BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Tajuk : Nasionalisme di Asia Tenggara

Soalan 1: Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air kita daripada diganggu gugat oleh kuasa asing.  [ 4 markah ]

Isi Huraian Contoh
Mengeratkan perpaduan negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, Cina dan India
Tidak bekerjasama dengan kuasa asing Sentiasa mencari peluang menggugat keharmonian negara  
Menguasai ilmu pengetahuan Melahirkan masyarakat yang memberi sumbangan terhadap pembangunan negara Ilmu sains dan teknologi
Mengukuhkan pasukan tentera Benteng untuk menghadapi serangan pihak tidak bertanggungjawab Di Lahad Datu, Sabah
Mempertahankan perlembagaan Sebagai asas pentadbiran negara perlembagaan
Kukuhkan jati diri Tidak mudah digugat oleh anasir luar  

 

Soalan 2 : Kedatangan  Barat telah membawa kepada pengenalan sistem birokrasi Barat di negara kita.

Mengapakah birokrasi Barat terus diamalkan setelah negara mencapai kemerdekaan.

[6 markah ]

 

Isi Huraian Contoh
Perkhidmatan awam lebih tersusun Penubuhan jabatan tertentu untuk melicinkan pentadbiran Undang-undang Tanah
Rakyat terlibat dalam pentadbiran Tidak terhad kepada golongan tertentu yang memegang jawatan penting  
Sistem kehakiman yang telus Setiap kes-kes sivil dan jenayah dibicara dengan adil Mahkamah majistret
Pengutipan cukai Menyumbang kepada pendapatan negara Lembaga Hasil Dalam Negeri
Keamanan negara Memastikan tidak ada pihak yang mengancam keselamatan negara Pasukan Polis diRaja Malaysia
Memantapkan pentadbiran Bidang kuasa diagihkan mengikut tahap perjawatan  
Agihan tugas Dapat dilaksanakan dengan teratur  
Warisan penjajah Mengambil aspek yang baik sahaja dalam pentadbiran British  

 Soalan 3 : Mengapakah  semangat nasionalisme perlu dipupuk dalam kalangan generasi muda kita hari ini[6 markah ]

Isi Huraian Contoh
Mengukuhkan semangat cinta negara Melahirkan generasi yang setia kepada negara  
Mengeratkan perpaduan bangsa tidak berlaku rusuhan kaum di negara kita 13 Mei 1969
Tidak bekerjasama dengan kuasa asing Mengekalkan kemerdekaan negara penceroboh Lahad Datu, Sabah
Menguasai ilmu pengetahuan Menyumbang tenaga mahir untuk pembangunan negara ICT
Mengukuhkan pertahanan negara Mengelak campur tangan kuasa asing di negara kita  
Memajukan negara menyahut seruan pemimpin negara melahirkan modal insan kelas pertama Wawasan 2020

 

Soalan 4 : Nasionalisme yang berlaku di Asia Tenggara dipelopori oleh golongan berpendidikan Barat dan Asia Barat.

Beri pendapat anda.      [6 markah ]

 

Isi Huraian Contoh
Berpengetahuan luas Pendedahan idea nasionalisme ketika menuntut di luar negara British , Amerika Syarikat
Kebolehan memimpin Mempunyai asas pendidikan dan kepimpinan  
Terdedah dengan tokoh pejuang nasionalis negara luar Pergaulan dengan masyarakat negara luar dapat maklumat mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan Mahatma Gandhi, di India
Menerbitkan akhbar, majalah dan novel Berjaya membangkitkan semangat kebangsaan melalui penulisan mereka Warta Malaya dan Putera Gunung Tahan
Dihormati oleh masyarakat Perjuangan mereka dengan mudah diterima oleh masyarakat Presiden Soekarno, Indonesia
Bijak memainkan isu semasa Kesengsaraan penduduk tempatan akibat penindasan penjajahan Barat berjaya membangkitkan nasionalisme Jose Rizal, Filipina

 

Soalan 5 : Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang berkaliber dalam sesebuah negara berjaya mengelak penjajahan asing.

Beri komen anda.         [4 markah ]

 

Isi Huraian Contoh
Pemimpin yang cekap Untuk memastikan kelancaran dalam urusan negara berdasarkan undang-undang yang ditetapkan Perlembagaan Malaysia
Tidak mengamalkan rasuah Sejarah telah membuktikan pemimpin yang rasuah membawa kehancuran negara Presiden Marcos, Filipina
Menjaga kebajikan rakyat Sentiasa prihatin dengan kesengsaraan golongan rakyat terutamanya golongan bawahan Memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan bantuan persekolahan.
Menjaga perpaduan kaum Berusaha mewujudkan perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat Slogan 1Malaysia
Ada jati diri Tidak dipengaruhi oleh anasir luar/ campur tangan kepimpinan negara lain  
Tidak mahu campurtangan asing Mentadbir dengan acuan sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply