..?blh x cg hntr kn note sej nie kat email yahoo sye? nie nma email yahoo sye cg (mie_ezzra@yahoo.com

  97. qistina says:

    mmg terbaik. nota ringkas dan mudah difahami.

  98. amy syahiera says:

    Terima kasih cikgu . Nota nie sangat membantu saya untuk memahami sejarah :)

  99. suren rao says:

    thanks a lot because this notes help me during my SPM Exam! thanks

  100. vinosha says:

    10q to short note sejarah……………………..:)

  101. Fakhrorazi says:

    Salam cikgu.ada soakan sport x??

  102. ZACK SYEREEN says:

    CKGU THANKS ERK NASIB BAIK SY CARI DLM LAMAN WEB…LAU X MESTI XDAPAT JWB EXAM HUHUHUHU….

  103. armila azira says:

    the note is super awesome but the unicef advertisement is kinda disturbing..bleh x remove?:)
    terima kasih..

  104. syazz anna says:

    sangat membantu… terima kasih.. :’)

  105. syazz anna says:

    esok exam sejarah paper3, malam nii baru nak cari info…,, mekasih banyak banyak untuk nota nii cikgu… senang sikit hati saya nak jawab paper esok… many thanks… :)

  106. vieysha says:

    i think tis notes r helping 4me !!! cn past wit tiz notes .. thx !

  107. azmira says:

    cikgu tlg trangkn nie>>>huraikan sejarah kerajaan awal di asia tenggara dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini….

  108. ROZAIDAR ISMAIL(DaT) says:

    TEnz 4 nota nyieh cikgu wlaw sya x knal ckgu tp nota y bnyak mmbntu.bleh egt neih ..last exm t utk pper 3.

  109. sundari says:

    cikgu macam mana nak buat kertas 3 sejarah..tolong//

  110. AMMARAZRI says:

    BETOL 2 BOBOIBOY

  111. AMCHA says:

    BOOOOOO
    SOALAN X BEST

  112. amSHA!! says:

    cikgu terima kasih

  113. epul cepoi says:

    terima kasih

  114. AwesomeNik says:

    effective notes! thanks alot cikgu azid :)

  115. IsMi Eiza says:

    sng nak fhm n0ta cmni…mintk dihalalkan ye cikgu ^___^
    nak c0py and paste utk ulg kaji PAT ny..
    syukran jazilan cekgu !
    :)

  116. isal says:

    sejarah mmg best…
    suka ngn sejarah..
    tetibe jatuh hati ngn subjek sejarah..
    lpas baca nota2 ringkas cikgu azid..
    terima kasih byk2 cikgu yee..
    bersyukur sgt dpt jmpe blog nieh..
    hehe..

  117. akileyaa says:

    Terima kasih cikgu Azid. sgt berguna. (Y)

  118. Manej Kumar says:

    Memang terbaik lah, cikgu

  119. nursalam lee says:

    kami paper 3 masuk bab 3 tkod2 bru kalut cri bahan dri internet :)

  120. Nathiya says:

    i hate sejarah

  121. ELYIA SYAFINAZ ABD RAZAK says:

    minat sejarah tapi ade rase takut dan kurang keyakinan untuk skor A!!!

  122. alin says:

    boleh send soalan tentang form 4 bab3 punya kbkk soalan ke hotmail ini kah(milu.chong@hotmail.com)

  123. Nazrul says:

    thanxs give me that note.:-)

  124. Hamba Allah says:

    Assalamualaikum cikgu ! Terima kasih di atas nota yang telah diberikan . :)

  125. nik says:

    time kas ckgu azid atas bntuan yg d’berikan….:)

  126. Hanis says:

    thx ckg..mohon copy paste

  127. samsul says:

    cikgu memang terbaikk

  128. ArE_ZhAr says:

    tebaik ..apa petua panday sejarah ne chekgu??..resepi2 utk bejaya . .ajar lh ckit ckgu..hehehe

  129. tavinkumar says:

    i can easily remember

  130. xdxdxdchung says:

    thx a lotz..

  131. razali says:

    tq 4 your notes

  132. ikma says:

    nota yg padat dan mudah difahami…..

  133. ikma says:

    nk buat esei pun boleh rujuk kt sni…

  134. ainnay says:

    terima kasih untuk nota ini.. :)

  135. random says:

    time kasih cikgu…ringan keje saya. tapi x leh ambik ringan saya tau.. saya akan cuba mahir utk memahami sejarah. terima kasih utk nota ni cikgu..

