BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

  1.         Tahun :1887   Tokoh :  LORD BRASSEY

Kawasan : SARAWAK, SABAH, NEGERI MELAYU

  1.         Tahun : 1948 Tokoh :  Sir Malcolm MacDonald

Kawasan : SARAWAK, SABAH, SINGAPURA, BRUNEI & NEGERI SELAT & PERSEKUTUAN TANAH MELAYU     

  1.         Tahun : 1955 Tokoh : Lim Yew Hock & David Marshall 

Kawasan : SINGAPURA & PERSEKUTUAN  

  1.          Tahun : 1956 Tokoh : Dato’ Onn Ja’afar

Kawasan:SARAWAK, SABAH, SINGAPURA, BRUNEI TANAH MELAYU & PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

  1.         Tahun : 1959Tokoh : Lee Kuan Yew & TUNKU ABDUL RAHMAN

Kawasan : SINGAPURA & TANAH MELAYU

  1. Tahun : 27 Mei 1961

Kawasan : SARAWAK, SABAH, SINGAPURA, BRUNEI & PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Apakah reaksi negara-negara di bawah terhadap Pembentukan Malaysia?

Singapura disokong oleh Parti PAP, Lee Kuan Yew kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri.

ditentang Barisan Sosialis yang mengatakan pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan baru.

Sarawak  disokong Parti Negara Sarawak (PANAS), SNAP, BERJASA, SCA, PESAKA, ditentang  SUPP.
Sabah   disokong UNKO, USNO, PARTI PASOK MOMUGUN, PARTI         PERIKATAN SABAH.
Brunei   ditentang PARTI RAKYAT BRUNEI.
Indonesia     ditentang dan melancarkan konfrontasi.
Filipina   ditentang dan menuntut Sabah.

Senaraikan kronologi usaha-usaha ke arah pembentukan Malaysia (ms. 149 – 152)

  1. a) Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah
  2. b) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
  3. d) Ogos,1962: Suruhanjaya Cobbold
  4. e) OGOS 1962: Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  5. f) September 1962: Pungutan suara di singapura
  6. g) Dis 1962: Gagasan MAPHILINDO
  7. h) Jun 1963: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)
  8. i) 16Sep1963: Perisytiharan Malaysia

Lengkapkan intipati Perjanjian Malaysia 1963 (m.s 155 )

a)Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan persekutuan.

b)Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak

c)Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan

e)Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam

f) Perwakilan parlimen – Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah -16 kerusi dan Singapura – 15 kerusi

g) rakyat Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf sama dengan orang Melayu di Persekutuan

RANGKUMAN RINGKAS BAB 6

Langkah-langkah pembentukan Malaysia

• Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep , tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia

• Mengadakan rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak , Sabah dan Singapura

• Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961.

• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura

• Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

• Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)

• Penubuhan MAPHILINDO

• Bertujuan untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

• Setiausaha Agung PBB U Thant menghantar perwakilan Malaysia ke PPB membincangkan penubuhan Malaysia.

• PBB hantar wakil ( Lawrence Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.

• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju menyertai Malaysia.

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

• ditubuhkan pada Julai 1961.

• Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens.

• Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia.

• Mengumpul pandangan penduduk.

• Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.

• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura

• Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir

• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

• Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.

• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.

• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.

• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.

• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.

• Jun 1962 mengemukan laporan kepada kerajaan British.

• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat.

• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat.

• Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.

• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

Cadangan Suruhanjaya Cobbold

• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.

• Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen.

• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

• Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)

• Ditubuhkan pada Ogos 1962.

• Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak.

• Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah menerangkan penubuhan Malysia.

• Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali.

• Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah kedalam Persekutuan Malaysia.

• Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda

• Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan

• Tentangan daripada Indonesia

• Tentangan Filipina

• Brunei menarik diri pada saat-saat akhir

• Tekanan komunis

Peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963

• Diluluskan oleh Parlimen Britain

• Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia

• Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia

• Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Singapura

• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sarawak

• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah

• Yang Dipetuan Agong memperkenankan Akta Malaysia

Kandungan Akta Malaysia

• Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan

• Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan

• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan

• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam

• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen

• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

29 Thoughts to “BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA”

  1. syafiarif

    trima ksih bnyak2 yup…nota2 kat dlm ni smua simple and senng nak ingat

  2. Aina

    Terima kasih banyak ye cikgu. Sangat banyak membantu kerana sangat simple dan tidak complicated, tersusun dan kemas 🙂

  3. G

    REAKSI2 TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA?

  4. Akon

    It’s easy to study…tq sir azid

  5. shahirah

    faktor2 pembentukan malaysia x ada ker????

  6. AZABISP

    Aslmualaikum,moga Allah memberkati cikgu azid,saya nak tanya ni..saya hadapi masalah nak skor sjarah..saya dh cuba cara byk baca,xbrkesan sy tukar kpd byk ltihan,x brksan sy brtukar kpd byk mngingat,juga xbrkesan,plg nmpk ubah sikit pun mengingat la..nk buat mcm mna?? sya nk minta cikgu buat 1 tajuk baru CARA NAK SKOR SEJARAH DGN BERKESAN! insya’Allah. syukran wassalam

  7. Nieyda Estefan

    memang senang, drpd pening2 baca kat buku teks 😀

  8. cahaya hidayah

    tq…snang nak wat revision…

  9. yoseob mirae

    it was amaizing i wish god always bless you……..thanks a lot….+_+…

Leave a Reply