BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

By Cikgu Azid
BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
1. Cadangan Laporan Barnes :

• semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan

• Digantikan dengan sekolah kebangsaan

• Pada peringkat sekolah rendah bahasa pengantar ialah bahasa Melayu

• Pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris

• Tentangan terhadap Laporan Barnes – masyarakat Cina menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat

2. Cadangan laporan Fenn-Wu:

• Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan

3. Cadangan Ordinan Pelajaran 1952 :

• Dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

• Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibubapa

• Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu

• Masalah dalam pelaksanaan Ordinan Pelajaran – Tentangan masyarakat Cina , Tentangan masyarakat dan India , kekurangan kewangan dan ancaman komunis

4. Dua elemen penting Penyata Razak untuk memupuk perpaduan:

• Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk

• Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan

5. Cadangan Penyata Razak :

• Penubuhan sekolah umum ( rendah ) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar

• Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar

• Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah

6. Syor/Cadangan Laporan Rahman Talib 1960:

• sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan

• sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan

• pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama

• sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kapada bahasa Melayu

• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah

• Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam

• Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar

• Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan

7. Kajian Aminudin Baki :

• sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan

• menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun

• memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan untuk pasaran kerja

• kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan , sains rumah tangga , seni perusahaan dan sains pertanian

• mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa

8. Jawatankuasa Kabinet 1974:

Objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 :

• menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara

• mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:

• penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira ( 3M )

• kenaikan darjah secara automatik

• penekanan terhadap sekolah vokasional

• sukatan pelajaran sekolah swasta

• bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan

• penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan

Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet :

• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982

• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988

• penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

9 Kandungan/ Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan :

• memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

• melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

• melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab , berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

• memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

AKTA BAHASA KEBANGSAAN

Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu:

• Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

• Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa

• Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa

• Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah

• Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967

• Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat

• Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977

• Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris

• Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Sejarah penubuhan :

• Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971

Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :

• Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia

• Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan

• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan

• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan

• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian

• Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi

Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan :

• kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang

• unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima

• Islam sebagai unsur yang terpenting

SUKAN UNTUK PERPADUAN

Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita:

• penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi

• dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat

• aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja

• aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan

• Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan

• Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali

• SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri

WAWASAN 2020

Maksud Wawasan 2020 :

• Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020

• Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1981

Matlamat wawasan 2020:

• Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju

• Menitikberatkan kemajuan bersepadu

Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :

• perpaduan rakyat

• kestabilan politik

• ketinggian taraf hidup

• kekukuhan nilai moral dan etika

• kekukuhan sistem kerajaan

• ketinggian maruah bangsa

• semangat yakin diri bangsa

Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :

Cabaran Pertama : Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

  1. Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
  2. Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
  3. Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia

Cabaran Kedua : Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan

  1. Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa dan negara
  2. Musuh negara mudah ditangkis

Cabaran Ketiga : Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang

  1. masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
  2. menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
  3. perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tertentu

Cabaran Keempat: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

  1. diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul
  2. kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
  3. keberkesanan sistem pendidikan
  4. keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
  5. penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis

Cabaran Kelima : Mewujudkan masyarakat yang matang , liberal dan bertoleransi

  1. masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu
  2. masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
  3. dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan

Cabaran Keenam : Membina masyarakat yang maju dan saintifik

  1. masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk membina kecemerlangan
  2. penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
  3. mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif

Cabaran Ketujuh : Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang

  1. dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
  2. masyarakat yang tidak individualistik
  3. meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
  4. asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilainilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan

Cabaran Kelapan : Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya

  1. Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
  2. Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat

Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat makmur

  1. Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi
  2. tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
  3. pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi

Tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020:

• mengekalkan perpaduan

• saling memahami dan menghormati

• memiliki daya kreatif dan inovatif

• bersikap terbuka

• bangga dengan apa yang dicapai

• menghayati Falsafah Pendidikan Negara

• berusaha mengekalkan kemajuan negara

• menjadi masyarakat yang berbuadaya penyayang

  1. kembalikezamansilam says:

    thanks… awat kat sni terus xde comment? sesiapa yg tgh amek spm mesti malas gile nk bace tntang sejarah an? sbab dlu aku wat mcm tu last2 bile gi universiti kene gune gak buku form 4 & 5 neh tok assignment aku. sesape yg bace ni, tlg la sedar bahawa nk mencapai cite2 bkn keje mudah.. sbab skg aku dh kt uni & nyesal gegile xblaja rerajin cam korg. ingt la umo korg bkn leh pusing blk weh. Thand Bebyk kt Cikgu Azid coz postkn utk umum. really tenkiu.

  2. khair says:

    cikgu… wawasan 2020 diperbuat pada tahun 1991, bukan 1981.. takot nanti ade kekeliruan…

  3. Nieyda Estefan says:

    bab ni panjang lah, tak minat. terpaksa baca gak ==’

  4. hafizah mahzurah says:

    As’kum…
    mohon izin menggunakan nota ni sebagai sumber rujukan untuk assignment…tq…

  5. nampak beno tipunye! says:

    nota kat atas mcm SKOR A pnye je…. ni msti chilok SKOR A pnye ni……

  6. shainli says:

    Thanks..Bahan cikgu mohon dihalalkan.perkongsian yang sangat bermakna

  7. shainli says:

    Terima kasih cikgu mohon dihalakan

  8. shainli says:

    Saya ingin bertanya tentang bab 9 tingkatan 5.ada respons kata bab awal aje kena fokuskn sebab malaysia antarabangsa dah keluar

  9. Farhan SMSAH says:

    Than you cikgu. for the notes. hoping u will pray for success to all SPM candidates 2012. amin~

  10. fareth says:

    thank you so much cikgu azid..banyak membantu saya di saat genting..semoga cikgu diberkati ALLAH..Amin~

  11. aegyo niza says:

    baguslah nota ni..terime kasih cikgu sebab menyediakan nota yg pendek dan penuh dengan isi untuk saya yg tak suke membace ni..

  12. FCL says:

    knpe xde rancangan pembangunan ekonomi ? dekat buku rujukan ade mengenai pembangunan ekonomi tpi dsini terus lompat g perpaduan negara.

  13. Danial says:

    urrmmm….. cegu, adakah nota ini sesuai digunakan sbg bahan bacaan untuk Peperiksaan SPM??? sbb saya risau kalau ia terlalu ringkas… :(

  14. hemery says:

    nota panjang lha. . .

  15. Efy says:

    halalkan apa yang saya kongsi. terima kasih buat cikgu azid kerana share ilmu ini. saya mendoakan keberkatan hidup cikgu azid. amiin.

  16. hanis_suraya says:

    terima kasih cikgu. sangat membantu..

  17. ayei says:

    trima ksh ckgu..krna membntu

  18. nicki.yuna says:

    boleh kasih ringkas lagi ke???

  19. nicki.yuna says:

    kalau ringkas jangan mau download yeee !!!

  20. nicki.yuna says:

    cikgu doakan saya lulus SPM 2013 yee :)

  21. Ibu says:

    Ya Allah, engkau permudahkan urusan Cikgu Azid, murahkan rezeki beliau dan sesungguhnya perkongsian ilmu di laman web beliau mendapatkan rahmat dan keberkatan sehingga akhirat.

  22. nishan says:

    thanks sir for this notes..it was very usefull for my assighment…:)

>