  136. bacalah komen saya kalau rajin n kalau anda bijak says:

    macam ramai student@pelawat blog ini mncadangkan bahawa nota ini akn jd lebih menraik skiranya dbuat dlm bentuk peta minda. skrg tahun 2013 trdpt bbrapa sekolah d Malaysia yg dijadikn sekolah rintis utk mnggunakan peta minda brkonsepkn I-THINK yg diamalkn stelah skian lama d negara2 barat. sy adalah slh seorg plajar yg mnuntut d slh sbuah skolah yg dpilih sbg sekolah rintis trsebut, sy mndpti peta minda brkonsepkn peta I-THINK amat mmbantu dlm proses P&P, alangkah baiknya kalau blog yg brkonsepkn peta I-THINK ini tlh dwujudkn. tp sy x jumpa stu pun blog yg mnyediakn nota brkonsepkn I-THINK trsbut mungkin krn ianya masih baru dperkenalkn dn blum dketahui ramai oleh pljr d malaysia.

  137. yuyunci aena says:

    mekasehh atas nota nota yang cikgu bagi ini, ia amat memudahhkan saie untuk mencari jawapan dan faham ;)

  138. eylasiibudaksukasamayangnamanyakedamaian says:

    terIma kasIh cIkgu..saya daPat LengkaPkan nOta sejarah sayA dEngan cPat dAn Lengkap..terima kasiH…

  139. eylasiibudaksukasamayangnamanyakedamaian says:

    terima kasih cikguu…

  140. tharani says:

    10q…4 the notes

  141. ainatulmardhiah says:

    thanks cikgu for the note. jasamu dikenang :)

  142. Naim Syafiq says:

    thanks cikgu,….

  143. Neena:) says:

    yay!!!…thank u teacher!!!!

  144. Neena:) says:

    thank u teacher!!!!! :)

  145. bharathan says:

    very use full things i like it thank u so mach i learn very qiukly…….=}

  146. hafez says:

    salam cikgu azid soalan kertas 3 sejarah kena buat seperti karangan ataupun contoh diatas ? :)

  147. nesa says:

    alahai… paper 3 mcm mne ??

  148. myrakey asam raz says:

    paper 3 paper 3 paper 3 ….. kne hadapi jugak , tpy cam ne ? nseb baek ade nota cikgu . sya na copy abes na msok dlm paper 3 tros .. selesai .. #budakbarumasukform4

  149. Hany says:

    thx ckg..mohon copy..sgt mmbantu

  150. khanan says:

    mohon copy yer cikgu ..
    terima kasih ..

  151. Deeviya@viya says:

    Hi sir! tq 4 the best notes…………thz notes help me during my paper 3 exam………….ni score the best of the notes……..tq

  152. Lily says:

    Terima Kasih banyak banyak! Amat membantu

  153. prian says:

    i dont udenstand pangaruh bahasa sankrit

  154. Umie kalsum says:

    Mane latihan, xjmpe. Hhehe :D

  155. hasmeizzra emani says:

    Thanks a lot sir.with this note I learn history before this I don’t intres with history but now I very love it

  156. sabri says:

    thinks ckigu ….nota yang lengkap … ^_^

  157. ainadya5 says:

    assalamualaikum cikgu .time kaseh cikgu ,nota cikgu bnyak membantu saya !

  158. Rao says:

    Terima kasih bnyk2 ;-)

  159. ayoh says:

    knapa tade jwapn soalan kbkk ? ssh r solan kbkk tuh ..

  160. yusran says:

    salam cikgu..sy nk mnx izin utk post nota2 ni d fb spye laen kli snang sye nk ulangkaji…blh cri kat timeline sye je..dsamping dpt tlog skit2 org yg tgh cri nota2 snang mcm ni..harp ckgu bnarkan

  161. amin says:

    good note

  162. BabyIce97 says:

    Terima kasih cikgu!! Nota ni best!!

  163. syahira izzati says:

    bagus sangat , kalau boleh tolong sediakan soalan sekali untuk setiap bab .
    anyway , thanks a lot for all the notes given :)

  164. bagusnye website ni, bro!!!!! nampak moto gua takkkkkkkkkkkk

  165. batrisyia iliyana says:

    i like this, it help me do my homework and my note :)) thank for help :))

  166. Diam lu semua says:

    Diam lah woi jgn banyak coment!!!!!

  167. diana hamzah says:

    haritu dekat nak PAT saya cari blog cikgu dah takde .. susah nak study .. cari blog lain pon tak lengkap .. nota cikgu memang banyak membantu .. terima kasih :)

>