1. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk menghalang berlaku imperialisme moden?

  • Memajukan pendidikan
  • Membangunkan teknologi
  • Menjadi negara maju
  • Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
  • Menyemai sikap patriotik kepada rakyat

2. Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?

  • Semangat kental
  • Pengorbanan tinggi
  • Perpaduan rakyat
  • Kebijaksanaan pemimpin
  • Sifat kepimpinan berwibawa
  • Berilmu pengetahuan
  • Penggunaan pelbagai strategi

(mana-mana jawapan munasabah)

3. Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita sehingga rakyatnya berbangga sebagai bangsa Malaysia?

  • Politik stabil
  • Rakyat bersatu
  • Kebebasan bersuara
  • Negara aman
  • Ekonomi maju
  • Mampu menghantar angkasawan
  • Pencapaian sukan bertaraf dunia
  • Mempunyai kereta nasional

(mana-mana jawapan munasabah)

 4. Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?

  • Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
  • Perlu adanya perpaduan
  • Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
  • Berhati-hati dengan tindakan orang asing
  • Pentingnya pemimpin berwibawa
  • mana-mana jawapan munasabah

 5. Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?

  • Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
  • Rundingan antara kaum
  • Pakatan murni
  • Mengambil kira isu sebagai panduan
  • Memelihara kepentingan semua kaum

6. Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?

  • pemimpin berwibawa
  • Tanpa pertumpahan darah
  • Sikap bekerjasama antara kaum
  • Mengutamakan perundingan
  • Musyawarah
  • Melalui pakatan murni
  • Melalui pilihanraya
  • Mengamalkan tolak ansur
  • Melalui perjanjian

(mana-mana jawapan munasabah)

7. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh dari penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?

  • Keluasan negara bertambah
  • Bilangan penduduk bertambah
  • Pertahanan negara lebih kukuh
  • Komunis dapat dibanteras
  • Penjajahan asing ditamatkan
  • Merapatkan hubungan antara kaum
  • Memperkayakan budaya negara
  • Meluasakan pasaran

(mana-mana jawapan munasabah)

8. Mengapakah jata negara penting kepada negara? / Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?

  • Lambang rasmi negara
  • Identiti sesebuah negara
  • Kebanggaan warga negara
  • Lambang perpaduan
  • Lambang kedaulatan negara
  • Pemangkin semangat patriotik rakyat

(mana-mana jawapan munasabah)

 9. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian?

  • Mengamalkan agama dan kepercayaan
  • Setia kepada raja dan negara
  • Tidak menderhaka kepada raja dan negara
  • Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
  • Menghormati undang-undang
  • Bersopan dan Bertatasusila
  • Mengamalkan nilai-nilai murni
  • Saling menyayangi

(mana-mana jawapan munasabah)

10. Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?

  • Bahasa yang sama
  • Sukatan pelajaran yang sama
  • identiti kebangsaan
  • perasaan kekitaan
  • sikap tolak ansur
  • budaya yang sama
  • Mempertingkatkan kualiti kehidupan
  • Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
  • semangat patriotik
  • Aktiviti sukan

(mana-mana jawapan munasabah)

Sejarah SPM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Thoughts to “Panduan Soalan dan Jawapan KBAT Sejarah SPM (Siri 3)”

  1. haii cikgu, ble ka mnta contoh soalan kbat kertas 3 tingkatan 5 bab8?

Leave a Reply