BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Tingkatan 5 Sejarah

1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

– perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air dari penjajahan.

  1. Nyatakan faktor-faktor kemunculan nasionalisme.
  • Dasar penjajahan Barat
  • Pengaruh agama
  • Karya kesusasteraan
  • Sistem pendidikan
  • Kemunculan golongan intelektual
  • Pengaruh Media Massa
  • Sistem pengangkutan dan perhubungan
  • Pengaruh luar
  1. Nasionalisme di Asia Tenggara dibahagikan kepada dua tahap. Lengkapkan jadual di bawah.
Nasionalisme di Asia Tenggara
Tahap 1 Tahap 2
1. Penentangan masyarakat secara terbuka bersifat setempat.

2. Tidak berorganisasi

3. Isu-isu agama, budaya dan hak pribumi menjadi factor utama

4. Menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik.

5. Menuntut hak mereka dikembalikan dan tidak menuntut kemerdekaan segera.

1. Lebih radikal.

2. Berorganisasi

3. Muncul selepas gerakan tahap pertama yang sederhana gagal.

4. Dipimpin oleh golongan berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.

5. Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan yang berdaulat.

  1. Lengkapkan jadual di bawah.
Tokoh Parti Politik / Pertubuhan
1. Andreas Bonifosio Katipunan
2. Soekarno Parti Nasional Indonesia
3. Nguyen Thai Hoc Viet Nam Quac Dang Dang
4. Aung San Dobama Asiayone
5. Nai Pridi Panomyong Parti Rakyat
6. Ho Chi Minh Parti Komunis Vietnam
  1. Nyatakan ciri-ciri nasionalisme di Thailand.

Tahap 1 :

 kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat di raja dan juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.

 kesan perkembangan system pendidikan Barat menjadikan intelektual Thai terdedah kepada fahaman liberal dan demokrasi

 kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravurd menyebabkan rakyat tidak puas hati

Tahap 2 :

Perasaan tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

  1. Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara.  

2.1  Filipina :

Pada tahap 1 nasionalisme di Filipina  dimulai oleh gerakan dakyah pimpinan Jose Rizal dan disokong oleh golongan pertangahan berpendidikan Barat. Nyatakan tuntutan pejuang tahap 1 ini.

pejuang menuntut supaya Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol

bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti yang diperolehi oleh bangsa Sepanyol

diberi kebebasan bersuara

Pada tahap 2 nasionalisme di Filipina dipimpin oleh Andreas Bonifacio yang berjuang secara radikal. Nyatakan tuntutan tahap 2 ini.

 penubuhan Katipunan oleh Andrea Bonifacio

penentangan secara radikal terhadap sepanyol

 matlamat perjuangan adalah untuk menyatukan rakyat Filipina dan memperjuangkan kemerdekaan secara revolusi.

  1. Perjuangan kemerdekaan di Indonesia terbahagi kepada dua tahap.

Nyatakan secara ringkas perjuangan pada Tahap 1.

 memberi perhatian terhadap isu-isu pendidikan

 hanaya pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia

 Raden Adjeng Kartini memperjuangkan pendidikan untuk kaum wanita melalui karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa.

  Muhammadiyah berusaha menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Membina sekolah, klinik dan masjid

Nyatakan secara ringkas perjuangan pada Tahap 2.

 perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia

parti-parti politik lantang menuntut kemerdekaan dengan cara kekerasan

  1. Nasionalisme Indo-China. M/s 20
  • Perjuangan nasionalisme di Indo-China pada peringkat awal dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai dari golongan Mandarin.
  • Perjuangan pada peringkat awal ini bertujuan untuk memulihkan  Sistem pemerintahan beraja.
  • Selain daripada itu perjuangan nasionalisme Indo-China juga dipelopori oleh Golongan Menengah Berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat. Perjuangan nasionalisme tahap 2 di Indo-China bersifat radikal dan di pengaruhi oleh Viet Nam Quac Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam

Nasionalisme Burma.  

