PANDUAN MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH K2 SPM
1. Sumber rujukan

•Buku teks (DBP) sebagai rujukan utama.

•Pelajar harus menelitikan buku teks semasa mengulangkaji dan menjawab soalan.

2. Bahagian-bahagian esei yang tidak diperlukan

• Pendahuluan / pengenalan / kesimpulan kerana tiada markah akan diperuntukkan.

3. Bentuk jawapan

• Semua jawapan kepada soalan esei Bahagian B Kertas 2 hendaklah di jawab dalam bentuk karangan.

4. Bentuk ayat

• Ayat-ayat dalam jawapan mesti lengkap dan mudah difahami.

• Elakkan menulis ayat dalam bentuk nota.

5. Huraian isi / fakta

• Bilangan isi/ fakta yang diperlukan dalam jawapan dapat dikesan dari jumlah markah yang diperuntukkan.

• Digalakkan menulis seberapa banyak isi yang boleh, tetapi perlu merujuk kepada pengagihan masa dan markah.

• Huraian banyak isi dalam satu perenggan sahaja tidak digalakkan

• Adakan beberapa perenggan bergantung kepada jumlah isi yang hendak dihuraikan

• Setiap fakta harusnya mengandungi huraian yang jelas dan jika berkaitan sertakan contoh-contoh yang sesuai.(misalnya tokoh, tempat, peristiwa dll).

• Berikan sekurang-kurangnya 2 contoh dalam huraian (di mana berkaitan)

6. Skrip yang baik

• Mengikut format pentaksiran SPM

• Tulisan yang jelas dan mudah dibaca oleh pemeriksa

• Menjawap mengikut kehendak soalan.

• Tidak perlu pendahuluan atau kesimpulan.

• Isi/fakta dihuraikan dengan jelas.

• Jawapan tidak terlalu panjang atau terlalu ringkas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

36 Thoughts to “Panduan Menjawab Soalan Esei Sejarah K2 SPM”

  1. spm 2013

    Cikgu kalau tulis ikut point berapa markah yang ditolaknya

  2. Amin

    my my, WHEN LEARNED HISTORY JUST ONE WORD TO REMEMBERED? seriously???!!!! salah oi!
    its : When LEARNING history, there’s just one word to REMEMBER! OMG == go for english tuition man

  3. Vietnam

    bingung!! hhu# SPM 2012 maree

  4. zul

    boleh ke jwb bntuk point

  5. hajar megad

    cikgu camna nak ingat fakta sej

  6. Unnamed

    Cikgu Yazid,boleh tak cikgu senaraikan soalan2 sejarah ESEI tingkatan 4 yang glamor?

  7. Siti Nashariena

    Assalamualaikum ckgu.esei kene buat berapa perenggan?

  8. Nasha Rienie

    cikgu,apakah maksud cemara ?

  9. zidane

    Apakah sumbangan tamadun mesopotamia

  10. najibtunrazak

    4. Bentuk ayat

    • Elakkan menulis ayat dalam bentuk nota.
    cikgu saya kurang paham tetag ini ..?

Leave a Reply