BAB 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK

MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Sebelum baca nota ini, sila hayati detik2 kronologi penipuan British ni yer. Kesian, Tipah tertipu tertipu tipu tetipah…hahahaha..
(1) Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI :

1. SHTI jalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan British.

2. Pulau Pinang asalnya wilayah Kedah.

3. British tidak boleh menguasai Kedah. Siam mengaku Kedah di bawah naungannya.

4. SHTI ingin Pulau Pinang sebagai pangkalannya.

5. Kepentingan Pulau Pinang kepada British :

i. Pusat pengumpulan barangan :-

a. SHTI perlukan teh dari China

b. China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu.

ii. Sebagai pelabuhan persinggahan :-

a. Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan makanan, kemudahan membaiki kapal

b. Tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

iii. Menjadi pangkalan tentera British :-

a. British dan Perancis bersaing menguasai perdagangan di India.

b. Pulau Pinang sebagai pengkalan tentera mempertahankan petempatan British di India daripada serangan Perancis.

(2) Kedaulatan Kedah tercabar

1. Kedah mempunyai pelabuhan entreport.

2. Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan

3. Kemakmuran Kedah menyebabkan pemimpinnya sentiasa hadapi cabaran dalam dan luar negeri.

Ancaman Bugis

i. Perebutan takhta apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda.

ii. Perlantikan tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara

iii. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor menentang Sultan Muhammad Jiwa.

iv. Bugis (Raja Haji) menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.

v. Sul Muhammad Jiwa dapatkan bantuan ketenteraan Firma Jourdain Sullivan & de Souza.

vi. Firma hantar Francis Light untuk berunding

vii. Perjanjian (1771) benarkan firma berniaga di Kuala Kedah

viii. Sultan batalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan tentera bagi menyerang Bugis di Selangor.

(b) Ancaman Siam

i. Kedah hentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa berperang dengan Burma

ii. Selepas perang dgn Burma tamat, Siam menjadi kuasa yang kuat semula.

iii. Siam tuntut Kedah hantar bunga emas, wang serta tenaga manusia.

iv. Sultan Kedah (Sultan Abdullah– pengganti Sultan Muhammad Jiwa ) berasa terancam

v. Sultan dapatkan bantuan tentera SHTI.

vi. Tawarkan Pulau Pinang jika SHTI sanggup melindungi Kedah daripada ancaman Siam.

vii. Francis Light menerima tawaran Sultan Abdullah

(3) Pertapakan British di Pulau Pinang

1. Tipu helah Francis Light

i. SHTI bimbang dgn dasar monopoli Belanda

ii. Tawaran Sultan Abdullah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang memenuhi keperluan SHTI bagi menghadapi ancaman Belanda.

iii. Francis Light tandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dgn Sultan Kedah secara peribadi.

iv. Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat memberi bantuan ketenteraan

2. Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786

i. SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuh

ii. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah

iii. SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan

3. Upacara menaikkan bendera Union Jack

i. Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island

ii. Petempatan dinamakan Geogetown sempena nama King George III.

iii. bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.

(4) SHTI mungkir janji

1. Siam takluki Patani dan mengancam Kedah.

2. Sultan Abdullah tuntut SHTI memberi ketenteraan

3. SHTI enggan sebab tidak terlibat dlm Perjanjian 1786,

4. Perjanjian 1786 bersifat peribadi antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.

5. SHTI jaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

6. Sul Abdullah desak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang.

7. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang.

8. Francis Light tawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.

9. Sultan Abdullah rasa tertipu – sediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk ambil semula Pulau Pinang.

10. Baginda dapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor.

11. Francis Light meminta bantuan tentera

12. Sultan Abdullah tewas

13. Sultan Abdullah tandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791.

14. SHTI bayar 6 ribu dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah.

15. George Leith dilantik Gabenor Pulau Pinang pertama.

Padan muka, dah kena tipu dengan British. Sekadar makluman tambahan,SHTI ni cuma golongan pedagang Inggeris sahaja. Tetapi mereka dilengkapi dengan alatan senjata. Al maklum jela, mereka ni ramai bekas tentera British. Belayar jauh2, mesti kena cukup senjata, tak pasal2 kena serang dengan Jack Sparrow Pirate Of Carribean. Tipah Tertipu lagi…!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

134 Thoughts to “Nota Sejarah Tingkatan 2 : Bab 1”

  1. I love the way it’s so easy to glance through.. Even though your exams are close
    I think this website…. Is a very effective way for students to revise their works…..

    LOVE THIS WEBSITE ALOT !!!!!! AND THANKS !!!

  2. Sam

    It’s very neat and tidy. I’m sure it will help me in my exam.

  3. Amira Moshi

    thank for your information.i hope i dont forget read note history 😉

  4. the notes are very good.

  5. Navaneetha Krishna

    terima kasih kepada cikgu kerana nota ini amat penting untuk saya!!!

  6. jayasri

    10q for short note

  7. Thanks for the short notes . 🙂

  8. Huzaifah

    Bab2 mana huh?

  9. Huzaifah

    Thx so much cikgu I lap you sampai kering hahaah

  10. Pearl

    Awesome~ Exactly what I need for tomorrow’s exam..

Leave a Reply