BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA.

SUB TAJUK : Perjanjian Malaysia 1963.

 

Soalan 1 : Apakah kebaikan pembentukan Malaysia ?        [ 6 markah ]

                 Isi            Huraian             Contoh

 

Ancaman komunis dapat dihapuskan dengan mendapat bantuan ketenteraan daripada negara anggota semasa komunis mula bertapak di Sarawak
Dapat mengimbangkan dasar kependudukan iaitu mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negara anggota. dengan memasukkan Sarawak ,Sabah ke dalam gabungan.
Dapat memerdekakan negeri-negeri anggota yang tidak mampu berkerajaan sendiri seperti Sarawak ,Sabah dan Brunei.
Negeri-negeri anggota dapat mempelajari hal ehwal pentadbiran terutama negeri negeri kecil yang belum membangun seperti  Sabah, sarawak
Ekonomi negara dapat dipelbagaikan dengan cara memanfaatkan sumber yang ada pada negeri seperti Tanah Melayu kaya dengan bijih timah dan Sabah kaya dengan balak.
Sumber kekayaan negara bertambah apabila wujud pasaran yang luas di kalangan negara anggota. Petroleum dan komoditi utama

 

Soalan 2 : Sebagai pemimpin negara, bagaimanakah anda menghadapi tentangan daripada pihak-pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan pembentukan gagasan Malaysia.?  [4 markah]

             Isi            Huraian              Contoh

 

Berunding dengan pihak yang tidak bersetuju

 

untuk mencari penyelesaian tanpa pertumpahan darah seperti mana tentangan dari Brunei.
Menyelesaikan melalui orang tengah

 

agar persetujuan dicapai dan adil bagi kedua-dua pihak.  
Menunjukkan sikap persahabatan

 

agar pihak musuh tidak ada alasan untuk mewujudkan tentangan  
Persediaan pasukan keselamatan

 

terutamanya di kawasan sempadan bagi menghalang musuh seperti di sempadan Johor bagi menghalang provokasi Indonesia.
Menggunakan pendekatan diplomasi

 

dengan memulihkan hubungan diplomatik dengan Indonesia.

 

Soalan 3 : Perjanjian Malaysia dibentuk dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan semua negeri. Buktikan.    [ 4 markah ]

             Isi             Huraian               Contoh

 

Penubuhan JPPK

 

 

yang berperanan menerangkan tentang gagasan Malaysia rakyat Sabah dan Sarawak.
Penubuhan JAK

 

 

yang berperanan membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.  
Hak dan kepentingan rakyat dibincangkan

 

agar tidak berlaku paksaan dan ketidakadilan seperti yang dilakukan oleh JAK
Pendapat rakyat ditinjau

 

 

agar persetujuan dan penilaian dapat dilakukan seperti yang dilakukan oleh Suruhanjaya Cobbold.
Bahasa lain masih boleh diamalkan

 

di semua negeri contohnya bahasa Inggeris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply