BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

3.1 Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa

  1. Apakah peranan Raja dalam sesebuah kerajaan?  (m/s 65 )

(a) memberikan perlindungan politik

(b) menjamin keselamatan rakyat

  1. Nyatakan maksud Kerajaan berdasarkan . (m/s 65 –66 )

(a)  Sebelum penjajahan British :

negeri dengan segala jajahan takluk

(b) Semasa penjajahan British :

setiap kerajaan Melayu sebagai negeri dan sempadan ditetapkan oleh British.

  1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep bangsa?

Sekumpulan manusia dalam suatu ikatan ketatanegaraan  (warganegara sebuah negara ) 

(b) Bagaimanakah bangsa Malaysia dibentuk? 

i..penggunaan satu bahasa kebangsaan

ii  pengamalan kebudayaan kebangsaan dan rukun negara 

3.1.1  Pembinaan Negara dan Bangsa

  1. Lengkapkan urutan peristiwa pembentukan negara bangsa Itali berdasarkan tema yang diberi.  (m/s 68 )
TEMA HURAIAN
 Wilayah Itali terbahagi kepada beberapa wilayah.

Contoh : Venetia, Lombardy yang dikuasai oleh Austria.

 Halau Orang Itali ingin menyatukan wilayahnya dan menghalau orang Austria.
 Realpolitik Amalan realpolitik digunakan untuk meyatukan Itali
 Tokoh

 

Count Camillo Benso berusaha menyatukan Itali berlandaskan pemerintahan monarki
 Kerjasama Itali berkerjasama dengan Napoleon III untuk menetang Austria
 Pungutan suara

 

Benso telah memperoleh sokongan majority untuk menyatukan Itali melalui pungutan suara
 Bantu Itali membantu Prusia menewaskan  Austria
 Balasan Sebagai balasan wilayah Venetia diserahkan kepada Itali oleh Prusia
 Undur Terancis telah mengundurkan tenteranya dari Rom.
 Penyatuan Benso bertindak menyatukan Rom dan Itali membentuk negara bangsa Itali
  1. Lengkapkan perbezaan cara-cara pembentukan negara Islam Madinah dan negara bangsa di Eropah. 
ISLAM MADINAH UNSUR PERBEZAAN EROPAH
Asas Islam  Prinsip  Realpolitik
Piagam Madinah  Perlembagaan  Tiada
Diplomasi, musyawwarah, muafakat  Cara

 

Ugutan. Provokasi – taktik kotor
Kerjasama antara pemimpin  Sokongan  Peperangan
Nasihat majlis Syura  Perlaksanaan pemerintahan  Diktator, monarki
  1. Nyatakan 3 cara pembentukan negara Malaysia.

(a) melalui rundingan

(b) melalui pakatan murni

( c) melalui tolak ansur

3.1.2 Ciri-ciri negara dan bangsa

  1. Nyatakan ciri-ciri negara bangsa. (m/s 73 )

(a) Negara

(b) Kerajaan

( c) Bangsa

(d) Perlembagaan

3.2.1 Ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan, lambang-lambang, rakyat, wilayah pengaruh, kedaulatan, keunggulan undang-undang  

3.3    Warisan Negeri-negeri Melayu 

  1. Senaraikan warisan Kesultanan Melayu Melaka yang masih diamalkan di negeri-negeri Melayu. 

(a)    sistem pemerintahan

(b)   gelaran sultan

(c)    sistem pewaris takhta

(d)   pembesar empat lipatan_

(e)    Undang-undang – Hukum Kanun Melaka

(f)     Adat istiadat

(g)    Agama Islam

(h)    Bahasa Melayu

3.3.1 Johor. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

  1. Nyatakan 2 sebab Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan. M/s 80

(a)    memantapkan system pentadbiran

(b)   menghalang rancangan British menguasai Johor

  1. Nyatakan kandungan Undang-undang Tubuh kerajaan Johor. M/s 80-81

(a)    keturunan sultan sebagai pewaris takhta

(b)   pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor

(c)    Agama Islam agama negeri

  1. Bagaimanakah kedudukan Sultan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.

(a)    Bangsa Melayu

(b)   Lelaki

(c)    Agama Islam

(d)   Waris pemerintah

(e)    Dilarang serah negeri kepada kuasa lain

(f)     Memperkenankan jawatan naib menteri besar

3.3.2  Kelantan Sistem Jemaah Menteri

Lengkapkan jadual Sistem jemaah Menteri Kelantan. (m/s 84 ) 

JAWATAN TUGAS
Jemaah Penasihat Raja Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
Jemaah Menteri Istana Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan.
Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
Jemaah Menteri Dalam Negeri Menjaga keamanan negeri
Jemaah Menteri Luar Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
Jemaah Menteri Perbendaharaan Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
Jemaah Menteri peperangan Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri
Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

3.3.3Terengganu – Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

1 Apakah maksud Ittiqan-ilmuluk bita’dil il-suluk ?

Keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan   

2 Nyatakan tujuan Undang-undang Tubh Kerajaan Terengganu ditubuhkan :

Mengahalang British dari menguasai Terengganu

3 Lengkapkan jadual persamaan antara Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dengan Perlembagaan Negeri Terengganu :

Syarat menjadi Sultan

 

Berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam dan berketurunan pemerintah
Tanggungjawab Sultan

Dan Menteri

Sultan dan Menteri-menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain.
Agama Islam Agama Islam menjadi agama negeri
Perlantikan Menteri Besar

 

Raja berhak memilih Menteri Besar manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri
Syarat menjadi Menteri Berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat raja

5. Lengkapkan jadual perbezaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan Perlembagaan Terenggganu.

Unsur Perbezaan Terengganu Johor
Nama Perlembagaan Ittiqan ilmuluk bi-ta’dil il-suluk Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Tahun diperkenalkan Tahun 1911 Tahun 1895
Tokoh yang memperkenalkannya Sultan Zainal Abidin III Sultan Abu Bakar

 

3.3.5  Negeri Sembilan –Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan. (m/s 87-88)

Senaraikan unsur-unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan Negeri Sembilan.

(a)    Sistem pemerintahan

(b)   Kedaulatan ditangan rakyat.

(c)    Perlantikan pemimpin dibuat dari peringkat bawah.

(d)   Perlantikan Yang Dipertuan Besar dibuat Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.

(e)    Keputusan yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan dengan Undang.

(f)     Undang dilantik oleh lembaga.

(g)    Lembaga dilantik oleh Buapak.

(h)    Buapak dilantik oleh Anak Buah.

(i)      Kuasa diagihkan kepada individu mengikut peringkat.

RANGKUMAN RINGKAS BAB 3

Ciri-ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Wilayah pengaruh

• Kawasan tempat tinggal rakyat

• Sempadannya diterima umum

• Kawsan yang rakyatnya menerima dan memperakuai pemerintahan seorang raja

• Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadan tidak ditetapkan.

• Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.

Kedaulatan

• Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah

• Tidak boleh dihadkan mana-mana pihak

• Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah Negara atau pemerintah

• Negera berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya

• Negera itu bebas daripada campurtangan, paksaan, taklukan atau perintah kuasa asing.

• Dalam Kesultanan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah.

Lambang-lambang

• Merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah Negara.

• Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambing penyatuan Negara dan bangsa.

• Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-uandang, protocol dan adapt-istiadat istana.

Undang-undang

• Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.

• Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.

• Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh mesyarakat.

• Zaman Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis dipegaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

• Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasa.

• Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dikalangan anggota masyarakat.

• Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam, undang-uandang keluarga dan lainlain.

• Undang-undang Laut Melaka

• Membincangkan perkarta yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhhoda kapal dan hukiman bagi kesalahan jenayah.

Rakyat

• Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah

• Mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.

• Zaman Melaka rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah

Kerajaan

• Badan yang diberi kuasa untuk urus pentadbiran, jaga keamanan , pertahan kedaulatan Negara dan jalin hubungan diplomatic dengan negara lain.

