TEMA 8 : TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MEKAH

Soalan 1 : Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam dalam kalangan masyarakat Arab.  [6 markah]

Isi Huraian Contoh
Sikap sabar ialah kunci kejayaan kerana ia mengelakkan diri daripada bersikap berputus asa
Bertawakal dan yakin dengan bantuan Allah menjadikan diri kita sentiasa bersikap positif
Ikhlas dalam perjuangan akan menjadikan diri kita yakin bahawa kita akan berjaya
Berjuang dengan niat kerana Allah akan menjadikan kita sentiasa mendapat kekuatan
Berani kerana benar dan yakin akan kebenaran akan membolehkan kita beroleh kejayaan

 

Soalan 2 : Pengamalan sifat terpuji Nabi Muhammad SAW dapat membentuk individu cemerlang ke arah kegemilangan Negara. Jelaskan penyataan di atas.   [6 markah]

 

Isi Huraian Contoh
Sifat amanah (dipercayai) melahirkan masyarakat yang bersikap jujur dalam menjalankan tanggungjawab
Sifat siddiq (bercakap benar) Akan mewujudkan golongan masyarakat yang saling mempercayai antara satu sama lain
Sikap tabligh (menyampaikan)

 

dapat memastikan perkembangan ilmu/ dikongsi bersama dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
Sifat fatanah (bijaksana) dapat melahirkan golongan rakyat yang kreatif dan inovatif

 

Soalan 3 : Kewibawaan pemimpin memberi  kejayaan kepada Negara. Buktikan.[10 markah]

 

Isi Huraian Contoh
Membebaskan negara daripada cengkaman penjajah Seterusnya dapat merealisasikan kemerdekaan Negara dan pembentukan Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Membangunkan negara ke arah negara maju Dapat melaksanakan Rancangan pembangunan yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan semasa Tun Abdul Razak b Hussein
Mewujudkan perpaduan negara agar keamanan dan keharmonian negara dapat dicapai. Tun Hussein bin Onn digelar Bapa Perpaduan
Memodenkan negara agar pembinaan banyak industri baru sehingga disegani oleh negara lain Tun Dr.Mahathir bin Mohamad
Negara yang stabil dari segi politik Hasil perpaduan yang erat antara  pelbagai kaum Tun Abdullah bin Hj ahmad Badawi
 Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara berpendapatan tinggi Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak digelar Bapa Transformasi Malaysia.

 

Soalan 4 : Pada pandangan anda, apakah nilai yang boleh anda contohi daripada Nabi Muhammad S.A.W. untuk membina masyarakat Malaysia yang unggul dan dipandang tinggi dalam khalayak dunia ?            [4 markah]

Isi Huraian Contoh
Sentiasa berkata benar

 

supaya dapat mengikis perasaan prasangka dalam masyarakat
Mementingkan ilmu agar dapat mencipta idea-idea baru dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik

 

Menunaikan janji agar masyarakat sentiasa dihormati dan diyakini
Gigih dan sabar dalam menghadapi sesuatu masalah menjadi kunci kepada setiap kejayaan
Tidak mudah mengalah menjadikan kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh

 

Soalan 5 : Andaikan anda seorang pendakwah, apakah yang perlu anda lakukan untuk menarik minat orang bukan islam terhadap dakwah anda?     [4 markah]                                                                                                                   

 

Isi Huraian Contoh
Bersifat lemah lembut

 

dalam mendidik manusia dan memberi kefahaman tentang islam
Pandai mengambil hati sentiasa merendah diri dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat
Jujur dalam melaksanakan dakwah menunjukkan ketinggian akhlak dan budi pekerti
Berbuat baik dengan masyarakat Sentiasa saling tolong menolong
Terlibat dalam aktiviti masyarakat agar wujud hubungan yang murni antara masyarakat Bergotong-royong
Tidak mementingkan diri sendiri agar Mewujudkan budaya penyayang
Tidak pernah berputus asa Agar perjuangan yang dihasratkan dapat mencapai kejayaan
Sentiasa menunjukkan teladan yang baik Agar menjadi panduan kepada orang lain

 

Soalan 6 : Cabaran yang dihadapi dalam mencontohi keperibadian Nabi pada zaman globalisasi pada hari ini dan jalan penyelesaiannya.        [6 markah]                                                                                                                

Isi Cabaran Huraian Contoh
Keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat

 

 

 

akibat kemasukan unsur luar hingga usaha untuk mencontohi akhlak Rasulullah menjadi satu halangan Seperti berminat dengan muzik rock dan cara berpakaian yang mencolok mata

 

Masyarakat mengamalkan budaya liar tanpa malu dan segan seperti berpesta dan mengambil dadah hingga melanggar batas susila dan moral
Amalan jahiliah telah melanda masyarakat akibat pengetahuan agama yang kian longgar wujudnya perzinaan, perjudian dan minum arak
Isi langkah Huraian Contoh
Pembinaan individu dan keluarga dengan mencontohi teladan Rusullah dalam membina keluarga masyarakat dan negara
Memantapkan pendidikan agama dan moral Agar wujud masyarakat yang berakhlak tinggi Pendidikan Sivik di sekolah
Menggembeling tenaga bersama seluruh masyarakat bagi membasmi maksiat dan melaporkan kes-kes jenayah seperti pecah rumah, culik

 

Soalan 7 : Sebagai sebuah Negara yang berbilang kaum , Malaysia mengamalkan dasar kebebasan beragama. Sungguhpun begitu adakalanya tercetus isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian Negara.

Bagaimanakah situasi tersebut boleh dielakkan?     [6 markah]

 

Isi Huraian Contoh
Tidak mengganggu rumah ibadat kaum lain Dengan adanya sikap saling menghormati dan memahami budaya semua kaum
Tidak membangkitkan isu sensitif yang boleh memecahbelahkan masyarakat Hak keistimewaan orang Melayu
Kebebasan mengamalkan ajaran agama masing-masing Agar wujud keserasian dan keharmonian
Kunjung mengunjungi semasa musim perayaan kaum lain Agar dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan wujud silaratulrahim
Bersikap terbuka dan bertolak ansur Akan melahirkan sikap saling memahami dan tidak mementingkan diri sendiri.
Tidak membezakan cara beribadat agama lain
Hormat menghormati dan saling memahami Adat resam semua kaum

Kitab suci agama kaum lain

Budaya setiap kaum

Mengamalkan prinsip Rukunegara Agar wujud masyarakat yang harmoni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment