1. Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War untuk menguatkan kecemerlangan diri?

  • Strategi menangani musuh
  • Taktik dalam urusan perniagaan
  • Menjadi seorang yg tabah dan tegas
  • Membentuk disiplin diri
  • Memupuk semangat juang
  • Memupuk daya saing

(mana-mana jawapan munasabah)

2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?

  • Menjaga keamanan negara
  • Mengekalkan kemerdekaan negara
  • Menegakkan keadilan
  • Mewujudkan perpaduan
  • Mengukuhkan kedudukan raja
  • Membendung tindakan liar
  • Menjamin kemakmuran negara
  • (mana-mana jawapan munasabah)

3.Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?

  • Menghormati kedaulatan negara lain
  • Melanggar hak asasi manusia
  • Mematuhi piagam PBB
  • Mengelakkan kematian
  • Mengelakkan kemusnahan alam
  • Mengelakkan keamanan sejagat

(mana-mana jawapan munasabah)

4. Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?

  • Menguasai ilmu pengetahuan
  • Mengamalkan amalan kreatif
  • Mempunyai sifat inovatif
  • Menggunakan teknologi terkini

(mana-mana jawapan munasabah)

5. Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?

  • Mempunyai kreativiti
  • Berfikiran terbuka
  • Mementingkan pendidikan
  • Bersifat daya saing
  • Bersemangat patriotik
  • Hidup bersatupadu

(mana-mana jawapan munasabah)

6. Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk kecemerlangan diri.

  • Malas kepada rajin
  • Nakal kepada baik
  • Berfikiran negatif kepada positif

(mana-mana jawapan munasabah)

7. Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?

  • Menjamin keharmonian hidup
  • Menjadi panduan mentadbir
  • Perjalanan masyarakat tersusun
  • Menentukan hukuman kesalahan
  • Menjadi panduan pentadbiran

(mana-mana jawapan munasabah)

8. Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?

  • Lambang jati diri bangsa
  • Bukti ketinggian tamadun
  • Sumber pekerjaan
  • Warisan bangsa
  • Mengelakkan kepupusan

(mana-mana jawapan munasabah)

9. Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?

  • Menyerapkan nilai moral
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan
  • Mewarisi tradisi keluarga
  • Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
  • Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat

(mana-mana jawapan munasabah)

 10. Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?

  • Perubahan dalam pemikiran
  • Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
  • Melahirkan keyakinan diri
  • Menggunakan keupayaan minda
  • Sifat inkuiri
  • Berani meneroka bidang baharu
  • Bersikap kreatif
  • bersikap inovatif

(mana-mana jawapan munasabah)

Sejarah SPM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Thought to “Panduan Soalan dan Jawapan KBAT Sejarah SPM (Siri 2)”

  1. […] Panduan Soalan dan Jawapan KBAT Sejarah SPM (Siri 2) […]

Leave a Comment