• Zaman Melaka raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana.

Warisan Negeri-Negeri Melayu.

1. Unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan di negeri-negeri Melayu.

• Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak, dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

• Warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu berkembang di negeri-negeri tersebut.

• Kerajaan tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.

• Semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masingmasing.

• Sistem warisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.

• Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.

• Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta.

• Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti diamalkan oleh Melaka.

• Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya, disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.

• Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum kanun Melaka untuk disesusikan dengan unsure tempata.Contoh Undang-Undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596.

2. Persamaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.

• Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta

• Agama Islam sebagai agama negeri

• Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki dan beragama Islam

• Raja merupakan waris pemerintah

• Raja berhak memilih Menteri Besar / dilantik oleh Sultan

• Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja

• Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri dan rakyat

• Mesyuarat kerajaan dikutuai oleh Menteri Besar

• Jemaah Menteri mempunyai kuasa perundangan

3. Perbezaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.

• Undang-undang tersebut diperkenal untuk negeri masing-masing.

• Tarikh Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu diperkenalkan pada tahun 1911 manakala Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar manakala Undang-Undang Tubuh Negeri Terenggan oleh Sultan Zainal Abidin III.

• Undang-undang Johor dikenali Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor manakala undang-undang Terengganu dikenali sebagi Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu atau Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdsarkan keadilan.

4. Sistem Jemaah Menteri di Kelantan bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.

• Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I(1801-1836).

• Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.

• Sultan Muhammad II(1836-1886) telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.

• Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.

• Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.

• Lapan badan Jemaah Menteri itu lalah:

• Jemaah Penasihat Raja

– mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.

• Jemaah Menteri Istana

– mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.

• Jemaah Menteri Keadilandan Kehakiman

– mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.

• Jemaah Menteri Dalam Negeri

-Menjaga keamanan negeri.

• Jemaah Menteri Luar Negeri

-Mengurus dasar dan hal ehwal luar negara.

• Jemaah Menteri Perbendaharaan

-Mengendali harta benda dan hasil mahsur.

• Jemaah Menteri Peperangan

-Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.

• Jemaah Menteri Pentadbiran danPenggimarahan Negeri

-Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri.

5. Sembilan buah daerah dalam Negeri sembilan.

• Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.

6. Gelaran tertinggi pemerintah Negeri Sembilan

• Gelaran ialah Yang Dipertuan Besar.

7. Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri Sembilan

• Negeri sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.

• Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat palin, bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.

• Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, buapak dan Anak Buah walaupun Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.

• Setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.

• Setiap Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.

• Undang dipertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.

• Lembaga dilantik oleh Buapak .Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.

• Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.

• Buapak merupakan ketua Perut.Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat.

• Setiap anggota Perut dikenali sebagai anak Buah.

• Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetepi mengagihkan tersebut kepada individu mengikut pangkat.

• Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi.

8. Peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih

• Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.

• Semangat gotong-royong, dalam sebarang pekerjaan.

• Saling menghormati di antara satu sama lain.

• Bermuafakat untuk memilih pemimpin.

• Semangat kerjasama antara suku untuk memilih pemimpin.

113 Thoughts to “BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA”

  1. Ipan

    Cikgu tgh buat npe kt depan tu ?

  2. Ipan

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA . Esok exam 🙂

  3. citbuu

    semalam aku mimpi upih laaa…..suhayl kacau/..;.

  4. buyung

    beli puyuh sekor dapat mehh ayam free sejabil 🙂

  5. hafiz bujei

    bertaubatlah anda , saya OTW ke bilik disiplin ni , nak bagitau cikgu lefthanded 🙂

  6. YB Oyen Smart

    Undilah saya . Hidup anda pasti akan maju -…….-

  7. pira cute ni

    tadi aku kentut tau….

  8. syawal take 5

    sila add facebook baru saya 🙂 sudu’ ambik wudu’

  9. pira cute ni

    Eh korang ni….x malu ke?

  10. Ipan

    wehhh , bkpe kat sini ‘ blackout ‘ ??

Leave a Comment