1.Nasionalisme Tahap 1 di Burma dipimpin oleh :
a.Golongan sami Buddha         b. Golongan elit berpendidikan Barat

2.Terdapat satu isu yang digunakan oleh pejuang nasionalisme di Burma untuk membangkitkan semangat menentang penjajah. Apakah isu tersebut ?
Isu Kasut

3.Nyatakan kesan Laporan Montagu-Chalford.
Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri

4.Pada tahun 1920 berlaku revolusi pelajar di Burma. Nyatakan tuntutan mereka.
1920 tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan universiti untuk mereka

5.Golongan Thakin telah menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada 1935 untuk menuntut kemerdekaan. Senaraikan nama-nama pemimpin Parti Dobama Asiayone.
Aung San, Kyaw Nein dan U Nu.

RANGKUMAN RINGKAS BAB 1 :-

Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara :

• Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat

• Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir

• Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)

• Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro

• Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.

Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina :

• Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat

• Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat

• Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah

• Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar

• Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda

Maksud Sistem Encomienda :

• Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan

• pemerintahnya diketuai encomiendero

Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina :

• menjaga keamanan

• mengutip cukai

• mengkristiankan penduduk barangay

Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.

• mengenakan cukai yang tinggi

• mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia :

• pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan

• pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral

• pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan

• pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda

• Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian

• Belanda menubuhkan dewan tempatan

• dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda

• dewan tempatan tiada kuasa perundangan

• Belanda menubuhkan Volksraad

• Volksraad merupakan majlis rakyat

Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British :

• Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung

• pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja

• raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)

• Myothugyi menjadi ketua Bandar

• Ahmudan menjadi pegawai diraja

• Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional

• raja menjadi penaung kepada sami Buddha.

Perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma :

• menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung

• institusi raja tersingkir

• British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat

• British melantik pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma

• British memperkenalkan sistem undang-undang Barat

• British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan

Burma

• Btitish melenyapkan system pentadbiran tradisional Burma

• pentadbiran daerah diambil alih olh Myo-ok(pegawai bandaran)

• British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha

• British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama

• British memperkenalkan majlis Perundangan

• beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.

Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis :

• diitadbir oleh sebuah kerajaan pusat

• pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak

• raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan

• setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin

• pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.

• pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China

Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina :

• Pentadbiran diketuai leh Gabenor Jeneral

• Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris

• Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan

• Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah

• Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise

• kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi

• kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan

• kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina :

• Union Indochinoise merupakan Persekutaun Indochina

• Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja

• Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904

• Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral

• Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.

Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand :

• melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan

• penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan

• Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis

• Penasihat Amerika dalam jabatan kastam

• Penasihat Perancis dalam ketenteraan

Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand :

• memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri

• melantik juruaudit dari Britain

• pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan

• memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak

• pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara :

• Penunuhan Kerajaan Pusat

• Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan

• pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi

• pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan

• Terhapusnya institusi raja

• Raja kehilangan kuasa

• Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus

• Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro

• Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro

• Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain

• Pengenalan sistem undang-undang Barat

• Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat

• rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka

• British memperkenalkan sistem kehakiman barat

• Raja menerima penasihat Barat

• Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen

• Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu

• pembesar tempatan hilang pengaruh

• pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.

126 Thoughts to “BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA”

  1. zafirah nur

    cg.,,mane nota faktor -faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara?

  2. Azmy.fd

    Perkembangan nasionalisme mna???

  3. poo yee

    cikgu ,nota ini belum lengkap lagi kan?

  4. Achai Penang

    Terima Kasih Cikgu…..(^_^)
    Maklumat di atas sngt2 membantu sy,,,

  5. wellhelmina

    mengapakah nasionalisme perlu ada dalam sesebuah negara?

  6. muhammad fikri

    tq cikgu kerana sedikan web ini . . 🙂

  7. iRqem

    mcam pendek sgat la cikgu…..boleh tak detail kan sket je lagi….sket je…mcam buku2 rujukan camtu

  8. best sangt,,,,sejarah,,,,cam ner nk bge dpt A plak yee cikgu

  9. mas bloger

    Assalammualaikum? saya nak minta simpati sangat2 …nak minta skima jawapan untuk soalan tingkatan 5 bagi setiap bab boleh….dan untuk soalan modul…..harap sangat2 …moga Allah s.w.t dapat membalasnya….

  10. jiha

    thank ckgu 🙂

Leave a Reply