PANDUAN MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH K2 SPM
1. Sumber rujukan

•Buku teks (DBP) sebagai rujukan utama.

•Pelajar harus menelitikan buku teks semasa mengulangkaji dan menjawab soalan.

2. Bahagian-bahagian esei yang tidak diperlukan

• Pendahuluan / pengenalan / kesimpulan kerana tiada markah akan diperuntukkan.

3. Bentuk jawapan

• Semua jawapan kepada soalan esei Bahagian B Kertas 2 hendaklah di jawab dalam bentuk karangan.

4. Bentuk ayat

• Ayat-ayat dalam jawapan mesti lengkap dan mudah difahami.

• Elakkan menulis ayat dalam bentuk nota.

5. Huraian isi / fakta

• Bilangan isi/ fakta yang diperlukan dalam jawapan dapat dikesan dari jumlah markah yang diperuntukkan.

• Digalakkan menulis seberapa banyak isi yang boleh, tetapi perlu merujuk kepada pengagihan masa dan markah.

• Huraian banyak isi dalam satu perenggan sahaja tidak digalakkan

• Adakan beberapa perenggan bergantung kepada jumlah isi yang hendak dihuraikan

• Setiap fakta harusnya mengandungi huraian yang jelas dan jika berkaitan sertakan contoh-contoh yang sesuai.(misalnya tokoh, tempat, peristiwa dll).

• Berikan sekurang-kurangnya 2 contoh dalam huraian (di mana berkaitan)

6. Skrip yang baik

• Mengikut format pentaksiran SPM

• Tulisan yang jelas dan mudah dibaca oleh pemeriksa

• Menjawap mengikut kehendak soalan.

• Tidak perlu pendahuluan atau kesimpulan.

• Isi/fakta dihuraikan dengan jelas.

• Jawapan tidak terlalu panjang atau terlalu ringkas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

36 Thoughts to “Panduan Menjawab Soalan Esei Sejarah K2 SPM”

  1. alangjusoh

    cikgu, sya kurang faham lar……kalau soalan esai kena jwb mggunakan krgn panjang atau point,,?

  2. Moose

    okay cikgu , saya dah phm 🙂 thanks cikgu …

  3. ami

    ckgu azid…
    ckgu sjarah sy ckp yg klu tarok pendahuluan dpt bonus mark..
    btl ehh??

  4. yusli

    cikgu.. kalau esei sejarah ad 6 markah.. kite kene buat bape isi penting ?

  5. scha

    hmm mcm sush jea sejarah form 4 niy..hmm cm ne la ni

  6. Cikgu Azid

    kena macam ni,

    Antara kepentingan piagam madinah ialah yang pertama..bla bla bla bla bla.Ini kerana..(huraian)..bla bla bla bla. Yang kedua..bla la bla bla bla..(huraian)..bla bla bla bla..

    Ingat, Esei perlu dijawab dalam bentuk karangan/ayat yg panjang. Bukan poin-poin..

  7. Sejarah skore A

    Kalau Macam nie cikgu

    Kepentingan piagam madinah
    -bla bla bla bla bla……..………..bla bla bla bla bla bla………..
    -bla bla bla bla bla……………….bla bla bla bla bla bla………
    -bla bla bla bla bla………………..bla bla bla bla bla bla

  8. Cikgu Azid

    perlu dijawab dalam esei,bukan dalam bentuk point,sekiranya dalam bentuk point,bukan ditolak markah..tapi terus tak dapat markah.bukan susah pun,poin2 yg awk buat tu,buat dalam bentuk ayat yang panjang.

  9. Sejarah skore A

    Cikgu kalau saye tulis dalam bentuk point form.adakah Markah saye akan ditolak?

  10. Cikgu Azid

    Mahu tak mahu awk mesti faham dan hafal fakta tersebut. Anggapla fakta itu seperti pembacaan novel2 cinta ye.

Leave a Reply