TEMA 11 : BAB 8

Tajuk : Jata Negara / Bendera

SET 1

Jelaskan sebab mengapa semua negara di dunia mempunyai lambang-lambang negara dan bendera kebangsaan ?   [ 4 markah ]

            Isi            Huraian            Contoh
-Menunjukkan kesetiaan

 

 

agar tidak berlaku perkara yang mencemar maruah dan imej negara  
-Supaya rakyat bersatu padu

 

antara pelbagai kaum dan semangat pemuafakatan dengan cogankata Bersekutu Bertambah Mutu
-Supaya rakyat sentiasa bersemangat

 

dalam mempertahankan kedaulatan negara  
-Membangkitkan semangat perjuangan

 

walaupun menghadapi halangan terutama semasa menuntut kemerdekaan  
-Menunjukkan kecintaan terhadap tanah air

 

walaupun seseorang warganegara tesebut berada di luar negara sekalipun.  

 

SET 2

Sejauh manakah lambang tersebut dapat mempertingkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar ? Berikan alasan anda.     [ 4 markah ]

               Isi            Huraian            Contoh
-Menghayati maksud lambang-lambang

 

yang terdapat pada Jalur Gemilang Seperti warna kuning yang melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
-Mengibarkan Jalur gemilang dalam majlis rasmi

 

Sebagai tanda ketaatan kepada raja dan negara  
-Berdiri tegak semasa lagu kebangsaan dimainkan

 

disamping menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat Terutamanya semasa perhimpunan rasmi di sekolah
-Memelihara kedudukan Jalur Gemilang supaya tidak terhina

 

Tidak seperti sesetengah warganegara yang memperlekeh dan menghina lagu kebangsaan di luar negara.  

 

SET 3

Jelaskan cara anda meraikan Hari Malaysia bagi mengukuhkan semangat 1 Malaysia.      [4markah]                                                                                                    

               Isi              Huraian             Contoh
-Terlibat dalam perbarisan

 

semasa sambutan Hari Malaysia  
-Mengibarkan bendera Malaysia

 

dengan penuh semangat yang berkobar-kobar  
-Menghayati perjuangan tokoh terdahulu

 

dengan cara menampal poster gambar tokoh-tokoh

di dalam bilik darjah

Contohnya gambar Tunku Abdul Rahman
-Mengenali kaum dan etnik lain

 

agar dapat memahami dengan lebih mendalam sosio budaya pelbagai kaum Seperti Melayu ,Cina India dan lain-lain
-Mengadakan sambutan perayaan

 

yang disedlitkan dengan pelbagai aktiviti yang bercorak patriotik  

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Thought to “Panduan Soalan KBAT Tingkatan 5 : Jata Negara / Bendera”

  1. Panduan yang baik cikgu.. Saya ada info tambahan mungkin tak berkaitan.. Harap boleh sama-sama tingkatkan pengetahuan am ini… Harimau dalam jata negara Malaysia di gelar Harimau Malaya. Harimau Malaya ini juga dikenali sebagai Harimau Belang iaitu spesies yang hanya ada di Semenanjung Malaysia. Iaitu Panthera Tigris Malayeins atau Panthera Tigris Jacksoni

Leave a Reply