PANDUAN MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH K2 SPM
1. Sumber rujukan

•Buku teks (DBP) sebagai rujukan utama.

•Pelajar harus menelitikan buku teks semasa mengulangkaji dan menjawab soalan.

2. Bahagian-bahagian esei yang tidak diperlukan

• Pendahuluan / pengenalan / kesimpulan kerana tiada markah akan diperuntukkan.

3. Bentuk jawapan

• Semua jawapan kepada soalan esei Bahagian B Kertas 2 hendaklah di jawab dalam bentuk karangan.

4. Bentuk ayat

• Ayat-ayat dalam jawapan mesti lengkap dan mudah difahami.

• Elakkan menulis ayat dalam bentuk nota.

5. Huraian isi / fakta

• Bilangan isi/ fakta yang diperlukan dalam jawapan dapat dikesan dari jumlah markah yang diperuntukkan.

• Digalakkan menulis seberapa banyak isi yang boleh, tetapi perlu merujuk kepada pengagihan masa dan markah.

• Huraian banyak isi dalam satu perenggan sahaja tidak digalakkan

• Adakan beberapa perenggan bergantung kepada jumlah isi yang hendak dihuraikan

• Setiap fakta harusnya mengandungi huraian yang jelas dan jika berkaitan sertakan contoh-contoh yang sesuai.(misalnya tokoh, tempat, peristiwa dll).

• Berikan sekurang-kurangnya 2 contoh dalam huraian (di mana berkaitan)

6. Skrip yang baik

• Mengikut format pentaksiran SPM

• Tulisan yang jelas dan mudah dibaca oleh pemeriksa

• Menjawap mengikut kehendak soalan.

• Tidak perlu pendahuluan atau kesimpulan.

• Isi/fakta dihuraikan dengan jelas.

• Jawapan tidak terlalu panjang atau terlalu ringkas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

36 Thoughts to “Panduan Menjawab Soalan Esei Sejarah K2 SPM”

  1. afrina afza

    adakah amat penting untuk meletakkan isi-isi yang terlalu pendek kerana mengikut format spm 2015, pelajar perlu membuat huraian bagi setiap soalan objektif yang diberikan..

  2. cikgu, boleh ke buat 1fakta\ 1isi\ 1contoh\ dalam 1 perenggan………

  3. megusta

    Salam cikgu, nak tanya sikit….Kalau Sejarah Form 4 Bab 2….Kalau soalan berbunyi gini”

    “Huraikan Aspek-Aspek peningkatan tamadun bla bla bla dari segi politik, ekonomi dan sosial”
    perlukan saya huraikan setiap aspek politik seperti Pentadbiran , Perundangan & Perluasan Kuasa?

  4. siti

    Salam cikgu, seperti yang cikgu maklumkan. betul ke sejarah subjek yang mudah untuk skor? saya rasa macam tak jee hehe. 🙁 tahun depan spm, dahn saoalan esei memang tak boleh tahu lagi camane nak buat. cikgu tahun ni dah buleh bawak buku masuk dewan kan?

  5. Lin

    cikgu , mcm nak buat kertas 3 :O

  6. ohsejarah!

    cikgu. kalau buat satu perenggan esei tu still oke ke tak? or seharusnya ada perenggan sebab biasa saya buat satu perenggan. confused

Leave a Reply