TEMA 11: BAB 7

Tajuk : Raja Berpelembagaan

Soalan 1 : Bagaimanakah perlembagaan negara dapat memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita ?  [ 6 markah ]                                        

             Isi            Huraian              Contoh
Wujud pakatan murni antara pelbagai kaum Contohnya Melayu ,Cina dan India
Keharmonian kaum dapat dicapai melalui kerjasama dan tolak ansur dalam pelbagai perkara Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Membentuk negara tanpa pertumpahan darah Iaitu hasil kerjasama dan kesepakatan dalam menentukan hala tuju negara
Wujud sebuah negara yang berdaulat yang mana kemerdekaan dicapai melalui kesepakatan dalam perjuangan
Wujud amalan toleransi masyarakat dalam perkara berkaitan tuntutan politik
Mengutamakan keamanan yang mana semua rakyat sedar akan tanggungjawab menjaga keamanan negara

 

Soalan 2 : Sistem Raja Berpelembagaan masih relevan dan penting kepada negara Malaysia masa kini. Beri komen anda .  [ 6 markah ]

                  Isi          Huraian             Contoh
Raja melindungai rakyat pelbagai kaum agar wujud keadaan aman dan harmoni.
Kebebasan beragama rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing
Wujud perpaduan kaum  raja menjadi simbol perpaduan
Melindungai hak orang Melayu agar hak dan keistimewaan orang Melayu terpelihara
Melindungi agama Islam baginda menjadi ketua agama Islam bagi negeri sendiri dan negeri lain seperti Wilayah Persekutuan,Sabah dan Sarawak
Ketika darurat baginda berkuasa mengistiharkan undang-undang darurat sekiranya keselamatan negara terancam.

 

Soalan 3; Bagaimanakah anda menunjukkan ketaatan kepada raja dan negara Malaysia ? [ 6 markah]

              Isi             Huraian          Contoh
Tidak memburukkan nama negara terutamanya di luar negara Semasa melanjutkan pelajaran di luar negara
Sanggup berkorban untuk tanah air agar kedaulatan negara terjamin Menjadi tentera
Bersatu padu antara pelbagai kaum Iaitu Melayu,Cina dan India
Mematuhi undang-undang supaya tidak berlaku perkara yang boleh mengkucar-kacirkan keamanan negara Seperti demontrasi jalanan
Sentiasa bersyukur tentang kemanan dan kemakmuran yang dikecapi sejak merdeka
Mengibarkan bendera Malaysia yang menjadi simbol kedaulatan negara semasa perayaan sambutan hari kemerdekaan, mewakili Negara dalam kejohanan peringkat antara bangsa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment